assalamu'alaikum pengunjung hizbi yang dirahmati Allah sekelian.

saya cuma ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui hari ini, jumaat 12 jamadilawwal 1422 / 17 ogos 2001.

1. pada awal pagi dalam perjalanan ke pejabat saya terlihat satu sticker terpampang di cermin belakang sebuah kereta yang berbunyi:

Tuhan Cinta Agung
Perjuangkan Tuhan

kereta dipandu oleh seorang lelaki dan bersamanya seorang anak berkopiah...

2. sebelum solat jumaat, pengerusi masjid mengumumkan mengenai satu konvensyen melayu yang akan diadakan pada 1 dan 2 sept 2001 di pwtc. konvensyen dianjurkan oleh persatuan guru2 melayu malaysia barat dan "orang2 melayu yang prihatin". orang2 melayu dijemput menghadiri konvensyen tersebut dgn bayaran rm30.00 jika melalui masjid dan rm50.00 jika bersendirian.

3. khutbah jumaat pula memaparkan pembebasan baitulmaqdis oleh salahuddin al ayyubi sempena menyambut hari kemerdekaan pada 31 ogos nanti. selepas berjaya mengepung baitulmaqdis, salahuddin telah mempelawa kepada orang-orang kristian supaya menyerahkan kota baitulmaqdis kepada tentera Islam tanpa pertumpahan darah dan untuk membuktikan bahawa orang-orang Islam tidak berdendam dengan orang-orang kristian yang telah menzalimi umat Islam selepas menakluki kota baitulmaqdis dari orang-orang Islam 92 tahun yang lalu... tetapi puak-puak kristian enggan menyerah diri dan melantik kepala perang mereka. salahuddin terus menyerang puak-puak kristian kerana membalas dendam akan perbuatan mereka terhadap umat Islam.....

sedikit ulasan dari saya yang kerdil bagi memulakan perbincangan kepada yang sudi memberi pandangan.

1. bunyi sticker tu mirip kristian.... jika empunya kebetulan membaca email saya ini, saya syurkan supaya dibuangkan sahaja sticker berkenaan...

2. pengumuman pengerusi masjid itu benar-benar memberi pemahaman kepada saya kenapa Rasulullah saw tidak mengaku umat kepada mereka yang berjuang di atas dasar assobiyah (kebangsaan). pengumuman itu dibuat seolah-olah keseluruhan jemaah orang melayu. mustahil pengerusi tidak sedar bahawa di kalangan jemaah itu terdapat bangsa lain yang juga mengaku "Tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah dan Muhammad (saw) adalah pesuruh Allah". pengumuman itu bukan sahaja berbau politik tetapi telah menghina saudara-saudara seagama. jelaslah mereka yang mengagung-agungkan kebangsaan telah jauh menyimpang dari amaran Rasulullah saw... waliyyazubillah.

3. saya hanya pelik bin hairan bagaimana khatib pada mulanya menyebut tentang pelawaan salahuddin kepada puak-puak kristian supaya menyerah diri demi mengelakkan pertumpahan darah dan untuk menunjukkan bahawa tentera Islam tidak berdendam. tetapi apabila puak kristian enggan menyerah lalu mereka diperangi oleh salahuddin bagi membalas dendam terhadap kezaliman puak kristian terhadap umat Islam ketika mereka menakluki baitulmaqdis...

kemudian seperti biasa khatib membaca doa pada khutbah kedua... sdra2 tentu dapat agak apa yang terkandung di dalam itu... cuma saya hairan bagaimana masih ramai yang mengaminkan doa walaupun Allah swt telah mendedahkan berbagai kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang kita doakan sejak bertahun-tahun dulu di setiap khutbah jumaat kedua... masih wujud institusi peninggalan penjajah yang kononnya untuk menjaga agama dan institusi melayu yang kini digunakan pula oleh mereka-mereka yang berkepentingan. melayu semakin ke belakang. bukan kerana lain tetapi kerana enggan mendaulatkan agama Allah swt...

wallahu'alam.
wassalam

ps.
kepada yang tidak ada kerja lain melainkan menghantar virus,
saya mohon kepada Allah dengan kuasaNya supaya Allah
kembalikan kejahatan kepada mereka binti ibu mereka
dengan segera, amin.

Kirim email ke