*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sepanjang minggu ini, mungkin secara tidak sengaja atau pun memang 
disengajakan, mungkin kerana hendak menutup isu-isu panas semasa seperti 
pengharaman siri-siri ceramah parti pembangkang yang dikuti dengan penangkapan 
beberapa aktivist-aktivist dan penyokong2 biasa parti pembangkang; maka kita 
lihat di kebanyakan dada akhbar, daripada muka depan hinggalah ke ruangan soal 
jawab agama dan juga ruangan hiburan dipenuhi dengan cerita sensasi terkini 
yang diberi nama "The BLACK METAL".

Dua tiga hari lepas saya terbaca temubual pengarang Berita Minggu dengan 
sebuah kumpulan Muzik Metal underground yang terkenal di kalangan 
peminat-peminat irama Black Metal di Malaysia, iaitu kumpulan Sil Khannaz yg 
sudah bergiat dalam irama Black Metal ini sejak 13 tahun yang lalu.

LAA!!! - 13 TAHUN DAH DEPA WUJUD DAN DOK PELINGKUP ANAK BANGSA, AWAT LA NIE 
BARU PAKAT NAK HEBOH?

[So, bila orang kata sebab ada udang balik batu, masuk akal jugak lah tu]

Mungkin dulu tak dak sampai pijak-pijak Al-Quran kot, sebab tu tak heboh 
sangat.

Dalam temubual dengan 3 daripada 4 anggota kumpulan Sil Khannaz ini, iaitu 
Abdul Ramzee Abd Hamid, Azlan Osman dan Hashim Ismail, mereka dipetik sebagai 
berkata:

"Masyarakat mungkin keliru atau langsung tidak memahami perjuangan muzik kami 
dan genre muzik Black Metal yang sebenarnya. Apa yang salahnya di sini ialah 
kumpulan ajaran sesat itu menjadikan muzik black metal sebagai asas untuk 
pergerakan mereka. Itu yang membuatkan orang semakin keliru"
[Mingguan Malaysia 22/7/01]

La, depa boleh dok pi belit lagi aih. Itu, yang nama hangpa SIL-KHANNAZ itu 
apa ke bendanya?

Pagi tadi, selepas solat subuh, entah macam mana saya tergerak hati nak belek 
Al-Quran tafsir kat rumah. Bila teringat kumpulan SIL-KHANNAZ ini, saya 
teringatkan surah AN-NAS:

"Min Syarril Wasswa SIL-KHANNAZ"

Hangpa tau apa makna SIL-KHANNAS itu?

Maknanya ialah "SYAITAN YANG BERSEMBUNYI" .

TU DIA - 13 TAHUN, NALA PUNYA LAMA SYAITAN INI BERSEMBUNYI, BARU SEKARANG INI 
NAK DIBONGKAR!!

Walaupun begitu, bila orang tanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian 
Mai kita mengenai isu Black Metal ini, dia boleh dok pi kata:

"KUALA LUMPUR 21 Julai -  Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Norian Mai berkata 
masalah kegiatan Black Metal ini masih berada pada tahap yang terlalu rendah 
untuk dikategorikan sebagai masalah keselamatan negara"
[Utusan Malaysia 22/7/01]

Tu dia aih, dok pijak Al-Quran, dok ludah Al-Quran, dok koyak Al-Quran, dok 
sembah syaitan, sampai pi isytihar 'atas nama iblis kami murtad (Harian Metro 
24/7/01)"; masih lagi boleh kata tak apa.

Mungkin kalau ada mana-mana kumpulan MILITAN ka, kumpulan JIHAD ka, pakat pi 
serbu Central Square kat Sungai Petani tu ka mana-mana ka, tunggu kat Car 
Park, pancung sekoq-sekoq geng-geng Black Metal ini, kemudian pi humban ke 
dalam Sungai kat tengah pekan Sungai Petani itu. Masa itu bila air Sungai yang 
tersumbat kat Pekan Sungai Petani itu dah merah dengan darah geng2 Black Metal 
tu,  waktu itu nanti baru kot dikira darurat dan mengancam keselamatan 
negara!!!

Kalau kita baca cerita-cerita pasal black Metal dalam akhbar ini, kita akan 
dapati semua orang bercelaru tak tau apa punca, kalau orang tanya, jawab pakai 
main sedap mulut saja.

Contohnya Perdana Menteri kita sendiri, bila orang tanya apa puncanya, dia 
kata:

"Ini semua adalah kerana Guru-Guru Agama di Sekolah tidak mengajar Agama tapi 
menghabiskan masanya dengan mengajar politik" [21/7/01]

KALAU SUNGGUH LA GURU-GURU AGAMA ITU SEMUA PAKAT  DOK AJAQ POLITIK, NESCAYA 
HABISLAH SEMUA BUDAK-BUDAK ITU PAKAT PI JADI GENG "BLACK SEPTEMBER" BUKANNYA 
GENG "BLACK METAL!!"

Ish, bercelaru sunggu orang tua ini, cakap main sedap mulut saja!!

Kemudian bila pi tanya pulak kepada Si Awie, penyanyi Rock bekas kekasih kpd 
bekas Exco Puteri UMNO Erra Fazira. Awie memberi penjelasan yang panjang 
lebar. Rujuk Pancaindera Utusan Malaysia 22/Julai/01; antara lain beliau 
menyalahkah kepimpinan Menteri Besar Kedah yg lalu iaitu Dato Seri Sanusi 
Junid yang mengharamkan konsert-konsert Rock di Negeri Kedah pada ketika itu; 
kata Awie:

"Apabila konsert-konsert terbuka seperti itu diharamkan, maka anak-anak muda 
tidak ada pilihan, lalu mereka beralih konsert2 underground (gig) seperti 
kumpulan Black Metal ini"

TU-DIA, BAGUIH PUNYA JAWAPAN; KESIAN SANUSI, TANAM PADI ATAS BUMBUNG SALAH, 
BUAT PROJECT CABUT UBAN SALAH, HARAMKAN KONSERT ROCK PUN SALAH!!

Ringkas ceritanya, dalam cerita Black Metal ini, sapa pun tak tahu asal 
puncanya Kalau 100 orang kita tanya, maka 100 theori dan jawapanlah yang akan 
kita terima.

Contohnya, bila saya tanya kepada seorang budak Sekolah Menengah di Sungai 
Petani mengenai isu ini; dengan penuh confiden dia berkata:

"Alah, Black Metal yang asli bukan salah pun; yang salah tu yang dok pi sembah 
syaitan dan pijak Al-Quran. Itu yang salah. Sebetulnya, di Sungai Petani ini 
ada dua kumpulan Black Metal, satu yang Islam, dan satu lagi yang dok pi 
sembah setan itu, itu Black Metal Kapiaq!!"

LAA!! BLACK METAL PUN MACAM JIN JUGAK KA? ADA JIN ISLAM ADA JIN KAPIR!!!

Ish,ish, pening sungguh weh!!

Oleh kerana kita semua termasuklah Perdana Menteri yang sudah 20 tahun 
memerintah negara itu pun tak tahu dan tak dapat mencari apa puncanya, maka 
cara yang terbaik ialah memantau dan memastikan gejala-gejala seperti ini 
dapat dicantas sebelum ianya tumbuh merebak. Untuk memastikan ianya dapat 
dilakukan dengan berkesan, semua pihak termasuklah Majlis Agama, pihak 
sekolah, ibubapa dan orang ramai haruslah peka dengan perkembangan sekeliling. 
Kalau ada apa-apa yang nampak agak pelik dan aneh, cepat-cepatlah adukan 
kepada pihak-pihak berkenaan.

Kita ini kadang-kadang dok ambil sikap sambil lewa saja apabila melihat 
sesuatu yang kurang sopan berlaku di hadapan mata. Saya sendiri misalnya, 
kira-kira 4 atau pun lima tahun yang lalu; waktu keluar makan tengahari dengan 
kawan-kawan di sebuah Pusat Penjaja di Butterworth; kami tersengih dan 
tersenyum sesama sendiri apabila dua orang Minah Rock, baru lepas SPM  
rasanya,  berbaju dan berseluar hitam melintasi kawasan meja makan kami, 
dengan seorang itu berbaju T-Shirt hitam bertulis:

"THE GOD OF  F UCK!!"

Saya tanya kat member sorang tu, "Dia tau ka apa maknanya?"
Jawab member saya nie: "Entah!!"

Entah-entah Minah Rock inilah kepala kepada beranak pinaknya anak-anak Black 
Metal hari ini. Kalaulah ada mana-mana pihak dok pi monitor perkembangan Minah 
Rock ini dan kumpulannya awal-awal lagi ketika itu, mungkin gejala Black Metal 
yang ada hari ini dapat dibendung.

Yang menjadi masalahnya ialah seperti kata Ketua Polis Negara di atas tadi:

"Masalah kegiatan Black Metal ini masih berada pada tahap yang terlalu rendah 
untuk dikategorikan sebagai masalah keselamatan negara"

Mungkin kalau sapa-sapa boleh menyamar join geng-geng Black Metal ini, 
kemudian hasut depa suruh pijak-pijakkan gambar Mahathir, ludah gambar 
Mahathir atau pun koyakkan gambar Mahathir; waktu itu nanti barulah Black 
Metal akan dikategorikan sebagai sebuah kumpulan Militan yang mengancam 
keselamatan Negara, dan melayakkan mereka ditahan dicekup dan ditahan di bawah 
ISA tanpa perlu dibicara!!!

-Ru Antara-


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke