NUTP memberi kenyataan yang lebih masuk akal mengenai gejala sosial di sekolah. Bukan macam hamba Allah tu yang terus-menerus asyik menyalahkan guru-guru agama sebagai punca masalah (gejala sosial, black metal, dsb) tanpa mempunyai kajian yang lebih tepat.
 
Inilah masalahnya kalau sistem pendidikan iaini termasuk kebajikan para pendidik sendiri tidak diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Pendidik yang tidak bermutu, tidak berdisiplin masakan dapat melahirkan anak murid yang bermutu & berdisiplin (generally speaking!).
In simple words, kalau guru adalah dari SPM gred 3, agak-agaknya berapakah kebangkalian untuk melahirkan murid-murid gred 1?
 
Bukan tujuan saya nak memperlekehkan guru-guru yang pencapaian akademik yang tidak cemerlang (ada juga guru yang akademik tidak cemerlang tetapi mutu dan teknik pengajian cemerlang). Tetapi secara amnya, beginilah jadinya apabila profesyen guru tidak lagi menarik (profesyen guru sudah menjadi profesyen 2nd atau 3rd class), pendapatan yang kecil dan tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan.

Gejala seks di sekolah serius -- Ia melibatkan semua pihak daripada pelajar sehingga pengetua - NUTP

SEREMBAN 26 Ogos - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan gejala seks di sekolah sangat serius kerana ia melibatkan semua pihak daripada pelajar sehingga pengetua.

Sumber memberitahu, keadaan itu diburukkan lagi apabila perbuatan seks tersebut sering kali disembunyikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dari pengetahuan umum atau Kementerian Pendidikan.

Menurut sumber itu, gejala seks di sekolah bukan sahaja membabitkan pelajar dengan pelajar tetapi juga guru dengan guru, guru dengan penolong kanan dan pengetua sekolah itu sendiri.

Katanya, gejala ini berlaku sejak 1995 lagi tetapi ia tidak diberi perhatian kerana sentiasa cuba dilindungi.

``Kebanyakan kes seks di antara guru, penolong kanan, guru besar dan pengetua di sesebuah sekolah sering kali disembunyikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri,'' katanya di sini hari ini.

Justeru, menurutnya masalah seks di sekolah pada masa ini dianggap sangat serius kerana ia melibatkan semua warga sesebuah sekolah.

Kata sumber itu, tindakan keras yang diambil oleh JPN hanyalah menukarkan guru-guru yang terlibat ke sekolah lain tanpa mengambil tindakan disiplin atau melaporkan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam atau sebagainya untuk tindakan selanjutnya.

Ujar beliau, tindakan JPN ini tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi sebaliknya akan membuatkan guru-guru bertambah berani untuk melakukan atau mengulangi perkara tersebut.

Jelasnya, masalah ini dirumitkan lagi apabila Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang juga mengetahui perkara tersebut cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan umum atau daripada pihak berkuasa.

``Masalah ini bukan sahaja terlibat di sekolah di kawasan bandar tetapi juga di sekolah-sekolah luar bandar yang sepatutnya mempunyai nilai-nilai baik yang lebih tinggi daripada sekolah di bandar, malangnya ini tidak berlaku,'' katanya kesal.

Sehubungan itu, beliau meminta Kementerian Pendidikan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk membendung masalah ini.

Tambahnya lagi, sekiranya tidak dibendung ia akan menjejaskan nama baik institusi sekolah di negara ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Kirim email ke