Assalamu`alaikum,

Maafkan saya sebab lambat respon. Ini disebabkan pertanyaan yang saudara ajukan itu adalah berkenaan dengan hukum. Walaupun nampak simple tapi bukanlah layak bagi level macam saya untuk menghuraikannya.

Walaubagaimanapun, baru tadi saya contact ustaz Ahmad Jailani dan bertanyakan pendapat dia tentang hal ini. Menurut beliau kalau fakta yang diberikan oleh saudara itu betul (si lelaki telah mendapat keizinan pihak berkuasa iaitu pejabat kadi dan mahkamah syariah), ini bermakna pasangan itu telah bernikah dalam negara kita. Dan kalau mengikut procudurenya, sebelum si lelaki itu mendapat keizinan dari pejabat Qadi, pejabat Qadi hendaklah memanggil wali dari pihak perempuan untuk mendapat persetujuannya....Jadi, kalaulah betullah apa yang disebut oleh saudara itu, maka si lelaki itu telah pun mendapat persetujuan daripada pihak perempuan (bukti daripada keterangan pejabat Qadi dan mahkamah syariah)....Jadi, perkahwinan pasangan itu adalah sah dari hukum syara`.

Begitu juga kalau depa lari pi kahwin di Siam; kalau depa kahwin depan Qadi kerajaan Thai, sah perkahwinan itu. Lainlah kalau depa kahwin melalui sindiket; baik di Thai maupun di M`sia, tak sah kalau melalui sindiket. Tapi kalau refer dari apa yang saudara nyatakan itu, nampaknya pasangan itu berkahwin di M`sia. Dan sah perkahwinan mereka.

Tapi kalau saudara nak tahu lebih lanjut, saudara boleh contact sendiri ustaz Ahmad Jailani 019-4800808.

Wassalam.

  sulaiman osman <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Salam,

Beberapa hari lepas, seorang gadis telah kembali kerumah
nya bersama dengan seorang lelaki sebagai suami isteri setelah
berkahwin tanpa pengetahuan ibu-bapa sigadis.

Ibu-bapa sigadis enggan membenarkan mereka kahwin kerana sebab2:

1. Silelaki telah 2 kali berkahwin (cerai isteri pertama).
2. Masih tak mempunyai zuriat.

Mengikut fakta, si lelaki telah mendapat keizinan pihak berkuasa
iaitu pejabat kadi dan mahkamah syariah.

Apakah ini diharuskan dalam Islam dan undang2 keluarga Islam di
Malaysia?

Ada sesiapa yang boleh bagi pendapat sikit.

Wassalam








__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/

Ge! t your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/



Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke