*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sumber : Mingguan Perdana

Subject: Pengajaran dari Pengalaman
Date: Mon, 20 Aug 2001 10:16:17 +0800
From: "Mr.R" <[EMAIL PROTECTED]>


Rawang: "Selamat Datang Ke Alam Barzakh" begitulah kata-kata aluan yang
tertera pada papan tanda di suatu sudut dalam bangunan milik Rufaqa'
Corporation di Bandar Country Homes, disini. Setakat ini telah lebih 600
orang menyahut kata-kata aluan tersebut untuk merasai pengalaman berada
didalam sebuah kotak kayu berukuran 6 x 4 kaki persegi yang tersedia di
satu ruang dalam bangunan itu.

Kotak kayu itu dilengkapi sepasang batu nesan dengan sekujur tubuh
replika mayat terbaring kaku ditepinya, ditutupi dengan kain batik
panjang. Semasa berada dalam liang lahad buatan itu, para pengunjung
akan diperdengarkan dengan jeritan mayat-mayat yang berjiran, derapan
kaki tujuh langkah pengiring meninggalkan anda seorang diri setelah
dikebumikan serta pelbagai bunyi-bunyian lain yang menakutkan.

Detik paling mendebarkan apabila datang Malikat munkar Nakir yang
bertanya beberapa soalan berkaitan Iman. Suara Malaikat itu sebenarnya
adalah suara penyannyi Sheqal, antara individu yang paling awal memasuki
liang lahad itu sewaktu Alam Barzakh mula-mula dibuka dua bulan lalu.

Seorang Bilal dari Kajang, Muhammad salim Abdullah, 50, menceritakan,
dia sendiri mengalami pengalaman yang cukup ganjil sewaktu berada dalam
kubur buatan tersebut sewaktu memasukinya beberapa minggu lepas. "Saya
nampak asap berkepul-kepul dalam liang lahad saya. Saya terasa
betul-betul sudah mati.." katanya ketika ditemui dirumahnya di Sungai
Jelok, Kajang.Bagaimanapun, Muhammad Salim begitu terkejut apabila
petugas pusat tarbiah itu memberitahu, mereka tidak memasukkan asap ke
dalam kubur buatan itu sebagaimana yang dikatakannya.

Sementara itu, seorang petugas pusat tersebut, Siti Maznah Mohamad
Taufik pula menceritakan, tangannya yang dikiamkan (diletakkan atas
perut seperti mayat) sewaktu berada dalam liang lahad itu gagal
dileraikan walaupun setelah pintu kubur buatan itu dibuka oleh
rakan-rakannya. "Saya panik, saya tak tahu mengapa jadi begitu. Lepas
saya isthigfar beberapa kali, barulah tangan saya boleh diangakt,"
katanya.

Dalam pada itu, wartawan, wartawan kita (Mingguan Perdana) Siti Zarinah
Sahib sendiri mengalami peristiwa yang tak kurang menarik. "Saya
berdebar-debar bila mendengar derap kaki tujuh langkah pergi
meninggalkan mayat saya bersendirian dalam kubur, Saya terasa seperti
hendak menjerit , tapi suara saya seakan tersekat. Saya terasa begitu
takut bila disoal malaikat siapa Tuhan saya, apa Agama saya, siapa Nabi
saya dan macam-macam lagi. Sedar-sedar, saya menangis. Pengalaman 15
minit itu, walaupun tak lama tapi cukup bermakna." katanya

Penyelia Alam Barzakh itu Ustazah Asmah Musa, 26, idea melaksanakan Alam
barzakh diambil daripada kosep rumah hantu yang dibuat di Fun Fair.
Tetapi rumah hantu lebih kepada menakut-nakutkan orang tanpa memberi
manfaat kepada mereka. "Justeru itu saya memikirkan satu kaedah
berbentuk motivasi yang dapt memberi faedah kepada orang ramai,"
katanya.

Dengan niat kerana Allah untuk memberi keinsafan kepada orang ramai maka
Ustazah Asmah membuat sebuah kotak kecil ibarakan sebagai kubur dengan
tayangan video tentang kematian. Baginya cara motivasi melalui perasaan
dan roh lebih berkesan berbanding motivasi fizikal seperti yang biasa
dijalankan. "Mereka yang mengalamainya akan berasa takut dengan Tuhan
dan bukan dengan manusia," katanya lagi.

Dengan megunakan sistem teknologi canggih menggunakan sistem audio dan
video menjadikan Alam Barzakh rekaan ini menjadi lebih berkesan. Tambah
Ustazah Asmah suara dari video itu adalah suara penyanyi Sheqal yang
telah melalui proses campuran di studio. Manakala tayangan video adalah
tayangan sebenar diambil daripada kematian salah seorang staf di
Rufaqa'.

"Semua ini dilakukan untuk memberi kesan mendalam kepada pengunjung,"
katanya.






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Kusaini Sharif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke