Title: BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA

Assalamualaikum
semoga dipermudahkan

BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA

Baginda Rasullullah S. A. W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai ke lutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik
roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya
dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan
akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh
dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu.
" Sambung Rasullullah S. A. W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu
orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A. S. akan menebarkan
sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya disyurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya.
Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail A. S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A. S. akan
menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat
melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak
lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu
takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S. W. T. menghendaki seorang
mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut
maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itudengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
"S. W. T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali
kepada Allah S. W. T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukminitu. Lalu Allah S. W. T. berfirman yang bermaksud: "Wahai
malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S. W. T. maka
malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekahdari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah
usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata
tangan:" Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini
mengusapkepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya
malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang
alik mengerjakan solat denganberjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlisilmu.
" Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmindari arah
kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arahtelinga Sebaik saja
malaikat maut menghampiri telinga makatelinga pun berkata: "Tidak ada
jalan bagimu dari arah inikerana telinga ini sentiasa mendengar
bacaan Al-Quran danzikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata
tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana
takutkan Allah."  Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada
Allah S. W. T. Kemudian Allah S. W. T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan
kepada roh orang yang berimanitu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S. W. T. makamalaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S. W. T. Sebaik
saja melihat Asma Allah dan cintanya kepadaAllah S. W. T maka
keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengantenang. Abu Bakar R. A.
telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata AbuBakar R. A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke SyurgaIlliyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada digunungdari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam nerakaSijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hariKiamat." Telah bersabda
Rasullullah S. A. W: Tiga kelompokmanusia yang akan dijabat tangannya
oleh para malaikat padahari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalambulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin.. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Kirim email ke