*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Catatan Nota Haris - Laman Kumpulan Diskusi
===========================================



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Catatan Nota Haris 10 Aug 2001

Nota ini di Internet boleh dilihat di
http://groups.yahoo.com/group/haris/messages
atau
http://www.mail-archive.com/[email protected]/

Email telah lama menjadi satu media
perhubungan dan perbincangan bagi pengguna
Internet. Dengan email pengguna Internet
dapat meluahkan apa yang mereka rasa tanpa 
perlu mendedahkan identiti benar mereka. 

Bermula dengan applikasi NEWS yang menggunakan 
protokol lama UUCP sehinggalah ke applikasi 
yang berdasarkan penggunaan pelayan email POP
ataupun IMAP.

Diskusi melalui NEWS boleh anda lihat dan sertai 

di http://www.deja.com/ atau
http://groups.google.com/

Antara yang menarik.

Khas untuk masalah komputer.
http://groups.google.com/groups?hl=en&safe=off&group=jaring.pcbase

Umum.

http://groups.google.com/groups?hl=en&safe=off&group=jaring.general
http://groups.google.com/groups?hl=en&safe=off&group=soc.culture.malaysia

Diskusi NEWS dibahagikan kepada ruangan tertentu
berdasarkan minat dan tujuan kumpulan.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan sesuatu perbincangan
dipenuhi dengan email-email yang tidak perlu.

Sebagi contohnya anda boleh mencari kumpulan diskusi 
masalah komputer dan membincangkan masalah komputer 
anda dengan menghantar email kepada kumpulan 
tersebut. 

Anda juga boleh memberikan sumbangan dengan 
menjawab soalan-soalan yang diemail kepada kumpulan 
dengan ini membantu kumpulan menjadi lebih berkesan. 

Dengan wujudnya applikasi kumpulan diskusi email 
seperti listserv (http://www.lsoft.com/),
majordomo (http://www.greatcircle.com/majordomo/)
dan juga kumpulan 
diskusi email di laman http://www.yahoogroups.com/ 

Maka perkembangan kumpulan perbincangan makin kehadapan.
Teknologi dalam applikasi kumpulan diskusi email
lagi menjadikan pengendalian lebih mudah dan email
dapat disampaikan dan dicapai dengan lebih cepat.

Senarai kumpulan email anda boleh cari di

http://www.yahoogroups.com/
http://everythingemail.net/email_discussion.html

Bagi yang berminat dengan Dunia-digital

http://duniadigital.cjb.net/


Selain daripada NEWS dan Email, IRC juga banyak 
memainkan peranan dalam mewujudkan kumpulan 
perbincangan.Perbincangan melalui IRC adalah "real-time" 
atau masa benar. Apa yang anda taip akan dilihat 
pada masa itu juga pada skrin orang lain. 

Rujukan IRC boleh anda lihat di

http://www.mirc.co.uk/irc.html


Perbincangan di laman juga mula mendapat tempat 
dikalangan pengguna Internet. 

Ia bermula dengan applikasi "Buku Tamu" ringkas 
dan kemudian berkembangan menjadi laman papan kenyataan. 

Dengan kemajuan applikasi dan bahasa aturcara web maka 
papan kenyataan web mula dikembangkan menjadi papan 
perbincangan dengan pembahagian papan perbincangan kepada 
pelbagai bilik atau ruang perbincangan berdasarkan tajuk 
atau topik tertentu. 

Laman papan perbincangan mula mendapat sambutan kerana 
ada kawalan kepada apa yang dihendak diletakkan di papan 
perbincangan. 

Sebarang topik yang tidak berkenaan atau yang tidak 
dingini dan yang tidak berdasarkan netika dan etika boleh 
dikawal oleh pemilik dan penggawa sesuatu bilik. 

Tidak seperti email, dimana kita perlu menerima semua 
email walaupun ia tidak menjadi tarikan kita. Bagi 
laman papan perbincangan kita boleh memilih topik apa 
yang hendak kita baca pada bila-bila masa yang kita 
suka.Kita dapat menjimat masa dan mengurangkan 
penggunaan ruang mail-box kita. 

Apa yang ditulis di papan perbincangan boleh dianggap 
"real-time" atau masa benar sama sepserti IRC.Berbanding 
dengan IRC, anda dapat merujuk semula tulisan-tulisan 
dan perbincangan sebelum ini.Mungkin posting 2 atau 3 
hari lepas bergantung kepada polisi sesuaatu laman 
perbincangan. 

Yang ingin Haris ketengahkan adalah kemampuan laman 
papan diskusi mengawal jenis-jenis "posting" atau 
penulisan yang ingin disiarkan. Kawalan ini bukan 
untuk menyekat kebebasan penulisan dalam Internet, 
namun terdapat kalangan pengguna Internet nakal yang 
meletakkan perkataan lucah dan gambar-gambar tidak 
berkenaan didalam perbincangan. 

Ada juga yang meletakkan topik-topik yang tidak sepatutnya 
sehingga mengganggu perbincangan yang sedang berjalan. 

Kebebasan untuk menyuarakan sesuatu tidak boleh 
disekat namun ia perlu berdasarkan norma-norma hidup 
yang benar dan tidak lari daripada etika dan netika 
kehidupan bermasyarakat. 

Berikut adalah senarai beberapa laman forum dan diskusi 
di laman Internet yang boleh anda ikuti. 
  

(1)  http://www.bincang.net/

Ini adalah laman kegemaran Haris. Cari Haris diruangan
Bincang Komputer.

(2)  http://www.bicaramuslim.com/

Memberi tumpuan kepada perbincangan tentang Islam.

(3)  http://www.sekolah.com/canteen/
(4)  http://www.erakan.net/
(5)  http://www.ittutor.net/

Memberi tumpuan kepada masalah komputer dan internet.

(6)  http://forum.catcha.com/my/
(7)  http://www.webmastermalaysia.com/
(8)  http://www.kedai.com.my/kk
(9)  http://www.myjelah.com/
(10) http://202.157.186.11/diskusi/forum.php 
     ( http://www.shukur.com/ )
(11) http://www.al-wahidah.com/cgi-bin/Ultimate.cgi
(12) http://sgtt.tsx.org/
(13)http://www.perkahwinan.com/cgi-bin/forum/boardpower/boardpower.cgi
(14) http://www.sifoo.com/forum/
(15)http://www.cybernasyid.com/cgi-bin/forumislami/forumislami.cgi
(16) http://forum.mesra.net/cgi-bin/ikonboard.cgi
(17) http://server3.ezboard.com/bazrionlineforums
(18) http://www.websamba.com/sgburong/utm/default.asp
(19) http://www.webmastermelayu.com/sembang/
(20) http://www.hanashiku.f2s.com/


Kebanyakan forum yang wujud adalah masih baru dan
mencari ahli-ahli yang pakar dan mahir dalam bidang
tertentu.

Luangkan masa anda untuk berkongsi ilmu dan pengalaman
anda dalam mana-mana kumpulan diskusi yang menjadi
minat anda.

Diharapkan dengan kehadiran kita semua dapat mewujudkan
kumpulan diskusi yang matang yang punya nilai-nilai
positif.

Sebagai contohnya, dalam diskusi masalah melibatkan
soal Islam, masih tidak kelihatan mereka yang dianggap
berilmu boleh memberikan jawapan yang jelas dan tidak
diragukan.

Begitu juga serangan pihak tertentu yang tidak sensitif
dalam menjaga hati hidup aman cara bermasyarakat kita.

Moga ini membuka mata ramai diantara kita. Internet
bukan lagi tempat membaca email dan mencari bahan.

Internet sedang berubah menjadi satu masyarakat
tersendiri.

Wassalam.

: )


---------

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Semua penulisan
hanyalah pendapat peribadi. Tiada kaitan dengan
mana-mana pihak secara langsung atau tidak langsung.

Cadangan dan maklum balas diterima. 

Nota lalu di
http://www.mail-archive.com/[email protected]
http://www.mail-archive.com/[email protected]
http://www.mail-archive.com/[email protected]

Jangan lupa untuk sertai Dunia-Digital dengan
menghantar email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>

atau melalui link ini
http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital

archive
http://www.mail-archive.com/[email protected]

Tempat diskusi web yang Haris aktif. Bahagian Komputer.
di http://www.bincang.net/?hafnie

laman penulis.
http://www.bigfoot.com/~hafnie

----




http://www.evidence-eliminator.com/forensic.shtml

-- 

http://hafnie.terrashare.com/
Bantuan Komputer Internet Melalui Email
Email kosong kepada [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke