MENGHORMATI AZAN

Lidah  kelu  di  Saat  kematian. Kematian  pasti
menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang
yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa,
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan
kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :

"Hendaklah  kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.

Jika  lagu  kebangsaan  kita diajar agar berdiri tegak
dan diamkandiri....mengapa  azan  kita tidak boleh
mendiamkan diri....!!!  Lantas sesiapa yang
berkata-kata  ketika azan,  Allah akan kelukan
lidahnya ketika
nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal
hampir tiba.... maka kita tidak dapat  mengucapkan
kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat
mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...
Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan,...
dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya ... Allah,
anugerahkanlah kematian  kami  dengan  kematian  yang
baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
 Laillahaillallah......semasa sakaratul maut
menghampiri kami......  amin..  amin..  amin  Yarobbal
a'lamien.."

WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A

Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman

Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.


                     -end message-

Kirim email ke