*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Anggota Parlimen BN, Dato' Ruhanie Ahmad 
menyifatkan rancangan 'Senario' yang disiarkan oleh TV3 seolah-olah membawa 
manusia ke zaman batu.

Katanya, rancangan ini juga membawa kemunduran kepada golongan muda.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul rang undang-undang 
Tandatangan Digital (Pindaan 2001) dalam sidang Parlimen hari ini.

Dato' Ruhanie Ahmad (BN- Parit Sulong) menyentuh tentang budaya penyiaran 
dan kandungan rancangan televisyen yang tidak mendatangkan faedah kepada 
golongan muda..

Pada masa yang sama, beliau mempertikaikan agensi kerajaan yang terlibat 
bagaimana boleh membenarkan rancangan yang sebegini terlepas siarannya dalam 
televisyen.

Beliau berpendapat bahawa rancangan ini hanya membawa kemunduran kepada 
golongan muda.

Oleh itu, beliau mendakwa Kementerian Penerangan melalui Suruhanjaya 
Telekomunikasi dan Multimedia perlu mengharamkan rancangan ini daripada 
disiarkan.

Beliau mempersoalkan lagi badan manakah yang bertanggungjawab dalam 
menentukan kandungan setiap program yang tersiar sama ada kementerian 
sendiri ataupun Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia ?

Beliau juga mendakwa selalunya bila soalan ini diajukan badan-badan yang 
bertanggungjawab tidak mengaku perkara ini di bawah bidang kuasanya. 
Masing-masing menyerahkan pada orang lain.

Sementara itu Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (BN-Batang Lupar), ketika 
mencelah berkata, rancangan yang disiarkan adalah rancangan yang mempunyai 
populariti yang tinggi di kalangan penonton dan dapat menarik penaja untuk 
membuat tajaan ke atasnya.

Namun ia disanggah kembali oleh Ruhanie, dengan berkata walaupun popular 
tetapi haruslah memberi kesan yang baik kepada masyarakat.

Wan Junaidi bangun semula dan mempertahankan pendapatnya, dengan menyatakan 
adalah tidak salah rancangan popular seperti 'Senario' disiarkan walaupun 
memberi kesan negatif.



_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Kosong IQ" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke