*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam sejahtera.

Bila membaca tulisan-tulisan di bawah, teringat pula tuduhan yang pernah 
melanda puak Al-Arqam satu ketika dulu. Puak-puak Al-Arqam dituduh 
memperdayakan pelajar-pelajar IPTA dengan menarik mereka mendirikan 
rumahtangga sehigga pengajian terjejas. Malah, PM kita pernah melemparkan 
panggilan amalan Al-Arqam ini sebagai "pelacuran halal" (legalised 
prostitution). Mereka itu bernikah secara sah, tetapi malangnya dicapkan 
setaraf dengan sundal.

Pada pandangan saya, ia tidak memerlukan puak Al-Arqam untuk perkara ini 
terjadi. Kini kita dapat melihat bagaimana anggota masyarakat di Malaysia 
semakin tandus nilai-nilai mulia, yang lazimnya dianjuran oleh ajaran Islam. 
Ibubapa mudah saja diketepikan bila tiba masa sebegini. Sedangkan ibubapa 
mempunyai martabat tersendiri yang wajar dihormati oleh setiap orang yang 
bergelar anak.

Dimanakah silap tarbiyah masyarakat kita? Allahuwa'alam.

Sekian, sekadar berkongsi pandangan peribadi.




>From: [EMAIL PROTECTED] (sulaiman osman)
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* RE: Kawin lari dalam Islam diharuskan?
>Date: Tue, 14 Aug 2001 02:11:20 -0400
>
>Wa'alaikum mussalam,
>
>Terima kasih Encik Omar.  Penjelasan pun dah diperolehi.  Pompuan tu ada
>cerita yang dia orang dapat kebenaran pejabat kadi / mahkamah di Kelantan.
>Untuk menggugurkan status bapa sebagai wali, mereka berpakat guna option
>lebih 2 marhalah sebab nak guna option bapa fasik bunyi tak sedap. Ibubapa
>pompuan memang TIDAK DIHUBUNGI oleh sesiapa. Itu pasal tajuk persoalan
>ialah "kawin lari diharuskan?" dalam keadaan sebegini. Moral of the story,
>sapa2 nak kawin tanpa persetujuan makbapa, boleh dibuat di Malaysia, tanpa
>susah2 lari ke Siam. Buktikan saja kat mahkamah yang lelaki tu berwibawa
>(macam pensyarah ke) maka dapatlah "kufu"nya.  Kalau pompuan tu duduk
>di Kota Baru, kawin aje di KT, Dungun, atau Segamat, dapatlah 2 marhalah.
>Sahlah nikahnya. Cuma mengikut seseorang mungkin haram sebab menyakiti
>hati makbapak. Itu aje. Moral of the story lagi,  bukan susah nak tawan
>hati anak2 gadis yang baru masuk kolej.  Tunjukkan aje seseorang tu
>extra-baik dan extra-caring. Tambahan gaji dah ada, rupa pun ada, kereta
>pun ada, rumah pun ada, nama pun ada - in short, dah stabil, lunyailah
>hati gadis tu.  Tambahan pula sebagai seorang pensyarah atau motivator
>peluang luas terbuka.
>
>Mungkin ada orang kata, apasal nak salahkan satu pihak aje. Bagaimana
>didikan si pompuan tu?  Si Aisyah yang buang keluarga untuk ambil jantan
>kafir tu kan dididik sikit punya cantik - pun terkulai juga. Inikan pula
>didikan ala kadar.  Cumanya kita tak expect benda ni berlaku ditempat
>terhormat seperti contoh, UiTM Dungun ke, dll ke - harapkan pagar, pagar
>makan padi, harapkan anak diajar, rupa2nya tak sempat habis mengaji
>tinggi ......  Jangan terjadi kepada anak tuan-puan dan saya udahlah.
>Kalau terjadi pun, apa nak buat dah takdir.
>
>Berikut ialah gambaran kekecewaan seorang bapa yang diperlakukan
>sedemikian:-
>
>
> >-------------------------
>
>Assalamualaikum, Tuan/Puan yang dihormati sekalian.
>
>Semoga tuan/puan dalam rahmat Allah dan sentiasa Istiqomah
>dalam keikhlasan untuk menabur bakti mendidik anak-bangsa
>dengan ilmu2 yang bermanafaat.  Ikhlas sebenar2 ikhlas -
>semata2 kerana memenuhi amanah yang dipikulkan kebahu tuan/puan.
>Sekiranya dikotori dengan niat2 lain, umpama menambat hati
>gadis pelajar untuk memenuhi cita2 peribadi, maka akan terjadi2
>hal2 yang tak sepatutnya terjadi.
>
>Seboleh2nya kita tak mahulah apa yang terjadi kepada satu keluarga
>seorang gadis yang mana beberapa hari lepas, bapa gadis tersebut,
>telah melafazkan, "kau tak usah pijak lagi rumah ini, kau bukan
>anak aku lagi", apabila seorang rakan sealiran tuan/puan telah
>muncul dirumah gadis tersebut dengan mengistiharkan bahawa beliau
>dan gadis itu sudah menjadi suami-isteri, tanpa pengetahuan dan
>restu kedua ibubapa gadis, setelah mendapat kebenaran dari pihak
>berkuasa (khabarnya). Ini adalah klimaks kepada beberapa situasi
>yang dilalui oleh kedua ibubapa gadis yang merobek perasaan dan
>emosi mereka. Tahniah diatas kepintaran perancangan pensyarah
>tersebut, sehingga sanggup sigadis menukarkan ibubapa yang
>melahirkan dan membesarkan dengan seorang asing yang baru dikenali
>beberapa tahun.
>
>Ibubapa menghantar anak2 mereka ke pusat pengajian tinggi, umpama
>UiTM Dungun, dengan penuh harapan supaya keluar sebagai seorang
>yang berjaya setinggi mungkin - untuk dijadikan peniup semangat
>kepada adik2 yang lain. Dan kalau berjaya, mudahan2 dapat kerjaya
>yang baik, dan dapatlah memperbaiki ekonomi keluarga. Mereka tentu
>tidak dapat merestui gangguan yang didatangkan oleh pensyarah yang
>berbuat "terlalu baik" dengan memberi extra perhatian, wang ringgit,
>barang2 kemas, dan janji2 manis. Percayanya gadis tersebut kepada
>beliau, hingga tidak ada apa lagi yang tinggal dari perihal buruk
>baik rumahtangga ibubapa gadis yang belum diceritakan, semua selesai
>dihuraikan sebagai bahan "kaunseling". Bagi gadis yang belum pernah
>terdedah kepada "keramahan" seorang lelaki, tentu ini amat memikat.
>Tambahan pula bagi lelaki yang bermotifkan sesuatu, tentulah hanya
>kebaikan2 yang dipertontonkan, dan inilah yang melekat disanubari.
>Maka yang dia nampak hanyalah yang elok2 dan manis2 belaka. Gadis
>bukan tahu samaada orang itu pernah mengherdik isteri, membohongi
>isteri, manampar isteri atau tidak. Bukan main berkenan sigadis
>dengan "kebaikan" si pensyarah - maka confirm lah pantun orang2 lama
>iaitu; "nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan.."
>
>"Extra kebaikan" terus mengalir kepada si gadis walaupun sudah tamat
>pengajian dan bekerja. Walaupun ibu-bapa sanggup memandu beratus
>kilometer untuk berusaha menghentikan usaha2 memikat yang dirancang
>sedemikian rupa oleh orang terpelajar ini, namun setakat mana
>sangatlah kecerdikan mereka yang hanya belajar setakat sekolah
>menengah berbanding dengan seorang graduan yang juga pakar motivasi.
>
>Si pensyarah sebagai seorang yang berpelajaran tinggi, tidak heran
>dengan seribu penentangan dan alasan dari ahli keluarga gadis
>(yang dibuat atas alasan agama jua - sekufu dan zuriat) kerana
>beliau tahu hukum-hakam dan undang2. Tak boleh kawin dengan
>pelajar....boleh dipikat dulu dan kawin bila sudah tamat. Tak dapat
>keizinan ibu-bapa....peduli apa....jabatan agama boleh izinkan
>(tak perlu lari ke Siam).
>
>Sekarang mereka menjadi suami-isteri. Terima kasih kepada jabatan2
>agama yang membenarkan mereka kawin tanpa perlu menghubungi ibubapa
>sigadis. Mungkin jabatan agama lebih mengenali si lelaki dan
>ibu-bapa tak ada hak apa2. Bahagialah hendaknya hidup mereka yang
>dibina atas kehancuran hati ibu-bapa yang daif dari segi harta dan
>ilmu. Bahagialah mereka diatas kemusnahan harapan ibu-bapa untuk
>melihat seorang anak sulung menjadi role model untuk adik2 mereka
>yang lain. Semuanya semata2 kerana memenuhi kehendak seorang
>pensyarah yang gagal menangani punca sebenar masalah - dan mengambil
>jalan mudah iaitu kawin lagi, dan lagi, dan lagi.... Tindakan beliau
>nampak cantik kerana dibungai dengan pelbagai alasan berbau agama.
>Apabila sudah terjadi begini, dengan mudah pula menyalahkan takdir.
>
>Kalau demikian, sekiranya sampai mati kedua ibubapa tidak dapat
>menerima hakikat anaknya diperlaku demikian, itu juga takdir. Jika
>mereka berdosa kerana enggan memaafkannya, itu juga takdir. Jika
>keharmonian dan kesihatan mereka terganggu dengannya, itu juga takdir.
>
>Semoga dapat dijadikan pedoman bagi yang ingin menjadikannya pedoman.
>Semoga Allah memberi petunjuk, kekuatan dan kesabaran kepada ibu-bapa
>tersebut. Semoga segala kesusahan yang ditanggung menjadi kifarah
>diatas segala kekurangan dalam hidup dan amalan mereka.
>
>Wassalam
>
>Nota: Tidaklah susah untuk memahami perkara diatas....cuma bayangkan
>anak2 tuan-puan diperlaku sedemikian... Dan sekirannya warkah ini
>sampai kemana2 pun, samaada jabatan2 agama, kampus2, mailing2 list,
>pejabat pelajaran, surat2 khabar, dsbnya, demi mencari kepastian dan
>keadilan, itu juga sudah ditakdirkan, untuk diambil menjadi renungan,
>iktibar, dan amaran.....
>
>---------------------
>
> >Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> >
> >>Assalamu`alaikum,
> >>
> >>Maafkan saya sebab lambat respon. Ini disebabkan pertanyaan yang saudara
> >ajukan itu adalah berkenaan dengan hukum. Walaupun nampak simple tapi
> >bukanlah layak bagi level macam saya untuk menghuraikannya.
> >>
> >>Walaubagaimanapun, baru tadi saya contact ustaz Ahmad Jailani dan
> >bertanyakan pendapat dia tentang hal ini. Menurut beliau kalau fakta yang
> >diberikan oleh saudara itu betul (si lelaki telah mendapat keizinan pihak
> >berkuasa iaitu pejabat kadi dan mahkamah syariah), ini bermakna pasangan 
>itu
> >telah bernikah dalam negara kita. Dan kalau mengikut procudurenya, 
>sebelum
> >si lelaki itu mendapat keizinan dari pejabat Qadi, pejabat Qadi hendaklah
> >memanggil wali dari pihak perempuan untuk mendapat 
>persetujuannya....Jadi,
> >kalaulah betullah apa yang disebut oleh saudara itu, maka si lelaki itu
> >telah pun mendapat persetujuan daripada pihak perempuan (bukti daripada
> >keterangan pejabat Qadi dan mahkamah syariah)....Jadi, perkahwinan 
>pasangan
> >itu adalah sah dari hukum syara`.
> >>
> >>Begitu juga kalau depa lari pi kahwin di Siam; kalau depa kahwin depan 
>Qadi
> >kerajaan Thai, sah perkahwinan itu. Lainlah kalau depa kahwin melalui
> >sindiket; baik di Thai maupun di M`sia, tak sah kalau melalui sindiket. 
>Tapi
> >kalau refer dari apa yang saudara nyatakan itu, nampaknya pasangan itu
> >berkahwin di M`sia. Dan sah perkahwinan mereka.
> >>
> >>Tapi kalau saudara nak tahu lebih lanjut, saudara boleh contact sendiri
> >ustaz Ahmad Jailani 019-4800808.
> >>
> >>Wassalam.
> >>
> >>  sulaiman osman <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Salam,
> >>
> >>Beberapa hari lepas, seorang gadis telah kembali kerumah
> >>nya bersama dengan seorang lelaki sebagai suami isteri setelah
> >>berkahwin tanpa pengetahuan ibu-bapa sigadis.
> >>
> >>Ibu-bapa sigadis enggan membenarkan mereka kahwin kerana sebab2:
> >>
> >>1. Silelaki telah 2 kali berkahwin (cerai isteri pertama).
> >>2. Masih tak mempunyai zuriat.
> >>
> >>Mengikut fakta, si lelaki telah mendapat keizinan pihak berkuasa
> >>iaitu pejabat kadi dan mahkamah syariah.
> >>
> >>Apakah ini diharuskan dalam Islam dan undang2 keluarga Islam di
> >>Malaysia?
> >>
> >>Ada sesiapa yang boleh bagi pendapat sikit.
> >>
> >>Wassalam
>


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke