*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Dua tiga hari ini saya tengok kat Pintu Pagar sekolah
anak saya dan juga dua tiga buah sekolah yang
berdekatan, berkibar megah dengan Jalur Gemilang,
bendera Malaysia.

Tiap kali saya lalu kot kawasan sekolah2 tu, tiap kali
tu juga terfikir:

"Ish,ish,ish....nasib baik ada budak-budak sekolah dan
Cikgu-Cikgu Sekolah, kalau tidak tak berayalah musim
merdeka kita tahun ini. Itu pun, kerajaan BN masih tak
habis-habis nak menyalahkan Guru-Guru sekolah dalam
segala segi"

YA-LAH; BLACK METAL SALAH GURU SEKOLAH; BN KEHILANGAN
MAJORITI, SALAH GURU SEKOLAH. BOHSIA HARI TU PUN SALAH
GURU SEKOLAH; SEKARANG INI PULAK MILITAN PUN SILAP2
HARIBULAN DEPA AKAN SALAHKAN GURU SEKOLAH JUGA!! 

Kadang-kadang, pikir-pikir sekali, kesian kat
cikgu-cikgu, dah la hari tu nak mengandung pun Aziz
Shamsudin nak control, sekarang ini pula, awal minggu
lepas (The STAR 15/8/01) Aziz Shamsudin dipetik
sebagai berkata:

"Guru-Guru sekolah akan diminta menandatangani satu
perjanjian/kontrak untuk berkelakuan baik dan patuh
kpd profesyen perguruan"

Sebabnya, biasalah - Guru2 selama ini telah dijadikan
kambing hitam oleh UMNO sebagai punca yang menyebabkan
BN kehilangan majoriti dan punca anak-anak muda ramai
yang turun ke jalan-jalan raya untuk berdemonstrasi.

Entah pasal apa, tang mana puncanya; tiap kali ada
benda yang tak kena berlaku, kalau dah tak jumpa
puncanya, last sekali mesti nak naik ke kepala cikgu.

Contohnya, macam kes Black Metal hari tu; masa mula2
meletus kes tersebut, bila ditanya kpd Kementerian
Pendidikan apa tindakan seterusnya; lalu dgn penuh
semangat Dato' Musa dan Aziz Shamsudin kata satu
taklimat/kursus khas akan diberikan kpd guru-guru.

Lalu, di sebelah Utara ini, habislah
Ustazah/Ustaz/Guru Kaunseling dan sebagainya dikerah
ke Sungai Petani untuk diberi taklimat khas berkenaan
black Metal; dijangka hadir bersama ialah
Menteri/Timbalan Menteri Pusat dan juga Penasihat
Agama JPM, Datuk Hamid Othman.

Hangpa nak tau ceritanya?

Kesian kat cikgu-cikgu tu, bila depa pakat pi
ramai-ramai; rupa2nya sapa pun dari Pusat termasuk Tok
Mid sendiri tak mai; yg ada cumalah tape2 Video yang
entah berapa puluh kali diulang tayang!!!

Kalau takat nak tengok Video, kalau hantaq mai Video
terus ke sekolah, boleh la jugak cikgu2 tu tengok
dengan anak2 murid depa.

INILAH YANG DIKATAKAN ORANG "CAKAP TAK SERUPA
BIKIN'!!!

Apa punya PM, boleh dia pi lantik orang macam Aziz
Shamsudin pi jadi Timbalan Menteri Pendidikan!!

Kalau kita terus sembang pasal nasib cikgu nie, macam2
cerita nanti dia mai.

Hangpa nak tau, Langkawi la nie, terutama di
musim-musim gawat nie dah tak meriah macam dulu. So,
macam mana nak bagi penuhkan bilik2 hotel dan pusat2
peranginan yang kita semua tahu milik PM dan kroni
nie?

HA - CIKGU JUGAK YANG DEPA PAKAI!!

Sikit sikit kursus, pi Langkawi.
Sikit sikit kursus, hantaq pi Langkawi.

Hari tu, keluar dalam Berita Harian, berita sebuah bas
terbakar di lebuhraya - dalam perjalanan untuk membawa
Guru Besar2/Pengetua2 dari kawasan Kuantan ke
Langkawi.

Pendek katanya, sikit sikit pi Langkawi. Nak buat
guano; kalau tak hantaq guru2 pi sana, sapa nak
tampung bilik2 kosong di hotel2 kepunyaan kroni2 di
sana nu?

So, kalau sapa-sapa ada kawan yang kerja
Pengetua/Penolong Kanan/ Ketua Panitia sekolah
mana-mana, cuba hangpa tanya dia:

"Tahun ini dah berapa kali dah cek pi kursus di
Langkawi?"

Nanti, tak cukup jari tangan, jari kaki dia kira
sekali; nak habag kata punya la jenuh dia dok pi mai
pi mai ke Langkawi!!

Legalah kroni macam tu wei!!

KESIAN CIKGU, SAMPAI MACAM TU SEKALI DEPA
DIPERGUNAKAN!!

Oppss, terlajak menulis; nak kena habag jugalah, kalau
sapa-sapa yg ada suami kerja Pengetua ka apa ka yg
memanjang dok pi Langkawi tu, kalau belum beli Set
Karaoke set tu, beli lah satu. Bukan apa, kurang2 depa
boleh balik practice apa yg depa selalu dok buat dalam
aktiviti waktu malam di sana nu; ya lah dah kawan
'penat' berkursus di siang hari....

Dan lagi satu, kalau sapa-sapa nak pi Langkawi; kalau
nak test tengok betul ke tidak kata-kata saya di atas
nu - betapa ramainya guru-guru kena 'paksa' pi mai pi
mai ke Langkawi; waktu tengah shopping kat Pekan Kuah
nanti, cuba kata kuat-kuat:

"Assalamualaikum Cikgu!!

Nanti, serentak anda dengar kiri kanan orang jawab:

"WAALAIKUM SALAM!!!!!"

Kesian Cikgu.....

-barakuda-

-sekian adanya-



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?Ra=20Barakuda?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke