*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikum mussalam,

Terima kasih Encik Omar.  Penjelasan pun dah diperolehi.  Pompuan tu ada
cerita yang dia orang dapat kebenaran pejabat kadi / mahkamah di Kelantan.
Untuk menggugurkan status bapa sebagai wali, mereka berpakat guna option
lebih 2 marhalah sebab nak guna option bapa fasik bunyi tak sedap. Ibubapa
pompuan memang TIDAK DIHUBUNGI oleh sesiapa. Itu pasal tajuk persoalan
ialah "kawin lari diharuskan?" dalam keadaan sebegini. Moral of the story,
sapa2 nak kawin tanpa persetujuan makbapa, boleh dibuat di Malaysia, tanpa
susah2 lari ke Siam. Buktikan saja kat mahkamah yang lelaki tu berwibawa
(macam pensyarah ke) maka dapatlah "kufu"nya.  Kalau pompuan tu duduk
di Kota Baru, kawin aje di KT, Dungun, atau Segamat, dapatlah 2 marhalah.
Sahlah nikahnya. Cuma mengikut seseorang mungkin haram sebab menyakiti
hati makbapak. Itu aje. Moral of the story lagi,  bukan susah nak tawan
hati anak2 gadis yang baru masuk kolej.  Tunjukkan aje seseorang tu 
extra-baik dan extra-caring. Tambahan gaji dah ada, rupa pun ada, kereta
pun ada, rumah pun ada, nama pun ada - in short, dah stabil, lunyailah
hati gadis tu.  Tambahan pula sebagai seorang pensyarah atau motivator
peluang luas terbuka.   

Mungkin ada orang kata, apasal nak salahkan satu pihak aje. Bagaimana
didikan si pompuan tu?  Si Aisyah yang buang keluarga untuk ambil jantan
kafir tu kan dididik sikit punya cantik - pun terkulai juga. Inikan pula
didikan ala kadar.  Cumanya kita tak expect benda ni berlaku ditempat
terhormat seperti contoh, UiTM Dungun ke, dll ke - harapkan pagar, pagar
makan padi, harapkan anak diajar, rupa2nya tak sempat habis mengaji
tinggi ......  Jangan terjadi kepada anak tuan-puan dan saya udahlah.
Kalau terjadi pun, apa nak buat dah takdir.

Berikut ialah gambaran kekecewaan seorang bapa yang diperlakukan
sedemikian:- 
  

>-------------------------

Assalamualaikum, Tuan/Puan yang dihormati sekalian.  

Semoga tuan/puan dalam rahmat Allah dan sentiasa Istiqomah 
dalam keikhlasan untuk menabur bakti mendidik anak-bangsa 
dengan ilmu2 yang bermanafaat.  Ikhlas sebenar2 ikhlas - 
semata2 kerana memenuhi amanah yang dipikulkan kebahu tuan/puan. 
Sekiranya dikotori dengan niat2 lain, umpama menambat hati
gadis pelajar untuk memenuhi cita2 peribadi, maka akan terjadi2
hal2 yang tak sepatutnya terjadi. 

Seboleh2nya kita tak mahulah apa yang terjadi kepada satu keluarga
seorang gadis yang mana beberapa hari lepas, bapa gadis tersebut, 
telah melafazkan, "kau tak usah pijak lagi rumah ini, kau bukan 
anak aku lagi", apabila seorang rakan sealiran tuan/puan telah 
muncul dirumah gadis tersebut dengan mengistiharkan bahawa beliau 
dan gadis itu sudah menjadi suami-isteri, tanpa pengetahuan dan 
restu kedua ibubapa gadis, setelah mendapat kebenaran dari pihak 
berkuasa (khabarnya). Ini adalah klimaks kepada beberapa situasi 
yang dilalui oleh kedua ibubapa gadis yang merobek perasaan dan 
emosi mereka. Tahniah diatas kepintaran perancangan pensyarah
tersebut, sehingga sanggup sigadis menukarkan ibubapa yang 
melahirkan dan membesarkan dengan seorang asing yang baru dikenali
beberapa tahun. 

Ibubapa menghantar anak2 mereka ke pusat pengajian tinggi, umpama 
UiTM Dungun, dengan penuh harapan supaya keluar sebagai seorang 
yang berjaya setinggi mungkin - untuk dijadikan peniup semangat 
kepada adik2 yang lain. Dan kalau berjaya, mudahan2 dapat kerjaya 
yang baik, dan dapatlah memperbaiki ekonomi keluarga. Mereka tentu 
tidak dapat merestui gangguan yang didatangkan oleh pensyarah yang
berbuat "terlalu baik" dengan memberi extra perhatian, wang ringgit,
barang2 kemas, dan janji2 manis. Percayanya gadis tersebut kepada 
beliau, hingga tidak ada apa lagi yang tinggal dari perihal buruk 
baik rumahtangga ibubapa gadis yang belum diceritakan, semua selesai
dihuraikan sebagai bahan "kaunseling". Bagi gadis yang belum pernah
terdedah kepada "keramahan" seorang lelaki, tentu ini amat memikat.
Tambahan pula bagi lelaki yang bermotifkan sesuatu, tentulah hanya
kebaikan2 yang dipertontonkan, dan inilah yang melekat disanubari. 
Maka yang dia nampak hanyalah yang elok2 dan manis2 belaka. Gadis 
bukan tahu samaada orang itu pernah mengherdik isteri, membohongi 
isteri, manampar isteri atau tidak. Bukan main berkenan sigadis
dengan "kebaikan" si pensyarah - maka confirm lah pantun orang2 lama
iaitu; "nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan.." 

"Extra kebaikan" terus mengalir kepada si gadis walaupun sudah tamat
pengajian dan bekerja. Walaupun ibu-bapa sanggup memandu beratus 
kilometer untuk berusaha menghentikan usaha2 memikat yang dirancang
sedemikian rupa oleh orang terpelajar ini, namun setakat mana 
sangatlah kecerdikan mereka yang hanya belajar setakat sekolah 
menengah berbanding dengan seorang graduan yang juga pakar motivasi. 

Si pensyarah sebagai seorang yang berpelajaran tinggi, tidak heran 
dengan seribu penentangan dan alasan dari ahli keluarga gadis 
(yang dibuat atas alasan agama jua - sekufu dan zuriat) kerana 
beliau tahu hukum-hakam dan undang2. Tak boleh kawin dengan
pelajar....boleh dipikat dulu dan kawin bila sudah tamat. Tak dapat
keizinan ibu-bapa....peduli apa....jabatan agama boleh izinkan 
(tak perlu lari ke Siam). 

Sekarang mereka menjadi suami-isteri. Terima kasih kepada jabatan2 
agama yang membenarkan mereka kawin tanpa perlu menghubungi ibubapa
sigadis. Mungkin jabatan agama lebih mengenali si lelaki dan 
ibu-bapa tak ada hak apa2. Bahagialah hendaknya hidup mereka yang 
dibina atas kehancuran hati ibu-bapa yang daif dari segi harta dan 
ilmu. Bahagialah mereka diatas kemusnahan harapan ibu-bapa untuk 
melihat seorang anak sulung menjadi role model untuk adik2 mereka
yang lain. Semuanya semata2 kerana memenuhi kehendak seorang 
pensyarah yang gagal menangani punca sebenar masalah - dan mengambil
jalan mudah iaitu kawin lagi, dan lagi, dan lagi.... Tindakan beliau
nampak cantik kerana dibungai dengan pelbagai alasan berbau agama. 
Apabila sudah terjadi begini, dengan mudah pula menyalahkan takdir.

Kalau demikian, sekiranya sampai mati kedua ibubapa tidak dapat 
menerima hakikat anaknya diperlaku demikian, itu juga takdir. Jika 
mereka berdosa kerana enggan memaafkannya, itu juga takdir. Jika 
keharmonian dan kesihatan mereka terganggu dengannya, itu juga takdir. 

Semoga dapat dijadikan pedoman bagi yang ingin menjadikannya pedoman.
Semoga Allah memberi petunjuk, kekuatan dan kesabaran kepada ibu-bapa
tersebut. Semoga segala kesusahan yang ditanggung menjadi kifarah 
diatas segala kekurangan dalam hidup dan amalan mereka. 

Wassalam 

Nota: Tidaklah susah untuk memahami perkara diatas....cuma bayangkan
anak2 tuan-puan diperlaku sedemikian... Dan sekirannya warkah ini 
sampai kemana2 pun, samaada jabatan2 agama, kampus2, mailing2 list,
pejabat pelajaran, surat2 khabar, dsbnya, demi mencari kepastian dan
keadilan, itu juga sudah ditakdirkan, untuk diambil menjadi renungan,
iktibar, dan amaran..... 

---------------------

>Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>>Assalamu`alaikum,
>>
>>Maafkan saya sebab lambat respon. Ini disebabkan pertanyaan yang saudara
>ajukan itu adalah berkenaan dengan hukum. Walaupun nampak simple tapi
>bukanlah layak bagi level macam saya untuk menghuraikannya.
>>
>>Walaubagaimanapun, baru tadi saya contact ustaz Ahmad Jailani dan
>bertanyakan pendapat dia tentang hal ini. Menurut beliau kalau fakta yang
>diberikan oleh saudara itu betul (si lelaki telah mendapat keizinan pihak
>berkuasa iaitu pejabat kadi dan mahkamah syariah), ini bermakna pasangan itu
>telah bernikah dalam negara kita. Dan kalau mengikut procudurenya, sebelum
>si lelaki itu mendapat keizinan dari pejabat Qadi, pejabat Qadi hendaklah
>memanggil wali dari pihak perempuan untuk mendapat persetujuannya....Jadi,
>kalaulah betullah apa yang disebut oleh saudara itu, maka si lelaki itu
>telah pun mendapat persetujuan daripada pihak perempuan (bukti daripada
>keterangan pejabat Qadi dan mahkamah syariah)....Jadi, perkahwinan pasangan
>itu adalah sah dari hukum syara`.
>>
>>Begitu juga kalau depa lari pi kahwin di Siam; kalau depa kahwin depan Qadi
>kerajaan Thai, sah perkahwinan itu. Lainlah kalau depa kahwin melalui
>sindiket; baik di Thai maupun di M`sia, tak sah kalau melalui sindiket. Tapi
>kalau refer dari apa yang saudara nyatakan itu, nampaknya pasangan itu
>berkahwin di M`sia. Dan sah perkahwinan mereka.
>>
>>Tapi kalau saudara nak tahu lebih lanjut, saudara boleh contact sendiri
>ustaz Ahmad Jailani 019-4800808.
>>
>>Wassalam. 
>>
>>  sulaiman osman <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Salam,
>>
>>Beberapa hari lepas, seorang gadis telah kembali kerumah
>>nya bersama dengan seorang lelaki sebagai suami isteri setelah
>>berkahwin tanpa pengetahuan ibu-bapa sigadis.
>>
>>Ibu-bapa sigadis enggan membenarkan mereka kahwin kerana sebab2:
>>
>>1. Silelaki telah 2 kali berkahwin (cerai isteri pertama).
>>2. Masih tak mempunyai zuriat.
>>
>>Mengikut fakta, si lelaki telah mendapat keizinan pihak berkuasa 
>>iaitu pejabat kadi dan mahkamah syariah. 
>>
>>Apakah ini diharuskan dalam Islam dan undang2 keluarga Islam di
>>Malaysia? 
>>
>>Ada sesiapa yang boleh bagi pendapat sikit. 
>>
>>Wassalam



__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the 
convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/

Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (sulaiman osman)

Kirim email ke