*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anda ada masalah mencari driver untuk hardware anda ? 
Cubalah cari di tempat berikut :

http://www.driverguide.com/ [Gunakan login : drivers password : all] 
http://www.helpdrivers.com/ 
http://windrivers.com/ 
http://www.kiarchive.ru/ 
http://www.driverzone.com/

Motherboard yang ada built-in vga, sound, modem

JIKA anda menggunakan motherboard yang ada built-in vga, sound, modem; sebaiknya 
download driver dari pembuat motherboard tersebut. Ini kerana ia telah di "tune-in" 
untuk motherboard tersebut. Jika anda tidak tahu atau web site pembuat mobo tersebut 
tidak menyediakan driver, anda *mungkin* boleh menggunakan driver dari pihak lain 
tetapi tidak dijamin ia akan berfungsi. Inilah sebabnya bila membeli motherboard, 
pastikan anda membeli dari pembuat yang bagus dan terkenal.


Kad OEM

Contoh kad OEM ialah seperti vga, sound card atau modem yang anda tidak tahu 
pengeluarnya atau tiada laman web pengeluar terbabit. Ini bukan misalnya seperti sound 
card dari Creative versi OEM dengan versi retail. Pengeluar yang terkenal memang ada 
mengeluarkan versi OEM dengan versi retail. Apa yang saya bincangkan ialah pengeluar 
kecil-kecilan yang tak ada langsung nama syarikat pembuat apatah lagi alamat web site 
mereka.Apa yang perlu anda buat ialah ketahui chipset vga, sound card atau modem 
tersebut. Chipset ini adalah satu chip atau IC yang besar pada kad tersebut. Anda 
boleh lihat nama pengeluar dan model dicetak pada chipset itu.

Bagaimanapun jika chipset tersebut ditutup oleh heatsink pada kebanyakkan kad gambar 
atau external modem, anda boleh gunakan cara lain. Jangan sekali-kali cabut heatsink 
atau buka modem kerana ia menyebabkan jaminan kad tersebut batal.

Untuk kad gambar, anda boleh melihat infomasi chipset tersebut dari display 
properties. 
Control Panel --> display --> settings -->

Untuk kad suara, dari Control Panel --> Multimedia --> device --

Untuk modem, lain pula caranya. Anda perlu tahu apa chipset yang digunakan oleh modem 
tersebut misalnya, USR, PCTel, Texas Instrument, Mororola, Conexant dan sebagainya. 
Laman berikut ini membuat pengkhususan temtamg modem : 
http://www.modem-help.freeserve.co.uk/

CD-ROM tidak perlu driver.

Setelah itu anda buat carian berdasarkan chipset tersebut. Anda boleh menggunakan web 
site di atas yang mengkhusus untuk driver ataupun menggunakan injin carian biasa.






--
Edisi HTML dan yang terkini boleh dibaca di :
http://www.celik-it.f2s.com/komputer/driver.html

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: support <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke