*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam Utusan hari ini (23-Ogos-2001), petikan kata-kata Mahathir:

``Kita ada ajaran agama dan moral di sekolah tetapi kita dapati tidak
berkesan, saya tidak tahu apa yang diajar ketika ajaran agama sehingga
penuntut tidak ada moral sama sekali,'' katanya.

``Keruntuhan moral terjadi kerana saluran pendidikan yang digunakan bagi
menjaga moral anak tidak berfungsi kerana guru yang mengajar lebih
mengutamakan fahaman politik.

``Kita tahu di sekolah, kadang-kadang guru agama lebih utamakan politik
daripada mengajar agama, lebih utamakan untuk menimbulkan kebencian kepada
kerajaan,'' katanya.



Dalam Utusan (17-Apr-2001), Mahathir berkata:

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan telah mengenal pasti
kelemahan dalam sistem pendidikan negara yang menyebabkan matlamat
pendidikan negara tidak tercapai sehingga kini.

Oleh itu, Perdana Menteri menegaskan, pembetulan dan perubahan perlu
dilakukan dengan segera bagi menangani segala kelemahan berkenaan.

Menurutnya, antara kelemahan itu ialah ada pihak yang berpendapat bahawa
sistem pendidikan negara bertujuan mengasingkan kaum-kaum di negara ini.

``Umpamanya, kita dapati di sekolah-sekolah, penekanan dibuat tentang
soal-soal agama yang menyebabkan orang-orang bukan Islam tidak berminat
untuk pergi ke sekolah kebangsaan.

``Sedangkan kita mencipta sekolah kebangsaan ini dengan niat supaya orang
bukan Melayu dan bukan Islam akan pergi ke sekolah kebangsaan,'' katanya
selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat
Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

>>>>>>

Dulu Mahatir menyalahkan pendidikan agama menyebabkan orang-orang bukan
Islam tak minat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan,
dan penekanan agama merupakan salah satu kelemahan sistem pendidikan negara.

Sekarang Mahathir salahkan guru-guru agama kerana mementingkan fahaman
politik dan membenci kerajaan, sehingga penuntut tiada moral.

Persoalan: 
Berapa jam dalam seminggu pendidikan agama didalam kurikulum sekolah-sekolah
kebangsaan? 2 - 3 jam?
Berapakah persen guru-guru agama yang mengajar fahaman politik?
Dan dalam tempoh pendidikan agama (yang 2-3 jam seminggu itu), berapa persen
waktu diluangkan untuk mengajar fahaman politik?

Cara Mahathir mengutarakan kemarahan seolah-olah majoriti guru-guru agama
mengajar fahaman politik, dan lebih banyak membawa fahaman politik dari
pendidikan agama!

Persoalan:
Memadaikah pendidikan agama (yang setakat 2-3 jam seminggu itu)?
Tidakkah kerana terlalu kurang pendidikan agama yang menjadi punca
keruntuhan moral?

Semalam didalam siaran radio Suara Mimbar oleh Radio Malaysia Selangor
selepas Maghrib, penceramah yang menyampaikan ceramah adalah pegawai
daripada Jakim yang menceritakan masalah keruntuhan keluarga dan moral
muda-mudi sekarang.
Antara pengalaman beliau terdapat sebilangan muda-mudi melayu yang didapati
tak tahu mengucap!
Ada yang bila disuruh mengucap, mereka menjawab "Assalamualaikum"!!!


Begitu banyak muda-mudi sekarang yang tersangat jahil tentang agama!
Ustaz itu juga menambah adalah begitu biasa kedengaran suami-suami yang
jahil yang selalu mempermain-mainkan lafaz cerai/talaq.

Sebagai contoh; bab "munakahat" langsung tidak ada didalam syllabus
pendidikan disekolah kebangsaan. Tidak hairanlah kita lihat lahirlah
generasi yang jahil tentang agama, menghasilkan institusi keluarga yang
porak peranda (atas sebab kejahilan) dan akhirnya melahirkan zuriat/generasi
baru yang bermasalah. Pusingan hayat ini menjadi terus "vicious cycle" dalam
masyarakat. 

Ditambah pula oleh kesan sampingan (side effect) dari pembangunan material
yang terlalu dikejar-kejarkan serta diwar-warkan oleh pihak kerajaan
menghasilkan generasi baru yang terlalu sibuk.
Kesan sampingan pembangunan yang tidak seimbang ini juga telah melahirkan
masyarakat yang secara majoritinya terpaksa menjadi "double-income earner"
dimana kedua ibu-bapa terpaksa menghabis masa untuk mencari nafkah, dan masa
yang terluang untuk keluarga dan anak-anak terlalu sedikit atau hampir
tiada.

Masyarakat sekarang secara amnya tidak mampu untuk menjadi "single-income
earner", terpaksa berlumba-lumba mengejar untuk menampung kos sara dan taraf
hidup yang semakin tinggi.
Yang menjadi mangsa ialah keharmonian institusi kekeluargaan dan anak-anak.
Semuanya atas dasar dan nama pembangunan, kekuatan ekonomi, tetapi atas
tiang dan dasar yang sangat rapuh.

Dengan generasi baru ini, yang mengharapkan didikan agama terlalu dhaif,
didikan dan perhatian yang semakin kurang dari ibu-bapa yang semakin sibuk
mengejar cita-cita demi memenuhi tuntutan dunia dan juga pemimpin yang
mengejar dunia, maka lahirlah generasi-generasi baru yang bermasalah!

Tidakkah Mahathir lupa, siapakah generasi pendidik-pendidik kini?
Adakah mereka terdiri yang terpelajar?
Atau mereka yang terbaik lebih berminat menceburkan diri dalam kareer
korporat atau bisness?
Kalau yang terbaik lebih berminat dalam kareer yang selain dari pendidikan,
maka siapakah yang tinggal didalam arena pendidikan?
Bukankah yang terbaik akan melahirkan yang terbaik begitu juga sebaliknya!

Kalau sistem dan polar masyarakat kini sudah tidak memandang tinggi dalam
arena pendidikan, mampukan sistem melahirkan generasi yang baik?

Tidakkah ini semua lahir dari hasil pembentukan dan pilihan
pemimpin-pemimpin kita yang menjadi "decision maker"?

Tidakkah Mahathir telah mengambil jalan pintas dan menjadikan guru-guru
agama sebagai "scapegoat" untuk diletakkan segala kesalahan bagi memenuhi
agenda politik beliau sendiri!


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke