*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
petikan dari ustaz Ismail Kamus        

 KIRA- KIRA tiga tahun lalu, semasa mengerjakan ibadat

umrah,
> > saya bertemu dengan seorang jemaah perempuan.
Wajahnya memang 
cantik dan
> > masih muda orangnya. Dia datang mengerjakan umrah
bersama suaminya.
> > Wajah suaminya nampak agak tua dan daripada air
mukanya yang 
lembut,
> > memang nampak baik orangnya. Manakala si isteri
kelihatan agak 
garang.
> > Wajahnya serius dan tegas.
> >
> >            Apabila sampai di Makkah, wanita
tersebut tetap dengan
caranya
> > yang sentiasa hendak mengawal suami. Yang anehnya
si suami jadi 
semacam
> > khadam - suruh duduk dia duduk, suruh makan dia
makan, suruh mandi 
dia
> > mandi ... macam lagu P. Ramlee. Dia tidak
membantah barang sedikit 
pun
> > kata-kata isterinya. Daripada gelagat mereka itu,
boleh 
diringkaskan
> > bahawa si isteri adalah ibarat 'nyawa' kepada
suaminya Cuma dengan 
ekor
> > mata sahaja wanita tersebut boleh mengarahkan
suaminya. Atau dengan
> > hanya menjeling saja suaminya sudah faham arahan
isteri. Kami cuma 
dapat
> > memerhatikan saja perangai wanita tersebut. Hendak
dinasihatkan 
khuatir
> > akan berlaku pertelingkahan kerana sifat wanita
itu nampak garang. 
Kalau
> > dinasihat tentu sekali dia menolaknya. Tapi Allah
swt. Maha Kaya. 
Jika
> > perbuatan kita menyalahi hukum agama maka
lambat-laun akan
> > ditunjukkanNYA juga.
> >
> >            Selepas beberapa hari berada di Makkah,
wanita berkenaan
asyik
> > termenung sahaja. Dia lebih banyak mendiamkan diri
dan melayan 
perasaan.
> > Perubahan pada diri wanita tersebut disedari para
jemaah lain 
tetapi
> > disebabkan terlalu sibuk dengan ibadat
masing-masing, mereka tidak 
mahu
> > campur tangan atau bertanya kepadanya kalau-kalau
dia menghadapi
> > masalah. Akhirnya kisah pasangan itu hilang begitu
sahaja. Namun 
selepas
> > bersama-sama mengerjakan sai dan mula mengerjakan
tawaf, bermulalah
> > kejadian yang tidak disangka-sangka.
> >
> >            Hari itu wanita tersebut mengajak
suaminya melakukan 
tawaf
> > berjalanlah mereka beriringan, tetapi sebaik
menoleh ke arah 
kiblat,
> > tiba-tiba wanita itu meminta suaminya berhenti.
> >
> >            "Bang! Berhenti bang! Ke tepi! Ke
tepi!"
> >            "Apa kena dengan awak ni?" tanya
suaminya kehairanan.
> >            "Cuba abang tengok Kaabah tu. Eee
takutnya! Saya takut 
bang,
> > saya takut!" kata wanita itu sambil memaling muka
ke arah lain dan
> > menutup mata dengan kedua-dua belah tapak tangan.
> >            "Nak takutkan apa, inikan Kaabah yang
mulia," nasihat
suaminya
> > supaya isterinya tidak takut dan mencuba lagi
untuk tawaf.
> >            "Dahlah tu ... tak ada apa-apa. Mari
kita tawaf lagi," 
kata
> > lelaki berkenaan.
> >
> >            Wanita itu melangkah semula untuk
tawaf, tapi baru 
beberapa
> > langkah, dia berhenti semula.
> >
> >            "Ya Allah," teriaknya sambil berlari ke
tepi kerana
ketakutan.
> >            "Kenapa dengan awak ni?" tanya
suaminya. Dia kelihatan 
cemas.
> >            "Abang ... Kaabah terbalik! Nak hempap
saya! " jawab si
isteri.
> >            "Ahh awak ni. Mana ada, elok aja Kaabah
tu. Jangan
mengarutlah.
> > Itu perasaan awak saja," kata suamimya.
> >
> >            Begitulah yang berlaku beberapa kali
hingga akhirnya 
wanita
> > berkenaan menjerit-jerit ketakutan. Jemaah lain
tercengang melihat
> > dirinya. Apabila menyedari sesuatu yang tidak kena
dengan 
isterinya, si
> > suami menasihatkannya supaya duduk di barisan
jemaah untuk berehat
> > seketika.
> >
> >            "Tunggu sini sampai saya selesai
tawaf," kata suaminya.
> >
> >            Akibat masaalah itu, terlepas peluang
wanita tersebut 
untuk
> > mengerjakan tawaf. Begitulah seterusnya selepas
beberapa hari 
perempuan
> > itu masih gagal melakukan tawaf dengan sempurna
kerana setiap kali
> > melihat Kaabah, dia melihat Kaabah terbalik dan
hendak 
menghempapnya.
> > Semasa berada di Makkah, lelaki tersebut
bertungkuslumus 
menenangkan
> > perasaan isterinya. Tetapi oleh kerana ketakutan
yang dialami 
wanita itu
> > gagal dinyembunyikan lagi, lama-kelamaan ramai
jemaah yang tahu
> > kegagalannya untuk tawaf.
> >
> >            Akhirnya pada suatu hari wanita
tersebut datang menemui 
saya
> > sambil menceritakan masalah yang dihadapinya sejak
datang 
mengerjakan
> > umrah tiga hari lalu.
> >
> >            "Begini ustaz, dah tiga hari saya
berada di mekah tapi
> > masaalahnya saya gagal, nak tawaf ustaz", katanya
dengan keluhan 
yang
> > memberat di dada.
> >            "Setiap kali saya nak tawaf saya nampak
terbalik. Kenapa
ustaz?
> > Apa salah saya ustaz?" Cerita perempuan berkenaan.
> >            Saya berkata, "Agaknya awak ni ada
menuntut ilmu salah
> (hitam)."
> >
> >            Sengaja saya berkata demikian untuk
menduganya. Pada 
agakan
> > saya, mungkin Kaabah itu terbalik sebab dia
mengamalkan ilmu yang
> > songsang,, Kemudian ilmu songsang itu yang membawa
mudarat kepada 
diri
> > pengamalnya. Tapi itu agakan saya saja. Namun
apabila saya berkata
> > demikian, wanita tersebut termenung lalu tunduk
seketika. Setelah
> > beberapa lama berdiam akhirmya dia mengaku tentang
perbuatannya 
yang
> > lampau mengamalkan ilmu hitam bertujuan
menundukkan suaminya.
> >
> >            "Saya memang bersalah ustaz. Sebelum
ini memang saya ada
> > menuntut ilmu untuk menundukkan suami daripada
seorang bomoh," 
katanya
> > dengan linangan air mata.
> >            Wanita itu seterusnya bercerita," Ini
semua gara-gara
dorongan
> > hawa nafsu semata-mata supaya sentiasa dipandang
cantik oleh 
suami."
> >
> >            Katanya lagi, ilmu hitam yang diamalkan
sejak mula-mula
> > berkahwin dulu memang mujarab. Oleh kerana
suaminya kacak dan lawa
> > orangnya dia khuatir wanita lain terpikat
dengannya. Melalui ilmu
> > penunduk daripada seorang bomoh handalan dia
berharap suaminya 
dapat
> > dimiliki sepenuhnya. Sejak itu suaminya sentiasa
menuruti segala
> > telunjuknya. Akibat sihir itu, lelaki berkenaan
yang dahulunya
> > ramah-tamah kini diam menikus. Hitam kata isteri
maka hitamlah 
katanya.
> > Kalau putih katanya maka putihlah akalnya. Tidak
dibantah walau 
sedikit
> > pun.
> >
> >            Dengan sihir itu wanita tersebut mula
menghambakan 
suaminya
> > pula. Disuruhnya suaminya memasak, membasuh,
menyidai pakaian, 
menyiram
> > pokok bunga, basuh najis anak dan macam-macam
lagi. Tidak ubah 
suaminya
> > itu dibuat seperti pembantu rumah.
> >
> >            "Dulu memang saya queen control. Tapi
ustaz, sekarang 
saya
dah
> > insaf. Saya menyesal sungguh-sungguh dengan
perbuatan saya dulu. 
Saya
> > jahil hukum agama, ustaz," katanya sediri.
> >
> >            Saya lihat wanita ini menyesal
sungguh-sungguh. 
Beruntung
juga
> > kerana dia bertaubat semasa berada di tanah suci
buktinya Allah swt
> > masih sayangkannya.
> >
> >            "Kalau begitu awak kenalah mohon ampun
daripada Allah 
swt.
> > diatas perbuatan menganiaya suami awak. Awak juga
kena minta ampun
> > daripada suami awak," balas saya.
> >
> >            Saya lihat wajah wanita itu berkerut.
Dia menitiskan air 
mata
> di
> > atas kekesalannya. Ketika itu juga dia mengucup
tangan suami-nya 
sambil
> > memohon ampun di atas perbuatannya yang lalu.
Bagaimanapun lelaki
> > berkenaan seorang yang baik lantas memaafkan
kesalahan isterinya 
itu
> > seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum ini.
> >
> >            "Tak usah menangislah. Tak guna. Yang
dah lepas tu 
biarlah.
> Usah
> > diungkitkan lagi. Semua orang berdosa, abang pun
ada buat dosa pada
> > awak," kata suaminya.
> >
> >            Beberapa hari kemudian barulah
perempuan itu dapat
mengerjakan
> > tawaf dengan sempurna. Dia datang semula menemui
saya.
> >
> >            "Terima kasih ustaz, saya dah boleh
buat tawaf", 
katanya.
> >            "Baguslah," kata saya sambil tersenyum
melihat gelagat
pasangan
> > berkenaan.
> >
> >            Saya lihat wanita itu kelihatan begitu
terharu sekali. 
Malah
> dia
> > semakin tekun beribadat. Hasil keinsafan itu,
suaminya dilayan 
seperti
> > raja. Tiada lagi arah-mengarah seperti mula-mula
tiba dahulu. 
Hubungan
> > mereka berdua juga begitu bersopan santun dan
lemah lembut setelah
> > mendapat hidayah di tanah suci.
> >
> >            "Dalam pada itu ada juga orang
mempelajari daripada 
mereka
ilmu
> > sihir yang boleh menceraikan antara suami dengan
isterinya, padahal
> > mereka tidak akan dapat sama sekali memberi
mudarat dengan sihir 
itu
> > seseorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan
sebenarnya mereka
> > mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka
dan tidak 
memberi
> > manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya
mereka telah pun 
mengetahui
> > bahawa sesiapa yang memilih sihir itu tidaklah
lagi mendapat 
bahagian
> > yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah
buruk apa yang 
mereka
> > pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka
mengetahui.
> >            Surah al-Baqarah 2:102
> >            *sumbangan Yasmin


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: nani azlan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke