*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum...

Menanggung kerja ini berlaku apabila penjawat jawatan tersebut tidak dapat hadir bertugas samada kerana cuti belajar, bersalin atau lain-lain cuti panjang yang dibenarkan oleh jabatan beliau dan biasanya jawatan tersebut merupakan jawatan tetap, bukannya kontrak atau sementara. oleh kerana ianya jawatan tetap, maka saya percaya, jika penjawat tersebut tidak bercuti belajar atau bersalin, tentunya ada skop tugas yang telah ditentukan oleh ketua jabatan.

Dalam hal ini, saudara menanggung kerja tentunya atas kelulusan atau arahan oleh ketua jabatan....untuk melakukan tugas yang ditinggalkan oleh rakan sepejabat. oleh yang demikian, isu tidak ada kerja yang hendak dilakukan tidak seharusnya timbul. Jika ini berlaku, bermakna, teman pejabat saudara selama ini tidak mempunyai kerja di pejabat dan tentunya ketua jabatan saudara seorang yang lemah kepimpinannya jika tidak menyedari masalah ini.

Apa yang boleh saya agak ialah, sebahagian kerja teman saudara yang bercuti tersebut mungkin dilakukan oleh rakan-rakan yang lain secara pembahagian dan saudara mungkin dicalonkan untuk menanggung kerja kerana bidang tugas yang lebih kurang setara dengan tugas yang dilakukan oleh rakan yang bercuti tadi.

Pada pendapat saya, kalau memang benar tiada tugas yang dapat dilakukan sewaktu menanggung kerja, maklumkan saja kepada ketua jabatan untuk membatalkan penanggungan tersebut keran berasakan saudara tidak layak menerima elaun tersebut. Tetapi, jika saudara seorang yang bertanggungjawab, saya percaya tentunya ada kerja yang dapat saudara lakukan untuk 'justify' elaun menanggung kerja yang saudara terima.

sham



 

>From: "norizma abdullah"<[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Menanggung Kerja
>Date: Wed, 25 Jul 2001 05:12:42
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
>{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
>{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum...
>
>Saya hendak tanya tentang menanggung kerja di pejabat(kerajaan).
>Bolehkah ... contohnya saya menanggung kerja org lain dalam suatu
>masa
>(cthnya 2 bulan), tetapi sepanjang masa tersebut tiada kerja yang
>saya buat
>atau perlu buat. Jadi dari sudut agama bolehkah saya menerima duit
>menangung
>kerja tersebut.
>
>Harap ada yg sudi menjelaskan. Terima kasih.
>
>
>
>_________________________________________________________________
>Get your FREE download of MSN Explorer at
>http://explorer.msn.com/intl.asp
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "norizma abdullah"<[EMAIL PROTECTED]>


Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "sham sham" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke