*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Assalaamu'alaikum wr,wb.

Aduhai anakku sayang,
Sering pertemuan-pertemuan yang kau alamai bersama sesorang dimulai dengan
pertanyaan "Apa khabar ?" Secara umumnya ini merujuk kepada kesihatan tubuh
badan dan kehidupan fizikalmu. Sesuatu yang jarang ingin diketahui adalah
pertanyaan "Apa khabar ?" yang merujuk kepada keadaan keruhanianmu.
Bagaimana tahap keruhanian ? Lemah? Maju? Kronik? Tinggi? Oleh
itu,muhasabahlah, wahai anakku sayang dan renungkan tahap keruhanian dalam
dirimu saat itu. Apabila ada orang bertanya apakhabar maka anggaplah dia
juga bertanya  "Apa khabar ruhanimu?"

Wahai permata hatiku sayang,
Di dunia ini kau sentiasa berhadapan manusia-manusia yang bergelar anak Adam
A.S. Berlaku lembutlah dengan bukan saja dengan manusia, bahkan pelbagai
jenis makhluk yang melata, yang terbang, yang menjalar, yang kaku tanpa
gerakan dan nafas dan setiap sesuatu yang mempunyai nama. Di celah pelbagai
makhluk itu perhatikanlah, dan carilah manusia-manusia yang hatinya sentiasa
dalam perenungan dan cinta kepada Sang Penguasa. Bergaullah dengan
orang-orang ini, wahai anakku , yang di tubuhnya mengalir darah kesufian,
yang ucapan-ucapan hanya menampilkan ikon-ikon kebenaran Ilahi. Hampirilah,
santuni dan khabarilah...semoga kau beroleh berkah melaluinya. Awasilah,
wahai yang bermata bathin.....bahawa orang-orang yang sebegini bukan
semestinya terdiri dari peribadi-peribadi yang dikenali, malah sebahagiannya
berpenampilan sangat biasa, malah tidak dipedulikan oleh khalayak. Inilah
yang digelarkan oleh para 'arifin sebagai wali Allah atau ahlulLah.

Aduhai kasih sayangku,
Nasihatku yang paling utama untukmu ialah , bertaqwa kepada Allah swt dalam
seluruh aspek kehidupan. Kerana ini adalah wasiat Allah swt dan wasiat
RasulNya yang terpercaya Nabi Muhammad saw, sebagaimana maksud firman Allah
Azza wajalla :
"Dan sungguh kami telah mewasiatkan kepada Ahli Kitab sebelum kamu dan
demikian pula kepada kamu, agar kamu sekalian bertaqwa kepada Allah" Surah
An-Nisa' : 131


" Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kamu kepada Tuhan kamu yang telah
menciptakan kamu dari jiwa yang satu " Surah An-Nisa: 1

 Ohh anaku tercinta,
Tahukah kamu apa itu taqwa. Taqwa adalah satu ungkapan yang menghimpun
seluruh aspek Agama ini, menyentuh setiap sisi kebaikan di dunia dan di
akhirat. Taqwa itulah Agama ini. Ia adalah kebaikan. Ia adalah Iman, Islam,
petunjuk, dan kesalehan. Allah swt menamai AgamaNya dengan Taqwa, oleh
karena orang yang konsisten dengan Agama ini, niscaya Allah akan
memeliharanya dari segala bentuk kejelekan di dunia dan di akhirat.

Anakku,
 Taqwa juga ialah mengikhlaskan Ibadah hanya kepada Allah semata; dan
kepatuhan mutlak dalam mengikuti RasulNya saw dan menegakkan syari'ah beliau
dalam seluruh aspek kehidupan serta kewaspadaan dari penyimpangan dari
syari'ah tersebut. Orang yang berakal sihat, tentu memahami bahwa penerapan
syari'ah Islamiyah akan membawa kebaikan duniawi dan ukhrawi, dan akan
mewujudkan persatuan dalam kebenaran dan pemberantasan kemungkaran.

Dan di antara bahagian yang sangat mendasar dalam Taqwa ialah : Kerjasama
dalam kebaikan dan Taqwa, saling berpesan tentang kebenaran dan kesabaran
dalam kebenaran, persatuan para ulama dan kesatuan pendapat mereka dalam
kebenaran. Selain itu, keaktifan mereka dalam membimbing umat ke jalan
keselamatan, menghindarkan mereka dari penyebab kebinasaan, menasihati
pemerintah dan mendukung mereka dalam kebaikan. Kerana sesungguhnya Allah
meridhai untukmu tiga perkara  pertama,   bahawa kau beribadah hanya kepada
Allah, dan tidak mempersekutukan Dia dengan sesuatu. Kedua bahawa kau
bersatu dalam berpegang teguh pada tali Allah, dan tidak berpecah belah.
ketiga   bahawa kamu menasihati orang yang ditakdirkan Allah untuk menjadi
pemimpinmu

Puteriku,
Izinkan ku ulangi sekali lagi pesan Rasulullah SAW kepada kita "Barangsiapa
diantara kamu menyaksikan kemungkaran, hendaklah ia merubahnya dengan
tangannya. Bila ia tidak mampu, maka dengan lisannya. Bila ia tidak mampu,
maka dengan hatinya, dan itulah iman yang paling lemah"

Sebagai anak yang paling ku sayangi,
Ku berdoa kepada  kepada Allah Azza wa Jalla agar Allah memberi taufiq
kepada kau dan aku, Semoga Allah memberi taufiq padamu  menuju ridhaNya dan
kebaikan para hambaNya. Semoga Allah memperbaiki hatimu, perbuatanmu, dan
mengaruniakan kepadamu pemahaman yang mendalam tentang AgamaNya, keteguhan
dalam mengamalkannya, dalam menda'wahkannya atas dasar ilmu yang benar.
sesungguhnya DIA pemilik semua itu dan DIA maha berkuasa untuk itu.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke