*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. 9-Jun-1999: PEMIMPIN BUKAN MELAYU BOLEH JADI PERDANA MENTERI
KUALA LUMPUR 9 Jun - Perlembagaan Malaysia membenarkan pemimpin kaum bukan
Melayu menjadi Perdana Menteri, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Mohamed
Zahir Ismail.
(Utusan 10-Jun-1999)
2. 17-Jun-2000: BUKAN MELAYU BOLEH JADI PERDANA MENTERI.
Menurut Dr. Mahathir, sesiapa sahaja dan mereka dari apa jua keturunan
termasuk bumiputera bukan Melayu berhak menjadi Perdana Menteri, yang tidak
semestinya disandang oleh keturunan Melayu sahaja.
Malah, Perlembagaan Malaysia, jelas beliau, tidak ada menyebut mengenai
keturunan bagi melayakkan seseorang itu menjadi Perdana Menteri.
Beliau berkata, proses ke arah merealisasikan perkara tersebut sudahpun
berjalan dan jika semua pihak sensitif terhadap cita rasa rakyat negara ini,
soal kaum dan keturunan tidak lagi akan menghalang sesiapa sahaja daripada
memegang apa-apa jawatan.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan
Agung MCA ke-47 di sini yang kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh
oleh ahli-ahli parti itu.
(Utusan 18-Jun-2000)
3. 20-Mei-2001: PM MEMBERI KELONGGARAN KAUM CINA SABAH UNTUK MENYERTAI UMNO
KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata
kelonggaran yang diberi kepada kaum Cina Sabah untuk menyertai Umno di
negeri itu, tidak akan menjejaskan keanggotaan parti komponen Barisan
Nasional (BN) yang lain.
4. 7-Julai-2001: MAHATHIR BERCADANG UNTUK MEMBENTUK HANYA SATU PARTI TUNGGAL
IAITU BN
KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yakin usaha Barisan
Nasional (BN) untuk membentuk bangsa Malaysia di bawah satu parti mewakili
pelbagai kaum akan tercapai walaupun ia akan memakan masa yang panjang.
"Saya yakin lama kelamaan BN akan menjadi satu parti dan bukan lagi satu
parti campuran," katanya pada ucaptama di Konvensyen BN di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) di sini.
(Utusan 8-Jul-2001)
5. 8-Julai-2001: KERAJAAN BENARKAN MASYARAKAT CINA MENUBUHKAN SEBUAH
UNIVERSITI SWASTA
IPOH 8 Julai - Masyarakat Cina negara ini akan dapat merealisasikan impian
mereka menubuh sebuah universiti swasta apabila Kementerian Pendidikan
membuat tawaran rasmi kepada MCA berhubung penubuhan itu.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berkata, MCA telah ditawarkan
menubuh universiti itu dan akan menamakannya Universiti Tunku Abdul Rahman.
(Utusan 8-Jul-2001)
6. 27-Julai-2001: MAHATHIR BERCADANG MENGHAPUSKAN SISTEM KUOTA DAN
MENGAMALKAN MERITOKRASI PENDIDDIKAN
July 27 (Bernama) -- Presiden Umno Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini
memberi amaran bahawa tindakan radikal akan diambil bagi menyelamatkan
pelajar Melayu daripada terus tercicir.
Tindakan itu termasuk mengurangkan tempat pelajar bumiputra di institusi
pengajian tinggi awam selain mengurangkan bantuan kerajaan kepada mereka,
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi
Umno di ibupejabat parti di sini.
7. 3-Ogos-2001: SARANAN MERITOKRASI UNTUK DIPERLUASKAN DALAM SEMUA AKTIVITI
LAIN
KUANTAN, 3 Ogos (Bernama) -- Konsep meritokrasi untuk orang Melayu perlu
diaplikasikan dalam semua aktiviti yang dijalankan, termasuk perniagaan,
supaya kelayakan yang diperolehi itu diasaskan kepada kekuatan individu itu
sendiri, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Rafidah Aziz.
Komen:
IRONICALLY, David Chua, Timbalan Pengerusi Mapen 11 pernah menyarankan
dimansuhkan kuota bumiputera di dalam beberapa bidang terutama ekonomi dan
pendidikan, dan ianya juga termasuk didalam tuntutan SUQIU!
Apabila ditelititkan tentang kata-kata Mahathir mengenai bukan Melayu boleh
jadi PM, kalau tujuan beliau untuk menyedarkan orang Melayu, kenapa ucapan
tersebut di utarakan didalam perhimpunan agung MCA?
Secara beransur-ansur, umno dan perjuangan umno akan berkubur (kubur yang
digali oleh pemimpin mereka sendiri) dan tidak lagi menjadi releven!
Dan kronologi yang tersebut hanya-lah sebahagian daripada usaha-usaha
pemimpin umno menggali liang lahad mereka (spt pindaan kanun tanah dsb).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>