*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
Keputusan itu menunjukkan satu kenyataan yang menarik untuk difikirkan dan diulas.
Setakat sekarang jumlah undi ialah 23,746
:: 11,989 (hampir 50%) menyokong penubuhan negara Islam
:: 10,765 (juga hampir 50%) menolak.
:: 839 (3%) perlukan lebih maklumat
Jika undian ini boleh dibandingkan dengan gaya pemikiran rakyat Malaysia, separuh dari
rakyat Malaysia bersetuju ditubuhkan negara Islam. Ini mungkin membayangkan pendapat
majoriti pengundi Islam yang merupakan lebih 60% dari penduduk Malaysia.
Manakala yang separuh lagi menolaknya mungkin terdiri dari bukan Islam atau orang
Islam yang tidak benar-benar memahami kebaikan-kebaikan sistem pemerintahan Islam yang
menjanjikan keadilan, kerajaan yang bersih, amanah dan lain-lain ciri negara yang baik.
Manakala dalam 10% rakyat memerlukan maklumat yang lebih untuk membuat keputusan. Ini
mungkin terdiri dari bukan Islam yang bersedia mendengar penjelasan terlebih dahulu
sebelum membuat keputusan. Bergantung kepada pemahaman mereka dan sejauh mana kita
mampu menjelaskannya, mereka ini akan menjadi samada penyokong atau penentang negara
Islam.
Jika undian ini menepati citarasa rakyat Malaysia, campur tolak beberapa peratus,
harapan untuk memahamkan rakyat Malaysia khususnya yang bukan Islam mengenai konsep
negara Islam amat memberangsangkan. Syabas PAS kerana mengambil tindakan yang bijak
untuk membuat sesi penerangan mengenai kebaikan negara Islam terutamanya kepada bukan
Islam.
InsyaALlah, langkah ini akan menyedarkan bukan Islam bahwa tiada apa yang perlu
ditakuti dengan negara Islam. Malahan mereka sepatutnya mendambarkan keujudan negara
Islam kerana ianya menjanjikan kerajaan yang baik.
Menjadi tanggungjawab setiap dari kita orang Islam juga menerangkan kebaikan negara
Islam kepada rakan-rakan bukan Islam. Samada di pejabat, rumah, taman rekreasi, dan
lain-lain. Ini insyaAllah akan berjaya menangkis penipuan MCA (yang nampaknya direstui
UMNO) yang akan menerangkan 'bahaya' negara Islam.
Wassalam.
****** Original Message ******
From: Syurga Bound" <[EMAIL PROTECTED]>
>Dalam Malaysiakini sedang diadakan "Opinion Poll":
>
>Do you support the implementation of an Islamic state in
>Malaysia?
>Setakat ini bilangan yang mahu Islam dan tolak Islam hampir
>sama.
>
>Sila lihat site ini:
>
><a href="http://www.malaysiakini.com/index.php3"
>target="_new">http://www.malaysiakini.com/index.php3</a>
:)
http://www.1234Money.org
List of 'Get Paid To Surf programs
Senarai program 'Dibayar Untuk Layari Internet'
__________________________________________________________________
TheMail.com - Full featured premium email you can count on.
Sign-up today at http://www.themail.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]