*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tahanan ISA belum diperiksa doktor
Azlina Ngainon
8:45pm, Wed: Dua tahanan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) Mohamad
Ezam Mohd Nor dan Saari Sungib belum menerima
sebarang pemeriksaan
kesihatan sejak dimasukkan ke kem Kamunting hampir
dua bulan lalu, menurut
isteri mereka.
�Ezam tidak pernah menerima sebarang pemeriksaan
kesihatan. Ini amat
membimbangkan saya,� kata Bahirah Tajul Aris, isteri
Ketua Pemuda Parti
Keadilan Nasional.
Beliau memberitahu malaysiakini hari ini, kesihatan
suaminya kini
�membimbangkan.�
�Tangannya menggeletar sejak mula beliau dihantar ke
kem itu dan dua minggu
selepas itu, rambutnya mula gugur. Berat badannya
juga susut dengan ketara,�
kata Bahirah lagi. �Beliau memang amat memerlukan
pemeriksaan dan rawatan
kesihatan.�
Bahirah telah menghantar surat permohonan pada 12
Julai agar Mohamad Ezam
dibenarkan menerima pemeriksaan kesihatan. Beliau
kini masih menunggu
jawapan permohonannya itu.
Ketua Pemuda itu dan ahli jawatankuasa pusat parti
itu Saari bersama Naib
Presiden Tian Chua dan penulis malaysiakini
Hishamuddin Rais ditahan di kem itu
selama dua tahun sejak 2 Jun. Manakala dua aktivis
parti itu Dr Badrul Amin
Bahron dan Lokman Noor Adam ditahan sejak 14 Jun
untuk tempoh yang sama.
Aliza Jaffar, isteri Saari, turut mendakwa perkara
yang sama.
�Sepanjang pengetahuan saya, tiada pemeriksaan
kesihatan untuk suami saya,�
katanya.
Rakan-rakan mereka, yang turut ditahan, dipercayai
belum menerima
pemeriksaan itu.
Bahirah juga memberitahu, suaminya kini hanya
dibenarkan menerima lawatan
daripada �anggota keluarga terdekat� tetapi tidak
termasuk adik-beradiknya.
Arahan KDN
�Mulai lawatan Ahad lalu (21 Julai) pihak berkuasa
kem mengenakan �peraturan
baru� iaitu lawatan hanya boleh dilakukan oleh ibu
bapa Ezam, ibu dan bapa
mertuanya, anak dan isteri saja,� katanya.
�Ahli keluarga lain termasuk adik beradik Ezam,
saudara ipar serta ahli keluarga
yang lain tidak dibernarkan.�
Menurutnya lagi, had lawatan ahli keluarga itu telah
dimaklumkan secara lisan
kepadanya oleh pegawai di kem itu.
�Menurut pegawai itu, perkara ini (had lawatan)
adalah atas arahan Kementerian
Dalam Negeri,� kata isteri Mohamad Ezam.
Sementara isteri Saari memberitahu, sejak minggu
lalu, kem itu membenarkan
lima orang pelawat sahaja.
�Dalam lawatan terbaru (Ahad lalu) kami (saya dan
anak-anak) terpaksa
bergilir-gilir bertemu Saari kerana had jumlah
pelawat itu. Dalam lawatan sebelum
ini, kami sekeluarga boleh (masuk) bertemu
sekaligus,� kata Aliza.
Menurut Aliza, peraturan itu menyebabkan adik Saari
gagal masuk.
�Beliau disekat daripada memasuki pintu kawalan yang
pertama (pintu utama),�
katanya.
�Ia (peraturan baru) suatu yang zalim. Sebelum ini
ahli keluarga yang lain tidak
mempunyai masalah untuk melawat Saari,� tegas Aliza.
Selain itu, Bahirah berkata surat tahanan ISA itu
kepada keluarganya tidak
diterima.
�Ezam akan menulis surat kepada keluarganya setiap
minggu tetapi sejak
minggu lalu, kami tidak menerima lagi surat
daripadanya. Apabila Ezam ditanya
mengenai surat itu Ahad lalu, Ezam mengakui dia
menghantar surat seperti
biasa,� kata Bahirah.
<br><br><br>"Jika takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan!" -
Anwar Ibrahim
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>