*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SYABAS kepada PAS kelantan kerana PUTIK telah selesai di rasmikan.
hari ini 26/8/2001 , seperti hari-hari sebelum ini selepas setiap program di
PUTIK hadiah kepada penduduk sekitarnya adalah longgokan sampah sarap yang
bertaburan di tepi jalan yang menyakitkan mata setiap yang lalu lalang.
Penganjur seolah tidak nampak sampah ini atau pun longgokan sampah sarap ini
, di mata penganjur seolah-olah kelihatan seperti bunga-bungaan yang
menghiasi jalan raya yang merupakan seperti landscape yang menarik.

Seperti yang sebelum ini , saya jangka tidak ada siapa yang pedulikan sampah
ini sehingga hujan lebat datang dan menghanyutkannya kedalam longkang dan
akhirnya menyumbatkan longkang berhampiran. Kadang-kadang kalau tiada hujan
sampah sarap ini dapat di lihat sehingga 3-6 bulan. Adakah ini cara nya
supaya 'event' ini diingati? dengan sampah sarap ini PLAK perasmian.
Terpulang pada empunya untuk menilainya.Ini hanyalah teguran ikhlas dari
saya sebagai orang yang saban hari melalui kawasan ini. Islam Syumul dan
meliputi seluruh aspek kehidupan, Kalau PAS mengatakan orang lain tolak
sebahagian daripada Islam, maknanya PAS juga tak amalkan sebahagian dari
tuntutan Islam dalam aktiviti harian.

Fenomena sampah ini bukan saja berlaku di sini malah setiap selepas ceramah
.Tolong ajarkan juga kesedaran sivik terutama dalam aspek kebersihan kepada
setiap ahli di semua lapisan supaya ia menjadi contoh bagi semua orang.

TQ

Ismail










----- Original Message -----
From: mraza-p <[EMAIL PROTECTED]>
To: hizb-l <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, September 05, 2001 12:33 PM
Subject: H-Net* Program Perasmian Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Assalamu'alaikum,
>
>         Disertakan di sini maklumat berkenaan Majlis Perasmian Dewan
> Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa pada 23
> Ogos 2001 jam 9.00 malam. Pihak Pimpinan PAS Kelantan akan hadir di
> majlis perasmian tersebut:
>
> Aturcara:
>
> 07.25 malam:     Solat Maghrib Berjemaah, Bacaan Al-Quran 30 Juzuk
> 08.31 malam:     Solat Isyak berjemaah & Solat Hajat diimamkan oleh
>                  YB Ust. Muhammad bin Daud
> 10.00 malam:     Ucapan YB Dato' Hj. Abd. Halim b. Abd. Rahman
>                  Pengerusi J/K Pembinaan PUTIK
> 11.00 malam:     Ucapan Perasmian Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan
>                  oleh YAB Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abd. Aziz b. Nik
>                  Mat-Mursyidul AM/Pesuruhjaya PAS Kelantan.
>
> Justeru, hasrat pihak pimpinan untuk mengadakan satu slot iaitu
> memancarkan penerimaan e-mel di skrin besar dewan putik pada majlis
> perasmian tersebut.
>
> E-mel tersebut yang berupa ucapan terima kasih, penghargaan, tahniah,
> pandangan, komen serta nasihat-nasihat daripada pihak Pelajar Luar
> Negara,Jemaah Islam luar negara dan juga masyarakat seluruh dunia di
> atas kejayaan dan tanda syukur atas terlaksana dengan jayanya
> pembinaan sebuah Pusat Tarbiyah Islamiah yang terbesar di Kelantan
> serta ucapan bersempena dengan usia penubuhan PAS Malaysia 50 tahun.
>
> Hantarkan E-Mail anda ke :
>    [EMAIL PROTECTED]
>      atau
>    [EMAIL PROTECTED]
>
>
> Sekian, wassalam
> Mohd Roslan bin Mohd Zain
> BPPNK
>
> P/s: Aturcara Jubli Emas PAS Peringkat Negeri Kelantan dan Peringkat
> PAS PUSAT sila lawat laman web PAS Kelantan di
> http://kelantan.parti-pas.org/
>
>
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: mraza-p <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke