Title: RE: H-Net* Tanya pasal "SAKA"


Assalamu'alaikum Cik Mona dan warga Hizbi yang lain;

Bila cik Mona mengutarakan bab "Saka" ni, yg sebenarnya akak dah lama teringin nak menulis bab-bab ni.  Cumanya tak berapa "berani" sebab takut kang orang ingat kita ni saja nak reka cerita.

"Saka" ni yg sebenarnya "benda halus" yg di"bela" oleh orang tua-tua dulu yg mana, jika tak dibuang, kelak apabila si pembela nak meninggal, salah seorang dari anaknya atau mana-mana keturunannya kena "mengaku" untuk bela.  Kalau tidak, si pembela susah dan agak sukar untuk mati.

Ada juga "saka" yg bukan sengaja di"bela" , tapi entah macam mana, "terikut" orang yg nasibnya tak baik tu ke rumah.  Contoh yg paling baik adalah yg terjadi kepada arwah nenek sedara akak.  Arwah telah pergi ke Tanjung Puteri, Johor...tepi pantai.  Tengah arwah duduk-duduk.. tiba-tiba arwah rasa lain macam dan entah macam mana, "benda" tu mengikut dia sampailah ke akhir hayatnya.  Kalau nak cerita, memang panjang.. sebab this happened when I was young, very young, but I still can remember it very well.

Memang menyeramkan........ Bukan senang nak "halau" benda tu.... sampaikan anita (bomoh) yg cuba mengubati  tu gugur kandungannya...!  Perempuan tu memang menggunakan ayat-ayat Qur'an.  Diringkaskan cerita.... yg sebenarnya, my arwah nenek sedara ni dah lama rohnya tiada, tapi "saka" menumpang tubuhnya.  Jadi, yg hidup adalah "saka",  tapi badan arwah nenek ni agak reput sebab mungkin dah 2 hari meninggal.   Doktor pun confirm.. sebab yg hidup & bernyawa tu bukan tubuh nenek sedara tu, sebab tubuhnya dah menunjukkan "reput".  Yang herannya, bila makan, macam orang tak sedar diri... sekelip mata habis... bila baca yassin, dia macam panas, menjerit-jerit dan menyebabkan orang yg datang menziarah ketakutan.  In fact, sedara-mara yg terdekat pun hampir "give-up" nak bacakan Yassin sebab terlalu takut tengok keadaan "mayat hidup".   Seram you! tapi itulah yg terjadi kepada keluarga kami suatu ketika dulu.

Akhirnya setelah disembelih seekor ayam putih dan pulut kuning dihidangkan, maka barulah arwah nenek "pergi" dengan amannya. 

Mungkin akak bukan orang berkelayakan untuk cerita bab-bab ni, tapi benda "saka" ni adalah benda yg memang wujud.  My own sister died kerana di"sakat" oleh binatang nama saka ni.  Arwah Kak Ngah akak meninggal masa dalam pantang.  My mother, my eldest brother jatuh sakit kerana binatang saka ni.  Mungkin kerana kami tidak mahu menerima benda-benda begini dari keturunan yg lalu.  So, apabila di"buang" ke laut, kami sekeluarga tidak dibenarkan ke laut selama berbelas-belas tahun.  Akak sendiri tak pergi mandi laut agak lama, sehingga bonda kata boleh.

Ada setengah orang akan kata "mengarut" atau pun akan "chop" kita berkawan dengan setan ke, iblis ke, jin ke... tapi sebenarnya, bukan kita yg hendakkan benda tu.  Itu adalah belaan keturunan yg lepas-lepas.  Rasionalnya, orang dulu-dulu membela benda ni sebab untuk "self-protection" dan kesenangan diri sendiri.  Contohnya, ada seorang tua dulu pernah dengan hanya mengetuk tongkat di tepi laut, dengan sekelip mata boleh sampai ke tanah sebenang (Mdan, Indonesia).  Ini kerja siapa kalau bukan Jin? 

Kita mesti ingat, hanya para Rasulullah sahaja yg ada mukjizat.  Selain dari para Rasulullah... manusia biasa tiada kelebihan lain, melalinkan dengan ber"kawan" dengan setan sahaja yang boleh buat benda-benda macam tu.  Disebabkan kesedaran dan penghayatan Islam tu kurang agaknya zaman dulu, mungkin orang zaman dulu tak berapa nak perasan  akan "persahabatan" mereka dengan jin dan iblis itu adalah syirik.  Oleh kerana orang dulu-dulu tiada kenderaan, mungkin sebab tulah agaknya meraka gunakan "sahabat" mereka untuk pergi ke mana-mana dengan sekelip mata.  Tapi, mereka ada amalan-amalan untuk "bela" binatang ni.  Bukan senang nak "maintain" benda ni.... siap perasap kemenyan, kalau perlu.  Itu sebab sekarang ni, kita tak digalakkan langsung membakar kemenyan bila ada kematian, sebab kemenyan ni jin-jin memang suka sangat baunya.  Correct me if I'm wrong.

 "Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" - jangan lupa itu.  So, kalau kita berkawan dengan jin, maknanya kita berkawan dengan manusia yg PALING JAHAT!  Nau'zubillah..

Itu cerita orang-orang dulu yg membela "saka".  Kalau tak silap, polong, hantu raya, toyol dan yg sebangsa dengannya adalah jatuh dalam kategori "saka".   Cuma bentuknya saja yg berbeza.  Ada yang dalam bentuk boleh menyerupai diri tuan punya, ada yg hanya sekadar rupa diri dia, tapi tuan dia aje yg boleh lihat & tengok, serta berkomunikasi dengannya.  Tapi, kalau dah setan tu, apa-apa pun boleh dia buat.  Cakap aje.  Mungkin tengok jugak apa "pakej" dia dengan tuan punya dia.

Disclaimer notes:  Saya hanya bercakap dari segi pengalaman orang-orang tua yg diceritakan dan dilihat sendiri semasa kecil dulu.  Jangan ingat saya ni pakar pulak dalam bidang ni, cumanya saya ni banyak dengar cerita dari orang-orang tua sama ada yg masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Akak ada banyak "collection" cerita-cerita seram berkenaan saka, pelesit,  "hantu anggau" (bukan angau, angau tu penyakit cinta!) sama ada pengalaman sendiri ataupun dari pengalaman orang-orang tua.  Arwah nenek akak banyak cerita kepada kami tentang cerita-cerita seram zaman Jepun.

Antara kisah-kisah "saka" di zaman Jepun yg diceritakan terlalu seram.  Kalau diceritakan, takut ada yg teringat-ingat.   Cuma satu aje; benda-benda "saka" ni, kalau dibela sampai mati, ada "tuan"nya yg balik semula ke rumah.  Contohnya, bidan yg membela hantu raya akan balik ke rumahnya semula dalam bentuk "hantu anggau" yg amat busuk baunya sambil mengusung kerandanya sendiri.  Ini berlaku di zaman remaja emak.  Mak sendiri menyaksikan hantu ni bawa kerandanya ke hulu ke hilir dengan bau yg busuk mencari 'orang yg berhutang" bidan dengannya.  Mak menyorok di bawah jambatan ketakutan dengan Mak Long (kakaknya) sambil membaca ayat Qur'an....  Seram, kan?  Itu setan lah tu.  Baca aje ayat Qur'an kalau terserempak, tak beranilah dia nak dekat.    Actually, hantu ni kalau dia "bangun" balik, dia cari seseorang yg lain, dia tak kacau orang lain.  

Suatu ketika dulu, zaman awal 70-an, jiran kami yg membela hantu raya  pulang semula ke rumahnya setelah meninggal dunia kerana ilmu yg dibawanya tidak diterima.  Cara nak bagi dia "balik ke kubur" dia ialah dengan  membacakan Yassin selama  44 hari berturut-turut mesti dilakukan di kubur orang itu jika kita hendak "menolong"nya jangan mengganggu sanak saudara.   Ataupun dengan "menanam" suatu karung yg disorokkan mana-mana dalam rumah bersama-sama dengan jasad/mayat bidan tu. Karung tu sebenarnya adalah "benda halus" yg mesti dibawa bersama setelah tuan punya mati.

Ada lagi satu kejadian di mana seorang lelaki membela polong, bila dia mati, "hantu" dia tu menjelma rupa dia dan "bersama" dengan isterinya di malam hari.... (kira macam tuan punya polong tu balik semula ke rumah).  Memang pernah jadi, sampailah orang kampung dapat tahu.  Tujuan lelaki tu bela polong ialah sebab dia malas kerja.... jadi, bila suruh tebang pokok, polong dia yg tebang, dia sedap-sedap hisap rokok kat rumah sambil bersantai dengan bini dia.  Dia ni pulak jenis yg sayangkan bini sampai kalau matipun, nak suruh bini dia ikut sekali.  Tu yang polong dia balik semula menyerupai dia.. Jaga-jaga!

Seperti yg cik Mona sebutkan, ada banyak cara nak "buang" saka ni.  Salah satunya ialah dengan "menjamu" binatang tu dengan pulut kuning, dan siap beradat.  Sebabnya ialah si pembela tu dah guna habis-habis, takkan nak buang macam tu aje, ya tak?    Mungkin atas kesedaran bahawa bersahabat dengan syaitan adalah SYRIK.  Benda-benda syirik (menyekutukan Allah - Nau'zubillah) ni jauhkanlah.....  Sebab tu lah generasi sekarang ni dah tak ada "saka" lagi... dah dibuang dari peringkat nenek-nenek kita, barangkali.

Kalau ada yg bela pun, mungkin yg dulu-dulu yg susah nak dibuang.   Akak rasa masih ada yg terpaksa bela sebab tak tahu cam na nak buang.  Mungkin yg kurang "bahaya" sangat macam polong atau hantu raya... ia sekadar "penunggu" rumah ataupun "penjaga peribadi".  Not me... pleaseee!  Na'uzubillah..!  Kat dalam Hizbi ni kena hati-hati sikit, silap-silap kita yg bercerita ni pulak di sangka membela!  Ish.. ish....!


Wallahu'alam..

P/S:  Kalau cik Mona nak kenal orang yg bela hantu raya.... bila bercakap, dia tak nak pandang muka atau bertentang mata...dan matanya merah sikit. itu bahaya tu!  Cik Mona!  Macam kenal aje!





-----Original Message-----
From: mona mz [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 04 August, 2001 4:43 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Tanya pasal "SAKA"



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum rakan hizbi..

Bebrp bulan yg lepas, Mona ada minta jasa baik netter
hizbi berkenaan dgn angin ahmar.. Ramai yg beri
feedback kpd Mona & ada yg kirimkankan via pos doa
angin ahmar.. kesempatan ini, Mona nak ucapkan
terimakasih kpd akhie & ukhtie yg telah bantu Mona..
Semoga Allah memberkati usaha2 tersebut..

cuma kali ni.. Mona ingn mendapat sedikit
pandangan/info berkenaan dgn SAKA.. baru2 ini, ada
seorg ustaz yg dtg mengubat opah Mona, katanya opah
terkena SAKA.. sebelum ini, bbrp bulan yg lepas pun
org yg mengubat opah tu pun mengatakan hal yg sama..
Tapi keluarga kami & sedara mara sukar nak percaya..

Persoalannya MOna sendiri pun kurang jelas.. apa dia
sebenarnya SAKA ni.. ?? benda ni konsepnya sama macam
hantu raya or 'jin peliharaan' ker... ??
Malam tadi ustaz tersebut dtg utk kali ke-2 ke rumah
kami.. dia dok bertanya2 pada opah & ayah, kotlah2 ada
arwah mak opah (onyang Monalah) ada menyimpan SAKA..
kata opah, setahu dia tak ada & arwah onyang pun
memang tak pernah bercerita tentang hal ini..

tapi menurt mak, masa onyang masih ada tiap kali
dibuat kenduri selamat (arwah), bila dibuat hidangan..
akan disiapkan satu 'kepala hidang'.. dimana satu
talam khas diisi bertih, beras & makanan lauk-pauk
kenduri,dan disertakan sekali satu kain putih di sisi
kepala hidang tersebut... Hidangan tersebut tidak
dimakan oleh tetamu tetapi... sort of macam perhiasan
jerlah..

This things really new to me... tak tau lah kot2 ada
netter hizbi yg pernah berdepan dgn hal cam ni..

yg satu lagi menjadi kemusykilan Mona --> ustaz
tersebut kata dia akan senaraikan brg2 yg diperlukan
utk 'membuang' SAKA tersebut.. apa yg Mona dengar dr
mak, kata mak ada kawan mak yg habis 2 ribu sebab kena
sediakn kambing 2 ekor utk berubat buang SAKA...

Sefaham MOna yg jahil lagi doif ni, kalau begitulah
caranya.. its sort of macam menjamu si jin tu jugak
lah.. confius.. Im sort of disagree, tp nak cakap kat
orgtua tu yg lidah jadi kelu..

nak tak percaya kat ustaz tu.. susah gak.. nampak
knowledgeable, I mean in Islamic wise..

maaf pjg pulak celoteh ni jadinya.. jadi Mona nak
minta pandangan ikhlas drp netter hizbi.. segala
pandangan/info Mona dahului dgn Jazakallahu kahiran
kathira..

Mona MZ


Kirim email ke