*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wai aku baca cerita ni sampai meleleh air mata aku. Syahdu sangat.
>>Gelang Zamrud
>>
>>Marni menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan
>>masak
>>"kari kapitan kepala ikan merah" kesukaan suaminya. Setelah dua minggu
>>berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga
>>orang
>>rakannya, malam ini Hazif suaminya yang tercinta akan pulang.
>>
>>Sengaja Marni mengambil cuti kerja setengah-hari, hari ini. Anak-anaknya,
>>Seri dan Nabil siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu
buat
>>persiapan yang sebaik mungkin untuk Hazif, lelaki yang sudah menjadi
>>suaminya hampir tujuh tahun itu, malah tiga hari lagi, genaplah tujuh
>>tahun
>>usia perkahwinan mereka. Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya dengan
>>Hazif
>>mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya, ternyata Marni tidak
>>salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar
>>menerima hakikat bahawa Marni, anaknya yang berkelulusan universiti,
jatuh
>>hati dengan Hazif, yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa
>>berkelulusan sekolah menengah. Marni faham, bukan ayahnya sengaja mahu
>>menentang. Orang tua itu bimbang Hazif tidak akan dapat membahagiakan
>>Marni,
>>anaknya yang cuma seorang itu, dengan gaji Hazif sebagai kerani. Tetapi
>>Marni sudah nekad. Dia tahu Hazif bukan pemuda sebarangan. Dia punya
>>cita-cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya, Hazif sanggup
>>menghadiri
>>kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting, Hazif
>>menyintainya sepenuh hati.
>>
>>Perlahan Marni mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga
>>akhirnya. Dan dengan restu orang-tuanya, Marni diijab kabulkan dengan
>>Hazif
>>dalam majlis yang penuh ceria.
>>
>>"Assalamualaikum......", kedengaran suara memberi salam. Marni tersentak.
>>
>>"Abang!Walaikumsalam...", senyumnya melebar melihat Hazif di belakangnya.
>>Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah
di
>>dahi Marni.
>>
>>"Terperanjat Mar!Bila abang masuk? Mar tak dengar bunyi pintu dibuka
pun?"
>>
>>"Saje aje. Nak suprisekan Mar!", Hazif membelai lembut rambut isterinya.
>>Bau
>>wangi singgah dihidung Marni. Rasanya baunya lain benar dengan minyak
>>wangi
>>yang selalu di pakai Hazif. Mungkin Hazif beli "perfume" yang baru dari
>>Penang, fikir Marni.
>>
>>"Eh! Kata abang berangkat pagi ni, takkan baru pukul tiga abang dah
sampai
>>JB? Abang naik apa?"
>>
>>"By air...", ringkas jawapan Hazif.
>>
>>"Habis kereta abang?"
>>
>>"Pada Salleh...", jawab Hazif.
>>
>>"Oh patutlah..", Marni hanya menganggukkan kepala. Dia kenal benar pada
>>Salleh, salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun,
>>Salleh menumpang kereta Hazif. Sementara Amran, rakan kongsi suaminya
yang
>>satu lagi itu, menumpangkan Mizi, rakan kongsi mereka yang ke empat.
>>
>>"Hah!Amran tak ikut abang balik ke? Selalunya kalau balik outstation, dia
>>balik sini. Cari makan dulu....", tanya Marni. Dia sememangnya sudah
masak
>>dengan perangai Amran, rakan baik suaminya itu yang masih membujang.
>>
>>"Nanti dia datang.......", ujar Hazif.
>>
>>"Mana budak-budak Mar...?", tanya Hazif.
>>
>>"Ada dalam bilik..tidur. Kepenatanlah tu....main basikal satu pagi."
>>
>>"Basikal?", tanya Hazif.
>>
>>"Hah ah. Ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..",
jawab
>>Marni sambil meletakkan milo ais kegemaran Hazif didepannya.
>>
>>"Abang laparlah..belum makan. Mar masak apa?"
>>
>>"Ah.... Mar masak lauk favourite abanglah...", senyuman Marni melerek.
>>
>>"Kari Kapitan?", teka Hazif.
>>
>>" Apa lagi......"
>>
>>"Bagus jugak tu...Mar siapkan makan. Abang nak tengok budak-budak tu
>>sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang...."
>>
>>"Habis dengan mamanya tak rindu ke?", usik Marni.
>>
>>"Tersangatlah rindu.....", jawab Hazif lalu mengucap dahi isterinya lagi.
>>
>>Marni tersenyum melihat Hazif berlalu. Kasih-sayang yang sememangnya
sudah
>>berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Hazif
>>yang
>>penyayang.
