*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
July 25 , 2001 20:39PM

40,000 Rakyat Johor Ulang Alik Ke Singapura Kerana Gaji Berganda
 
JOHOR BAHARU, 25 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor mengenal pasti
kira-kira 40,000 rakyat negeri itu yang berulang alik bekerja di Singapura
setiap hari kerana tertarik dengan tawaran gaji yang secara puratanya tiga
kali ganda lebih tinggi di negara pulau itu.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata jumlah itu meningkat
berbanding antara 20,000 dan 30,000 orang yang berulang alik bekerja di
republik itu antara tahun 1998 dan 1999.

Pendapatan yang diterima oleh rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura
lebih tinggi bukan sahaja kerana gaji asasnya besar tetapi juga kerana nilai
dolar Singapura yang lebih dua kali ganda tinggi berbanding Ringgit
Malaysia.

"Namun, berikutan jangkaan kelembapan ekonomi Singapura ada tanda-tanda
bahawa sebahagian mereka yang dulunya bekerja di sana kini telah memulakan
pekerjaan baru di sini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan
mesyuarat mingguan Exco di Hotel Sofitel, Senai, dekat sini.
Beliau berkata kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati sebahagian
mereka yang pulang bekerja di Johor memasuki semula sektor industri yang
sesuai dengan kemahiran mereka atau memulakan perniagaan dengan modal yang
diperolehi hasil simpanan ketika mencari rezeki di Singapura.

-- BERNAMA

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke