*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"melayu mudah lupaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......"

tapi saya amat yakin la melayu (kroni2) boleh dapat
no. satu kalau ada pertandingan kira
duit/saham2....tapi tak tau jugak la noooooooooo pasai
kerajaan nak kena tolon jugak syarikat2 spt renong
dsbgnya.....



--- "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
> >>>>>>
> ``Murid-murid itu ialah Tan Ju Shua dari Sekolah
> Rendah Jenis Kebangsaan
> Cina (SRJKC) Kwang Hwa, Pulau Pinang, Lim Chern Wei
> dari SRJKC Lick Hung,
> Selangor dan Chuah Wei Jian dari SRJKC Keat Hwa,
> Kedah,'' katanya.
> >>>>>
>  
> Cuba perhatikan, kesemua murid-murid terbaik dari
> Malaysia adalah dari SRJK
> Cina. Saya pernah diberitahu oleh kenalan berbangsa
> Cina iaitu tahap
> matematik Tahun 1 di sekolah SRJK Cina sama dengan
> tahap matematik Tahun 3
> disekolah kebangsaan.
>  
> Bagaimana anak-anak murid melayu nak maju sedangkan
> tahap pendidikan
> disekolah kebangsaan (yang mana kebanyakan
> pelajarnya adalah melayu) jauh
> ketinggalan berbanding dengan tahap pendidikan di
> SRJK Cina?
> Ketinggalan anak-anak melayu tidakkah akan
> mencerminkan nasib mereka akan
> datang?
>  
> Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita asyik menyalahkan
> masyarakat melayu
> sedangkan mereka (pemimpin yang juga melayu) tidak
> meletakkan keutamaan
> kepada sistem pendidikan kita???
> (Sila lihat e-mail bertajuk: RE: H-Net* Mahader hina
> melayu lagi bertarikh
> 20-Julai-2001).
> 
> Murid-murid Malaysia tempat keempat terbaik
> pertandingan matematik
> 
> SEPANG 22 Julai - Pasukan Murid-Murid Malaysia
> menduduki tempat keempat
> terbaik di dunia dalam Pertandingan Matematik
> Antarabangsa Sekolah Rendah Po
> Leung Kuk 2001, Hong Kong, baru-baru ini.
> 
> Juara dimenangi oleh pasukan Sofia dari Bulgaria,
> kedua daripada pasukan
> Texas, Amerika Syarikat dan ketiga oleh pasukan
> Bulgaria B.
> 
> Jurulatih pasukan negara, Yusri Bappu, berkata, tiga
> daripada lapan peserta
> negara berjaya menduduki tempat Ketiga Kepujian
> peringkat Persembahan
> Individu dalam pertandingan yang bermula 15 Julai
> lalu.
> 
> ``Murid-murid itu ialah Tan Ju Shua dari Sekolah
> Rendah Jenis Kebangsaan
> Cina (SRJKC) Kwang Hwa, Pulau Pinang, Lim Chern Wei
> dari SRJKC Lick Hung,
> Selangor dan Chuah Wei Jian dari SRJKC Keat Hwa,
> Kedah,'' katanya.
> 
> Beliau berkata demikian kepada Utusan sewaktu
> ditemui sejurus selepas tiba
> di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
> (KLIA), di sini, malam tadi.
> 
> Pertandingan tahunan ini, katanya disertai oleh 29
> pasukan daripada 16 buah
> negara sementara Malaysia menghantar dua pasukan
> iaitu Malaysia A dan B
> dengan masing-masing dianggotai oleh empat peserta.
> 
> Kesemua peserta negara, katanya, merupakan murid
> tahun enam daripada lapan
> buah sekolah rendah seluruh negara yang dipilih
> selepas melalui tiga
> peringkat saringan bermula dengan 70 orang pada Mei
> tahun lalu.
> 
> Selepas itu, fasa kedua menyaksikan hanya 50 orang
> peserta berjaya dan pada
> fasa ketiga hanya 36 orang sebelum Kementerian
> Pendidikan menyenarai pendek
> lapan orang sahaja yang terbaik bagi mewakili negara
> ke pertandingan itu.
> 
> Kebiasaannya, Kementerian Pendidikan akan memilih
> para peserta untuk tahun
> akan datang bermula Mei tahun sebelumnya
> memandangkan pertandingan
> berprestij itu berlangsung sekitar bulan Julai
> setiap tahun.
> 
> ``Lebih menarik buat kali pertama, selain tujuh
> orang peserta keturunan
> Cina, seorang peserta Melayu turut terpilih mewakili
> negara iaitu Haider
> Hashamuddin dari Sekolah Kebangsaan Seafield di
> Subang, Selangor,'' katanya.
> 
> Menurutnya, semangat kerjasama berpasukan yang cukup
> tinggi pada setiap
> peserta negara membolehkan pasukan negara menduduki
> tempat keempat terbaik
> di dunia selain merupakan pasukan terbaik di rantau
> Asia Tenggara.
> 
> Turut mengiringi mereka ialah panel hakim, Heng Kow
> Keah dari Sekolah
> Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petani, Kedah; Tan
> Goon Sim dari SMK
> Tanjung Sepat, Selangor dan jurulatih Mohd. Zainol
> Ahmad dari Jabatan
> Pendidikan Selangor.
> 
>  
>
<http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0723&pub=Utusan_Malay
> sia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm>
>
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0723&pub=Utusan_Malays
> ia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
> 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: effendyblues skyjuice <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke