*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Cerita isteri mangsa ISA KUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Isteri mangsa ISA, Alias Ngah memberitahu, seramai 10 orang polis telah datang ke rumahnya pada pagi Khamis 2 Ogos lepas untuk menangkap suaminya. Menurut beliau, seorang guru sebuah sekolah menengah, pada masa itu Alias sedang menjaga anak-anak kerana beliau sendiri masih berada dalam pantang selepas bersalin anak keempat mereka. "Memang anak-anak sangat manja dengan Abang Yah kerana dialah yang menjaga anak-anak semasa saya mengajar," kata isteri Alias yang sudah mempunyai tiga orang anak sebelum itu berumur tiga, dua dan satu tahun. Menurutnya, Alias memang seorang yang baik. Lemah lembut dan bersopan santun. "Mereka masuk ke dalam rumah dan terus menggari Abang Yah dan sebahagian polis yang lain terus menutup semua tingkap dan pintu. Mungkin untuk menghalang jiran-jiran kami melihat apa yang berlaku," ceritanya. Polis, katanya, terus merampas komputer, buku-buku agama dan lain-lain lagi. "Mereka memberitahu, Abang Yah akan dibawa ke Balai Polis Kuala Terengganu," ceritanya, "Tetapi kami tidak tahu samada dia masih berada di situ atau sudah di bawa ke Kuala Lumpur." Katanya lagi, bapa saudara suaminya, Ustaz Awang Embong telah ke balai polis Kuala Terengganu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai suaminya tetapi tidak dibenarkan berjumpa dengan suaminya. Pihak polis juga, katanya, tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai suaminya samada masih berada di situ atau sudah dibawa ke lain-lain tempat. Bagi beliau, suaminya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti sebagaimana yang dituduh melainkan pernah belajar di Pakistan sebelum ini. Yang merisaukan beliau juga, Ustaz Awang Embong sehingga kini juga tidak diketahui di mana beliau berada. Dia juga dimaklumkan, polis masih mencari beberapa orang lagi dan masih membuat rondaan di sekitar rumahnya dan ada juga bertanya tentang Ustaz Awang Embong. Ustaz Awang Embong adalah guru sebuah sekolah swasta di Kuala Terengganu dan suami kepada Senator Safinah Jusoh, anggota Dewan Negara dari Terengganu _________________________________________________________________ Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "nor ain" <[EMAIL PROTECTED]>