*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Polis terima surat berdaftar berisi najis binatang
MELAKA 15 Ogos - Seorang kakitangan di Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah terkejut apabila
mendapati surat berdaftar yang dikirimkan ke ibu
pejabat berkenaan Isnin lalu mengandungi najis
binatang.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Lai
Yong Heng berkata, surat tersebut hanya bertulis
perkataan `Ketua Polis' dan dialamatkan ke IPD
tersebut turut terselit di dalamnya sekeping nota yang
menyatakan rasa tidak puas hati terhadap polis.
Kata beliau, kakitangan IPD itu menerima surat
berdaftar tersebut pada pukul 11.30 pagi beserta nama
penuh pengirimnya yang terletak di bahagian belakang
sampul.
``Kakitangan tersebut pada keesokan harinya membuat
laporan polis berhubung kejadian itu dan polis akan
menjalankan siasatan di bawah Seksyen 14 Akta
Kesalahan-Kesalahan Kecil 1965,'' kata beliau.
Kata Lai, belum ada tangkapan dilakukan tetapi polis
mengesyaki surat tersebut dihantar oleh seorang doktor
berusia 54 tahun yang dipercayai tidak berpuas hati
dengan tindakan polis menyelesaikan enam kes
pergaduhannya dengan jiran sejak tahun 1988.
=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>