*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aduhai Puteriku sayang,
Jauhi lah dirimu daripada satu sifat iaitu berpura-pura melakukan kebaikan
ditengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiat atau
kemungkaran secara tersembunyi , kerana ini adalah sifat-sifat munafik yang
amat dibencikan Allah.
Firman Allah:(ertinya) "Mereka bersembunyi daripada manusia, tetapi mereka
tidak dapat bersembunyi dari Allah, sedangkan Dia berserta mereka itu
ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai
Allah. Allah meliputi (pengetahuanNya) apa-apa yang mereka kerjakan"
(An-Nisa:108)
Moga dilindungi Allah akan diri kita dari sifat keji ini.
Aduhai puteriku sayang,
kau ibarat bunga... namun cantik indahnya pada pandangan mata hanya
sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah yang mulia
akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri..
Wahai anakku,
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah
cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila
dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya
juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan
mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata
hati, ternyata amat tinggi nilainya....
Wahai puteri kesayanganku,
Kau adalah ciptaan Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan
sesuatu bangsa terletak di tangan mu. Oleh yang demikian, Allah telah
menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si
jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita
solehah sepertimu.
Kerana itulah wahai anakku,
Sebagai anak, kau menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja kau akan
menjadi remaja yang berhemah.. dan suatau hari nanti sebagai isteri, kau
menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai
ibu, kau akan mendidik anakmu nanti dengan penuh kasih sayang... dan
pastinya sebagai hamba Allah,kau akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah
diri hanya kepada-Nya...
Wahai anakku,
Orang yang paling berbahagia adalah diriku. Kerana memiliki harta yang
paling berharga di dunia ini iaiatu puteri yang yang solehah.
Wahai Puteriku sayang,
Kau diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati.
Kau adalah sumber kasih, sayang dan kelembutan.
Adhaui Puteriku sayang,
Apabila kau berada dalam kumpulan orang ramai perhatikanlah
Orang yang banyak bicaranya janganlah kau harapkan sangat kesedaran hatinya.
Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat akan kata-kata
hikmatnya darinya.
Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat
ibadahnya.
Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul
khatimahnya.
Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
Orang yang memilih kawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan
sangat kelurusan agamanya.
Orang yang mencari kerelaan manusia janganlah harapkan sangat keredhaan
Allah darinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>