*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum,,
Dalam petikan Agendadaily.com M.Kayveas Presiden PPP yang juga Tim Menteri
Perumahan telah menunjukkan hero dengan nak mengaitkan anggota dengan
aktiviti letupan di Indonesia,, Cilaka punya "ha ya nun dal wau" baru jadi
Senator yang dilantik dah mula nak tunjuk pandai,,, pundek betul.... Mampus
UMNO
Tim.Menteri Perumahan dakwa kebakaran DTC perbuatan sabotaj
KUALA LUMPUR, Rabu 15 Ogos - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk M. Kayveas hari ini mengumumkan bahawa kebakaran yang
memusnahkan bangunan bersejarah � Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti
Malaya (UM) pada 29 Jun lalu adalah perbuatan sabotaj.
�Selepas siasatan dilakukan dan pemerhatian serius yang dilakukan oleh
pelbagai jabatan termasuk diri saya sendiri, ia amat jelas sekali bukanlah
diakibatkan oleh litar pintas sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa
pada peringkat awal dahulu tetapi adalah satu perbuatan sabotaj,� ujarnya.
Beliau malah mempertikaikan bagaimanakah litar pintas boleh berlaku sehari
sebelum Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad dijangka merasmikan
satu program bersama pelajar di situ.
Sambil menolak laporan awal yang dipetik oleh media massa daripada
sumber-sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengatakan kejadian litar
pintas adalah punca kebakaran tersebut, Kayveas bagaimanapun enggan menuding
jari ke arah mana-mana pihak pun kerana kes itu belum lagi selesai.
Pada 11 Julai lalu, akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail melaporkan
bahawa siasatan awal Jabatan Bomba menunjukkan bahawa kebakaran di DTC itu
kemungkinan besar diakibatkan oleh litar pintas.
Ramai pihak yang mengesyaki penangkapan beberapa pemimpin pelajar termasuk
dari UM sendiri beberapa hari selepas kejadian itu di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) adalah untuk membantu siasatan ke atas kebakaran
tersebut.
Bagaimanapun sehingga hari ini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh
pihak berkuasa mengenai sebab-sebab penangkapan tersebut malah laporan rasmi
mengenai kejadian kebakaran DTC itu pun masih belum diumumkan kepada ramai
sehingga sekarang.
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "tukang tambah" <[EMAIL PROTECTED]>