Cuba perhatikan perbandingan petikan-petikan berita daripada Utusan dan Bernama dibawah:
 
>>>>
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Persatuan-persatuan Cina yang mengasaskan 17 tuntutan pilihan raya tahun lalu, hari ini mengulangi pendirian untuk terus memperjuangkan agenda tersebut yang antaranya mendesak dimansuhkan perbezaan status bumiputera dan bukan bumiputera dalam semua bidang.
.
.
Tuntutan lain dalam Suqiu yang menyentuh sensitiviti kaum bumiputera ialah:
* Menghapuskan sistem kuota berasaskan kaum sama ada dalam ekonomi atau pendidikan dan menggantikannya dengan sistem pengagihan mengikut kebolehan.
(Utusan: 17-Ogos-2000)
>>>>>
 
>>>>>
Enam tuntutan Suqiu lain yang ditarik balik ialah;
* Tindakan affirmative harus bertujuan memberi perlindungan dan peningkatan kepada golongan masyarakat yang lemah, tanpa mengira kepercayaan agama, latar belakang sosial dan kaum.
* Membahagikan tanah secara adil kepada petani-petani yang memerlukan tanpa mengira kaum.
* Hapuskan sistem kuota yang berasaskan kaum dan menggantikannya dengan sistem pengagihan berasaskan kebolehan.
* Hapuskan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti.
* Memberi layanan yang adil bagi badan-badan agama yang berlainan dalam hal penyebaran, perkembangan dan mendapat kemudahan rasmi kerajaan serta dilayani dengan saksama oleh media rasmi.
* Memperkenalkan sistem pinjaman dan bantuan kewangan pelajar dengan mengagihkannya mengikut kemampuan keluarga tanpa mengira kaum.
(Utusan: 6-Jan-2001)
 >>>>>
 
>>>>>
Presiden Umno Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa tindakan radikal akan diambil bagi menyelamatkan pelajar Melayu daripada terus tercicir.
Tindakan itu termasuk mengurangkan tempat pelajar bumiputra di institusi pengajian tinggi awam selain mengurangkan bantuan kerajaan kepada mereka, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibupejabat parti di sini.
(Bernama: 27-Jul-2001)
>>>>>
 
>>>>>
``Keputusan Jemaah Menteri hari ini bermakna kemasukan semua pelajar termasuk bumiputera ke universiti akan berasaskan kepada merit.
(Dr. Mahathir - Utusan: 2-Ogos-2001)
>>>>>
 
>>>>>
Konsep meritokrasi untuk orang Melayu perlu diaplikasikan dalam semua aktiviti yang dijalankan, termasuk perniagaan, supaya kelayakan yang diperolehi itu diasaskan kepada kekuatan individu itu sendiri, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz.
(Bernama: 3-Ogos-2001)
>>>>>
 
Adakah ini satu lagi sandiwara daripada umno????
 

Kirim email ke