*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,

Dulu puji jepun hentam barat.  Sekarang puji barat
hentam jepun. Tak mustahil lepas ni puji yahudi
hentam arab.

Macam ni lah orang yang hentam Islam.... dia pun
dibiar kan hanyut....hanyut...hanyut.. 

Hanyutlah bersamanya orang2 umno.  Mahader kehulu,
kehululah umno, mahader kehilir, kehilirlah umno,
mahader kelongkang kelongkanglah umno. Macam 
lalang ditiup angin.  Bukan macam pokok kerian,
tegak berdiri, akar kuat mencengkam bumi. Buah boleh
dimakan, teduh boleh ditumpang. Ribut topan mari pun
InsyaAllah tak tumbang. 

----- Original Message ----- 
From: nurul huda 
To: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] 
Sent: Thursday, August 02, 2001 7:47 PM
Subject: H-Net* Pujian Mahathir terhadap toleransi Barat disanggah

Pujian Mahathir terhadap toleransi Barat disanggah


KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Majlis Dialog Bersama Perdana Menteri dengan tema 
'Toleransi - Model Malaysia' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di sini 
pagi tadi, menyaksikan wakil PAS, Dato' Mustafa Ali mempertikaian keikhlasan Dr 
Mahathir Mohamad memuji masyarakat negara Barat yang tidak ghairah mengadakan 
ceramah/kempen kecuali ketika musim pilihan raya.

Mustafa yang juga Naib Presiden PAS berkata, Mahathir yang selama ini gemar mengecam 
negara Barat, cuba mengambil contoh suasana sedemikian sebagai bukti amalan toleransi 
di negara terbabit.

Beliau seolah-olah memuji Amerika Syarikat dan Britain kerana di kedua-dua negara itu 
tidak wujud suasana yang ada seperti di negara ini khususnya ketika membuat kritikan 
dan pandangan melalui ceramah-ceramah anjuran parti pembangkang.

Dalam majlis itu Mahathir berkata: "Dalam pilihan raya Britain dan Amerika yang lalu, 
kita tidak pula nampak Parti Republikan mengadakan ceramah sepanjang masa, 
membangkitkan masalah undang-undang. 

"Di Britain pula, Parti Konservatif tidak pula buat 100 sehingga 300 ceramah dalam 
satu hari untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan, tetapi mereka masih 
dianggap negara demokratik."

Mustafa pula dalam sesi soal jawab majlis itu berhujah bahawa dengan pelbagai sekatan 
terhadap rakyat di negara sendiri khususnya parti pembangkang seperti menghalang 
ceramah-ceramah umum menjadi bukti jelas sikap toleransi itu sebenarnya tidak wujud 
dalam negara ini.

Malah, media massa yang wujud di negara ini dimonopoli sepenuhnya oleh parti kerajaan 
tanpa memberi ruang dan tempat kepada pembangkang untuk menyebarkan maklumat mereka, 
katanya.

Menurut Mustafa, walaupun Mahathir yang selama ini mengecam Barat, pada masa yang sama 
beliau menjadikan negara Barat sebagai contoh kononnya di sana, ceramah-ceramah atau 
kempen tidak diadakan secara terbuka dan meluas kecuali semasa musim pilihan raya.

"Dalam kes ceramah misalnya, Dato Seri bersetuju dengan Amerika bahawa di sana tidak 
ada ceramah-ceramah selepas pilihan raya.

"Tetapi di Malaysia, media massa dikuasai oleh pemerintah, pembangkang 
tidak ada ruang untuk menyuarakan pandangan dan kritikan. Oleh itu, bukan soal 
pelanggaran permit ceramah tetapi ia bermula daripada sikap tidak toleran kerajaan 
terhadap kritikan dan pandangan pembangkang," katanya.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun mencadangkan supaya perkara berkenaan 
dibahaskan dengan lebih panjang supaya setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir 
mesti berasaskan kepada bukti.

Bagaimanapun, Mahathir ketika menjawab persoalan itu mendakwa, beliau lebih arif 
tentang apa yang berlaku di Amerika dan negara-negara Barat lain.

"Di Amerika memang nampak TV, surat khabar mereka bebas, tetapi selidik dulu siapakah 
yang memiliki TV dan akhbar itu, saya tak berani sebut tapi kita tahu, ada orang 
tertentu, segala yang disiarkan itu memihak kepada pemilik media dan mereka 
mengutamakan agenda mereka," katanya.

"Saya cuba selidik sama ada Parti Konservatif ini memanggil Tony Blair (PM Britain) 
sebagai `anjing' atau tidak, penindas, zalim, demikian juga Bush (Presiden Amerika, 
George W Bush), saya sendiri dapati dasar beliau tidak banyak beza dengan dasar yang 
lalu, tetapi Parti Republikan tidak pula keluarkan risalah fitnah, masuk dalam 
internet, membuat tuduhan yang kerap kali tidak benar," dakwanya.


-- 

_______________________________________________
Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! 
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke