*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenyataan Media Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Berhubung Kenyataan Ahmad Fawzi Basri
Cubaan Pengaruhi Pelajar Angkat Senjata
--------------------------------------------------------------------------------
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dukacita dengan
kenyataan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia
(UUM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Mohd. Basri yang
disiarkan beberapa akhbar hari ini. Kenyataan itu
membawa implikasi JIM mempengaruhi pelajar untuk
mengamalkan pendekatan bersenjata untuk menegakkan
negara Islam.
JIM ingin menegaskan ia akan terus mendukung cita-cita
dan aspirasi Islam yang unggul melalui pendekatan yang
dibenarkan syarak dan tidak bertentangan dengan lunas
perlembagaan negara. Sebarang andaian atau kenyataan
yang mengaitkan JIM dengan pendekatan militan adalah
tohmahan dan fitnah yang tidak berasas.
JIM juga amat kesal Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi telah
tidak memetik kertas kerja "Ke Arah Pemantapan
Mahasiswa Du�at" dengan tepat. Akhbar melaporkan
petikan beliau sebagai, "Di Malaysia, jihad memerlukan
keberanian menyatakan kezaliman, mendedahkan
penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan hak rakyat yang
menjadi-jadi. Hatta bukan mustahil, sampai ke tahap
penggunaan kekerasan dan senjata.".
Sedangkan kertas kerja menyebut, "Saya ingin
memperingatkan anda bahawa jihad memperjuangkan
penegakkan sebuah negara Islam tidak semestinya dengan
mengangkat senjata. Jihad ini mestilah dilakukan
sesuai dengan tuntutan semasa dan setempat. Dalam
konteks negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi,
jihad yang kita perlukan ialah memberi kesedaran
kepada rakyat bahawa hanya Islam yang mampu
menyelesaikan masalah ummah. Jihad di negara ini
memerlukan keberanian menyatakan kezaliman yang
berlaku, mendedahkan penyalahgunaan kuasa yang
berleluasa, penyelewengan hak rakyat yang sudah
menjadi rahsia umum. Walaupun bukan mustahil, saya
berpendapat jihad di negara kita belum sampai ke tahap
penggunaan kekerasan dan senjata."
Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi juga menyatakan penulis
kertas kerja merujuk kepada sebuah buku Arab yang
diterjemah kepada bahasa Melayu sedangkan penulis
tidak merujuk kepada buku tersebut atau terjemahannya.
Hakikat petikan tidak jujur dan mengada-adakan rujukan
yang tidak wujud amat malang dan boleh menjejaskan
wibawa dan nama baik institusi akademik yang dipimpin
oleh Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi.
JIM mengunjurkan akhbar akan memaparkan reaksi dan
gesaan yang negatif terhadap JIM ekoran kenyataan
Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi ini. Ini amat malang
kerana ia berasaskan maklumat yang tidak tepat.
JIM berharap peristiwa seperti ini tidak berulang. JIM
adalah pertubuhan yang berdaftar dan berusaha untuk
menjadi anggota masyarakat madani (civil society) yang
bertanggungjawab.
Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom
Presiden JIM
=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>