>>
>>Hazif terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi
>>pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi di saat ini
>>mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel.
>>Hazif
>>merenung kedua-dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Di kucupnya pipi
>>mereka bergantiannya. Airmatanya tiba-tiba mengalir. Apalah yang akan
jadi
>>pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya? Itulah yang selalu Hazif
>>fikirkan. Dia tahu, Marni seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun
>>rintangan pasti Marni dapat mengatasinya. Namun, nalurinya sebagai
seorang
>>suami dan ayah yang bertanggung-jawab menjuruskan fikirannya ke arah
>>persoalan yang sedemikian.
>>
>>Marni masuk ke bilik anak-anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat
Hazif
>>menyeka airmata. Marni hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Hazif
>>menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu.
>>Itupun
>>kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi
>>Marni
>>walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Marni.
>>
>>"Bang... kenapa ni...?"
>>
>>Hazif mengangkat muka, memandang Marni.
>>
>>"Mar...kalau apa-apa jadi pada abang, Mar jagalah anak-anak kita
>>baik-baik.
>>Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya...", ujar Hazif,
>>lembut.
>>
>>"Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Mar dah siapkan
>>tu..."
>>
>>"Mar janji dengan abang dulu....", rayu Hazif.
>>
>>Marni merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Hazif hari
>>ini. Tidak pernah seingatnya Hazif berangai pelik seperti ini.
>>
>>"Yalah...Mar janji..", akhirnya Marni bersuara, tidak mahu memanjangkan
>>teka-teki ini lagi.
>>
>>"Mar...abang ada belikan Mar sesuatu....", ujar Hazif sambil menyeluk
>>pokek
>>seluarnya.
>>
>>"Eh......gelang zamrud....", senyum Marni tatkala melihat seutas gelang
>>tangan zamrud yang berkilauan.
>>
>>"Mar ingatkan gelang ni tak?". Gembira benar hati Hazif melihat keriangan
>>di
>>wajah Marni.
>>
>>"Ingat?", Marni mengerutkan dahi. Sebentar kemudian dia mengeleng. Memang
>>dia tidak ingat langsung pada gelang itu.
>>
>>"Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Mar
>>suka sangat tengok gelang tu. Masa tu, abang tak ada duit nak belikan
Mar.
>>Tapi abang janji pada diri abang, satu hari, abang akan belikan juga
>>gelang
>>tu untuk Mar. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Amran, abang
>>terpandang
>>gelang tu. Tulah yang abang beli..."
>>
>>Terpegun Marni mendengar cerita Hazif. Sungguh tidak disangka, setelah
>>sekian lama, Hazif masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri
>>tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk
memilikinya.
>>Kasih-sayang Hazif selama ini sudah cukup buatnya.
>>
>>"Terimakasih bang....", Marni memeluk suaminya.
>>
>>"Happy seventh anniversary sayang....I love you...", bisik Hazif ke
>>telinga
>>Marni.
>>
>>"I love you too..", balas Marni. Air jernih mula tergenang di anak
>>matanya.
>>
>>Dalam kesyaduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang.
>>
>>"Amran agaknya tu....", bisik Hazif.
>>
>>"Tak pa. Biar Mar yang buka pintu...", Marni bangun melepaskan
pelukannya.
>>
>>"Mar....",Hazif menyambar tangan Marni.
>>
>>"I love you...very very much.....", Hazif mengucup tangan Marni, penuh
>>kasih.
>>
>>"Me too..," jawab Marni pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket
bajunya.
>>
>>Sebaiknya pintu terbuka, menyongol wajah Amran dengan rambut yang kusut
>>masai.
>>
>>"Hai..Am. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain
>>macam aje?", usik Marni.
>>
>>Amran hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melebuhkan
>>punggungnya di sofa.
>>
>>"Mar...can you please sit down..", pinta Amran.
>>
>>Marni mengerut dahi. Apa kena dengan si Amran ni agaknya?, detik hatinya.
>>
>>"Please...I have something very important to tell you...", pinta Amran
>>lagi.
>>
>>
>>Marni semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta.
>>Amran
>>menunduk. Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya.
>>
>>"Mar...apa pun yang Am nak sampaikan ni, Am nak Mar sabar dan bertawakal.
>>Terimalah dengan hati yang tenang...", perlahan ayat yang keluar dari
>>mulut
>>Amran.
>>
>>"Apa yang you merepek ni Am?". Teka-teki terus bermain di benak Marni.
>>
>>"Mar.......Hazif....Hazif kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan
Mar...",
>>tersekat-sekat kekata itu keluar dari mulut Amran.
>>
>>Marni tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Amran lakunkan? Hazifkan
ada
>>di rumahnya tika dan saat ini.
>>
>>"Apa ni Am...kalau nak bergurau pun biarlah bertempat...", balas Marni.
>>
>>"I'm serious Mar.....Am yang saksikan sendiri.."
>>
>>Marni terpegun. Mana mungkin Amran berkata benar sedangkan suaminya yang
>>tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya.
>>
>>"Am.....apa yang Am cakap ni...Hazifkan dah balik. Dia ada dekat bilik
>>anak
>>I. I baru berbual dengan dia..."
>>
>>"Apa? Hazif dah balik?", terbeliak mata Amran. Sungguh dia tidak
>>berbohong.
>>Dia sendiri yang memangku kepala Hazif di saat kawan baiknya itu
>>menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah, dia sendiri melihat
bagaimana
>>Hazif disambar lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di
>>perhentian Macap tadi. Dan setelah jenazah Hazif dibawa ke hospital
dengan
>>diikuti Salleh dan Mizi, dia terus memecut menuju ke Johor Baru untuk ke
>>rumah Hazif. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Marni sendiri.
>>Dia
>>tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah
>>ini, dia telah menelefon Salleh untuk memastikan segala urusan membawa
>>jenazah Hazif pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Hazif pulang ke
>>rumah?
>>
>>"Am...you dengar tak apa Mar cakap? Hazif dah balik...", Marni
mengejutkan
>>Amran dari khayalannya.
>>
>>"Mar...Am tak tahu apa nak cakap. Tapi percayalah, Am sendiri yang
melihat
>>kejadian itu. Hazif meninggal di pangkuan Am Mar..."
>>
>>"Bohong...Hazif dah balik...Nanti biar Mar panggil dia....", Marni
semakin
>>binggung. Apa tujuan Amran menceritakan yang bukan-bukan padanya? Pantas
>>dia
>>menjenguk ke bilik anak-anaknya. Hazif tiada disitu. Ah! Tentu Hazif di
>>bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga memanggil nama Hazif. Tiada
>>jawapan. Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Hazif mungkin ke sana.
Tiada
>>juga. Akhirnya setelah penat mencari, Marni terduduk di ruang makan. Di
>>samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan
>>kanannya. Apakah benar yang Amran sampaikan? Mimpikah dia?
>>
>>Amran hanya memerhati gerak-geri Marni. Sungguh kesian benar dia melihat
>>Marni ber lari ke sana-sini mencari Hazif yang dikatakan sudah pulang.
>>
>>"Mar...arwahnya suruh Am sampaikan sesuatu...", Amran menghulurkan kotak
>>berwarna merah. Marni hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih
>>binggung.
>>Namun kotak yang dihulurkan Amran disambut juga. Perlahan dia membuka
>>kotak
>>itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Marni.
>>
>>"Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,
>>Am
>>pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas Am
>>cari,
>>tak jumpa juga", sedih suara yang keluar dari mulur Amran.
>>
>>Marni memandang Amran. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru
dia
>>teringat akan gelang zamrud pemberian Hazif. Dikeluarkan gelang itu dari
>>poket bajunya.
>>
>>"Ini ke Am?", tanyanya perlahan.
>>
>>Amran tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya dibeli Hazif malam
>>kelmarin.
>>Saat itu tidak putus-putus Hazif menyatakan kegembiraannya dapat
>>membelikan
>>gelang itu untuk Marni.
>>Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Marni? Apakah
>>benar
>>cakap-cakap Marni bahawa Hazif sendiri yang pulang menghadiahkan gelang
>>itu
>>kepada Marni? Kalau benar, bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada
>>yang mustahil dengan izinNya.
>>
>>Marni hanya mampu menangis. Dia memandang "kari-kapitan' yang belum
>>tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya
>>menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini
>>seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Hazif sudah pergi
>>sebagaimana kata Amran, siapa pula yang datang menghadiahkan
>>gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Marni menerima kenyataan
>>ini.
>>
>>
>>Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin, Marni
>>masih
>>mengharap akan kepulangan Hazif, sambil memeluk kedua anaknya yang masih
>>terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Hazif tiba
>>di
>>rumah, barulah Marni yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya.
>>Yang
>>tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.
>>
>> >supcf
>>(Bkn sup siti, bkn juga suhaimipcf)
>
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Salasiah binti Kisman" <[EMAIL PROTECTED]>