Assalamu'alaikum wr wb

>     "Seminar Kaedah Terkini Menghafaz Al-Quran Kaedah Al-Huffaz"
>  
>     Tarikh:    29 Julai 2001 (AHAD)
>     Masa:      8:30pagi - 1:15 petang
>     Tempat:  Auditorium SIRIM Berhad,
>                    Tingkat 1, Blok 5,
>                    Persiaran Datuk Menteri,  
>                    Seksyen 2, Shah Alam.
>  
> Yuran: RM50 (individu), RM80 (suami/isteri)
>  
> Mengapa Anda Mesti Hadir Seminar Ini?
>
> *                
>                  Anda akan dibimbing bagaimana menggunakan masa 5-10 minit sahaja
> sehari untuk pandai membaca dan menghafal Al-Quran.
>
> *                
>                  Bagaimana kaedah Al-Huffaz memahirkan anda membaca dan sekaligus
> menghafaz al-Quran dengan betul dan kukuh dalam ingatan.
>
> *                
>                  Al-Quran benteng paling teguh mencegah maksiat dalam diri serta
> melawan pengaruh gejala sosial di sekeliling anda.
>
> *                
>                  Menghafaz Al-Quran juga akan mencerdaskan minda serta mengelakkan
> daripada sifat nyanyuk di hari tua.
>
> *                
>                  Membaca dan menghafaz al-Quran akan meningkatkan prestasi kerjaya
> dan menjana produktiviti pekerjaan anda.
>
> *                
>                  Menghafaz al-Quran akan mempertajamkan minda anda.
>
> *                
>                  Diterangkan kaedah untuk menjaga hafazan dan mengukuhkan ingatan.
>
> *                
>                  Kaedah ini akan mewujudkan program maahad tahfiz di dalam rumah
> sendiri.
>
> *                
>                  Memperkasakan jiwa dan jati diri menerusi hafazan al-Quran.
>
> *                
>                  Pelaburan yang tidak rugi demi membasmi gejala buta al-Quran di
> negara ini.
>
> Biodata Pengasas Kaedah Al-Huffaz
>
> USTAZ HJ MOHD SHAFIE HJ MOHD AMIN AL-HAFIZ, pengasas SISTEM Al-HUFFAZ ini
> adalah seorang akauntan, berkelulusan Association Chartered of Certified
> Accountant (ACCA), daripada United KIngdom. Sebelum ini pernah berkhidmat
> sebagai akauntan di beberapa buah firma dan pensyarah sambilan di UKM dan
> ITM.
>  
>  Di peringkat awal, beliau menceburi hafazan al-Quran serta kursus Bahasa
> Arab hanya secara sambilan. Meskipun mula menghafaz di usia 27 tahun,
> namun akhirnya berjaya menamatkan 30 juzuk, dalam masa 3 tahun.
>  
>  Dari seorang lepasan akademik yang tidak pandai membaca al-Quran,
> akhirnya beliau berjaya menjadi seorang hafiz serta mampu mencipta suatu
> formula pembelajaran al-Quran yang efektif dan kaedah menghafaz yang
> sistematik. Format ini jugalah yang telah menempah nama beliau bersama
> tiga orang anaknya sebagai johan dalam Majlis Menghafaz Al-Quran di
> Peringkat Negeri dan Kebangsaan yang sering diadakan pada setiap tahun.
>  
>                 Di antara guru-guru beliau di dalam ilmu Tajwid ialah
> YBhg. Datuk Ustaz Haji Hasan Azhari. Manakala guru al-Hafiz yang beliau
> bertalaqi hafazan al-Quran ialah Ustaz Asmungi al-Hafiz, Ustaz Jim
> al-Hafiz (Mali, Afrika) dan Ustaz Abdul Rauf al-Hafiz (Univ Al-Azhar,
> Mesir)
>  
>  Jawatan beliau kini ialah sebagai Ahli Lembaga Pengarah & Ketua Perunding
> Al-Huffaz Consulting. Penasihat Al-Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran
> Al-Itqaan, Maahad Tahfiz Lilbanat, Bukit Naga Kelang dan Maahad Tahfiz
> al-Akhyar Johor Bahru. Beliau juga adalah Pensyarah di Seminar Motivasi
> Al-Quran - Kaedah Sistematik Membaca dan Menghafaz Al-Quran Menurut Kaedah
> Al-Huffaz disamping menjadi Pembimbing Kursus Menghafaz Al-Quran di
> Syarikat Takaful Malaysia, Kursus Tahsinul Quran di Pejabat Pengarah JAIS,
> Kursus di Perdana Technology Venture dan Kelas Tahsinul Quran di Masjid
> Negara.
>  
> Pencapaian dan Kejayaan
>  
> Berikut adalah contoh kejayaan anak-anak beliau yang dibimbing menggunakan
> kaedah Al-Huffaz:
>  
> - Adik Muhammad, 15 tahun - JOHAN menghafaz Al-Quran (1-15 juzuk)
> Peringkat Wilayah Persekutuan 1999.
> - Adik Siti Hajar, 13 tahun - JOHAN menghafaz Al-Quran (1-15  juzuk)
> Peringkat Kebangsaan Tahun 2000.

> - Adik Rabea, 14 tahun - peserta termuda dan JOHAN menghafaz Al-Quran
> (1-30 juzuk) Peringkat Kebangsaan, 1999 dan 2000.
>  
> Komen Pakar Al-Quran
>  
> Komen 1: Dato' Ustaz Haji Hasan Azhari
> "Sistem al-Huffaz memberi manfaat kepada sesiapa sahaja, bukan hanya untuk
> menghafaz tetapi juga bagi mereka yang baru belajar al-Quran atau ingin
> memperbaiki kelancaran dan mendapat kemahiran dalam hukum tajwid."
>  
> Komen 2: Ustaz Pirdaus Hj Ismail al-Hafiz
> "Kaedah ini adalah suatu sistem yang telah disusun berdasarkan pengalaman
> pengasasnya sendiri, yang asalnya tidak boleh membaca al-Quran sehinggalah
> berjaya menjadi hafiz. Kaedah ini memberi manfaat kepada sesiapa yang
> ingin mendekati al-Quran, dapat membantu keluarga dan masyarakat
> menghayati al-Quran."
>  
> Komen Peserta
>  
> Komen 1: Pemandu Teksi KL
> "Setelah menghafal Yasin mengikut kaedah ini, saya yakin boleh menghafaz
> seluruh al-Quran. Kini saya menghafaz Surah al-Waqiah, as-Sajdah dan
> lain-lain sambil memandu kereta."
>  
> Komen 2: Pengarah Syarikat
> " Sebelum ini, saya terlalu sukar untuk menghafaz surah as-Sajdah.
> Alhamdulillah, dengan kaedah ini, saya mampu menghafalnya"
>
>  
> Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
>  
> Tuan Syed Omar (03-5128163), En Fauzi Sain (019-3344983),
> En Abd Razak (019-3843363), En Ridzuan (016-2167790)


Kirim email ke