*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum wbt
Kalau Allah menghendaki, Islam akan tertegak di
malaysia dan wilayah nusantara atas tiket demokrasi.
kalau Allah menghendaki, kerja2 dakwah akan menjadi
mudah tanpa perlu titik peluh para Nabi.
kalau Allah menghendaki, semua manusia dijadikannya
beriman, dan syurga akan dipenuhi dengan anak dan cucu
cicit Adam.
Tetapi Allah menghendaki supaya iman dan takwa itu
melalui ujian dan direntangnya diatas duri2 dan
ranjang2 yang sulit!
Allah menghendaki menjadikan syurga idaman itu mahal
harganya dan perlu syarat jual belinya!
Dan Allah menghendaki dengan menyontohkan manusia
dimana jalan2 ke syurga itu adalah melalui para
perintisnya. Dimana para perintis di kalangan generasi
As sa biqu nal awwa lun telah menginfakkan harta-benda
yang bukan sedikit.
Dimana mereka sanggup dan telah mengorbankan jiwa dan
raga diatas jalan Allah dan Rasulnya!
Lalu kalau benarlah seperti yang dikatakan!, kita
mengucapkan setinggi tahniah kepada para perintis dan
ahli keluarganya!
Dikala sebahagian besar ummat meninggalkan tuntutan
jihad dan mengganggap asing Sunnahnya, berbahagialah
para perintis! kerana menghidupkan Sunnah yang telah
dikuburkan, dengan pahala2 yang akan terus berterusan
sampai keliang lahatnya!.
Berbahagialah para keluarga yang ditinggalkan, semuga
tabah menempuh kehidupan yang sementara!
Dan berbahagialah generasi para pendukung dimana saja
mereka berada, yang akan menyambung jalan yang telah
dirintis, sampai hari kiamat.
--- [EMAIL PROTECTED] wrote: >
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
>
------------------------------------------------------------
> Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a
> friend
>
------------------------------------------------------------
> Time/Date : 8:59:58 AM 24/8/2001 Fri
> Sender Name : somebody
> Sender Email : [EMAIL PROTECTED]
> Mode : plain/text
>
------------------------------------------------------------
>
>
> Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM
>
> Date : 23/8/2001
>
> Dari Afghanistan Ke Bolecistan
> by CDB
>
> [Apabila kerajaan terlalu galak mengembar-gemburkan
> isu KMM
> tentulah ada muslihat di situ. Soalnya mengapa perlu
> diperbesarkan
> sedangkan belum dibuktikan terlebih dahulu. Ini
> adalah satu kesalahan
> di sisi undang-undang kerana mengaibkan orang tanpa
> dibicarakan dulu.
> Lagipun jika benar anggota KMM itu mahu menjatuhkan
> kerajaan dengan
> cara militan - itu masih tidak salah di sisi Islam
> kerana dia cuma
> berniat sahaja.
>
> Bukankah ini ada dalam al Quran? Mengapa Malaysia
> yang mengaku negara
> Islam tidak memakai al Quran? Takkan ketua polis
> negara yang sudah pergi
> haji itu masih belum habis mengaji lagi? Selagi
> tidak ada perbuatan
> ataupun catatan yang meyakinkan, seseorang itu tidak
> boleh dihukum
> sebarangan. Sampai sekarang kerajaan tidakpun
> membicarakan mereka
> yang terbabit kerana semuanya berdasarkan 'niat'
> sahaja.... jika
> tidak sudah lama mereka yang terbabit ini
> dibicarakan sahaja.
>
> Niat itu bukan soal mahluk tapi soal tuhan. Kerajaan
> sekarang sudah
> berlagak seperti tuhan...
> - Editor]
>
>
> DARI AFGHANISTAN KE BOLEHCISTAN..
>
> Pada mulanya saya dah malas nak meneruskan untuk
> menulis tajuk ini.
> Maklumlah, negara kita kini dah terlalu kerap sangat
> menjadi pentas
> sandiwara. Negara ini kini seolah-olah sebuah pentas
> besar yang begitu kerap
> sekali membuat pementasan teater dan sandiwaranya,
> apatah lagi semenjak
> pengarah teater tersebut beralih lokasinya ke
> Putrajaya dari Jalan Dato' Onn
> dulu. Tetapi apabila diminta oleh seorang Serikandi
> Reformasi kita supaya
> saya meneruskan topik ini untuk renungan dan
> tenungan rakyat, maka
> terpaksalah saya meneruskan coretan minda saya untuk
> kesekian kalinya di
> laman-laman reformasi ini.
>
> Pada saya, rentetan kejadian demi kejadian yang
> berlaku semenjak tahun-tahun
> kebelakangan ini tidak lebih dari pementasan sebuah
> teater agung yang
> diarahkan oleh seorang pengarah hebat semata-mata
> untuk meraih sokongan dan
> mengalih perhatian semata-mata. Dan entah kenapa
> pula, semenjak tahun-tahun
> kebelakangan ini juga, apa jua yang muncul di
> 'pentas' itu akan dianggap
> sebagai 'teater' atau ' sandiwara' sahaja oleh
> majoriti rakyat. Dah
> berjangkit dan terkena sindrom 'sandiwara' agaknya
> rakyat Malaysia sekarang
> ini. Dah tertanam dalam minda mereka semua yang
> berlaku adalah 'sandiwara'
> yang dipentaskan. Pelikkan? Tapi itulah
> kenyataannya.
>
> Selepas episod Al-Maunah yang menonjolkan kehebatan
> Jeneral Zaini sebagai
> hero utamanya, manakala Mohd Amin sebagai
> 'crooknya', rakyat dah semacam
> mangli dengan beberapa drama panas yang muncul
> selepas itu. Kalaupun mungkin
> kejadian yang berlaku itu betul sebahagianya atau
> sepenuhnya, maka
> mentaliti rakyat tetap akan menganggap ianya
> 'pementasan teater'
> semata-mata. Parah sekali sebuah kerajaan yang telah
> hilang sama sekali
> integriti dan kredibilitinya. Tambah memburukkan
> keadaan ialah apabila
> 'pelakon-pelakon tambahan' yang bernama polis
> seolah-olah 'over acting'
> dalam memainkan peranannnya sehinggakan 'penonton'
> naik jelak dan menyampah
> ! Episod 'pelancar roket' dan 'grenade' Ezam yang
> masih belum dijumpai
> sehingga kini meskipun sudah lebih 5 bulan 'rusuhan
> ganas' di Bandaraya KL
> meletus semakin menyerlahkan lagi kebebalan 'pelakon
> pembantu utama' yang
> bernama Norian Mai itu, sekali gus memadamkan terus
> kepercayaan rakyat
> terhadap kewibawaannya selaku Ketua Polis Negara.
>
> Dan terkini, bagaikan ledakan bom-bom yang
> digugurkan oleh pesawat-pesawat
> tentera Russia di Afgahanistan dalam tahun 1979
> dahulu, tiba-tiba negara
> digemparkan oleh Norian Mai dengan apa yang
> dinamakan sebagai ancaman
> Kumpulan Mujahidin Malaysia atau ringkasnya KMM.
> Semasa mula-mula muncul di
> 'layar perak', ianya dinamakan KMM. Apabila
> mendapati sambutan penonton
> kurang memberangsangkan, pengarah teater telah
> mengarahkan Norian
> menukarkan tajuknya menjadi KMMM. Makin banyak pulak
> 'Mnya'. Lenyap
> seketika KMM, sebaliknya gempar pula dengan KMMM
> yang 'kununnya' sangat
> militan dan berbahaya. MasyaAllah, orang Islam apa
> nama jadahnya Norian Mai
> ni apabila tidak segan silu menamakan ahli-ahli KMM
> tersebut sebagai
> 'pengganas'. Apa bezanya Norian dengan Ariel Sharon
> yang memanggil pejuang
> Palestine itu sebagai 'pengganas'?
>
> Berhubung dengan apa yang dikatakan sebagai ancaman
> KMMM ini, saya amat
> tertarik dengan pendedahan yang 'tidak disedari'
> oleh Berita Minggu pada 19
> Ogos lepas mengenai biodata seorang anggota
> Mujahiddin tersebut, iaitu Sdr
> Zulkifli @ Musa Abdul Hir yang menjadi buruan
> Norian Mai semenjak minggu
> lepas itu. Apabila membaca artikel tersebut saya
> merasa cukup bangga dan
> syukur kepada Allah s.w.t kerana rupa-rupanya di
> zaman moden ini, di zaman
> ledakan teknologi maklumat ini dan di zaman dunia di
> mana anak-anak mudanya
> begitu asyik maksyuk dengan dunia hiburan dan
> berpoya-poya, rupa-rupanya
> masih ada di antara kita yang begitu kental semangat
> jihad dan kecintaannya
> terhadapa Allah dan RasulNya. Saya memetik kembali
> tulisan tersebut untuk
> pembaca menilainya kembali manusia yang digelar
> oleh Norian Mai sebagai
> 'pengganas' itu.
>
> 'Zulkifli minat jadi pejuang sejak kecil (BM:19 Ogos
> 2001)
>
> KUALA LUMPUR: Zulkifli @ Musa Abdul Hir yang didakwa
> menjadi ketua kumpulan
> militan Malaysia (KMM) dikatakan menunjukkan minat
> menjadi pejuang jihad
> sejak di bangku sekolah lagi. Dia melanjutkan
> pelajaran ke Amerika Syarikat
> selepas berjaya mendapat biasiswa kerajaan, dan
> sekembalinya ke tanah air
> di bekerja sebagai jurutera di Telekom Malaysia.
> Sumber memberitahu Berita
> Minggu Zulkifli pernah belajar di Sekolah Datuk
> Abdul Razak Seremban
> dari 1979 hingga 1983 dan sejak itu dia sering
> memperkatakan mengenai
>
=== message truncated ===
____________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.co.uk address at http://mail.yahoo.co.uk
or your free @yahoo.ie address at http://mail.yahoo.ie
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: =?iso-8859-1?q?hadi=20hadad?= <[EMAIL PROTECTED]>