*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


-----Original Message-----
From: Isyahamimi Nur Bt. Ishak [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, August 28, 2001 4:52 PM
To: '[EMAIL PROTECTED]'
Subject: RE: H-Net* Problem 1: suami orang......adalah bakal suami saya


lagi satu, jangan terlalu percaya dengan lelaki macam ni... kalau dua-dua
dia nak, nampak sangat cinta,kasih & sayang dia berbelah bagi. mana boleh
macam tu kan... masa kita sama-sama muda, sumpah tak cari lain. bila sudah
berumur, nak yang muda jugak... kalau macamni kaum wanita kenalah pasang
badan, supaya sentiasa muda... kita pun kena berubah jugak,, sentiasa
mantain... orait!

bye...isya

> -----Original Message-----
> From: Salasiah binti Kisman [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Tuesday, August 28, 2001 9:18 AM
> To:   chief;
> Subject:      RE: H-Net* Problem 1: suami orang......adalah bakal suami
> saya
> Importance:   High
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalammualaikum
> Pada pendapat saya, sekiranya anda berkahwin jugak mungkin anda tidak akan
> merasa bahagia, anda mungkin dapat membahagiakan bakal suami sahaja
> ,itupun
> mungkin ,tetapi tidak mungkin akan membahagiakan ibubapa anda , dan
> ibubapa
> bakal mertua anda.  Pada pandangan saya sesebuah keluarga akan bahagia
> sekiranya diterima oleh semua pihak , sekiranya ada sesetengah pihak yg
> tidak menyenangi akan perkahwinan ini , bagaimana saudari hendak membina
> sebuah keluarga yg bahagia. Cthnya , sekiranya bakal mertua anda tidak
> berapa suka dgn perhubungan ini, bagaimana anda hendak menjalinkan
> hubungan
> yg baik dgn mereka, saudara mara?  saya pasti menjadi org ketiga yg tak
> direstui oleh keluarga adalah sukar utk mengecapi kebahagian, kenapa saya
> berkata sedemikian ,cthnya sekiranya anda tetap meneruskan perkahwinan ini
> ,
> tanpa keizinan isteri tuanya, saudara mara ,ibu bapa bagaimana anda dapat
> bergaul dgn mereka sekiranya mereka bersikap dingin terhadap diri anda,
> ini
> akan membuatkan hidup anda akan bertambah tertekan..cthnya hidup
> berkeluarga
> mesti ada kenduri kendara bagaimana pada masa itu saudara mara sebelah
> bakal
> suami anda mengadakan kenduri kendara, sekiranya anda tidak berapa baik
> hubungan dgn isteri serta tidak disukai oleh saudara mara sebelah bakal
> suami anda bagaimana anda hendak bergaul dgn mereka ,dan saya percaya
> sekiranya diberi pilihan hanya isteri tua sahaja akan dibawa kesana, anda
> akan tersisih , ini menambahkan lagi tekanan hidup pada diri
> anda...sekiranya dua dua dibawa kemajlis itu saya percaya layanan isteri
> tua
> akan lebih daripada anda kerana dia telah lama bergaul dgn saudara mara
> sebelah suami anda kerana dia telah lama berkahwin dgn bakal suami anda.
> Anda akan berasa kecewa dalam situasi begini, sedangkan sebelum anda
> berkahwin pun anda telah hadapi banyak kritikan halangan yg membuat hidup
> anda rasa tertekan, bagaimana pula anda ingin meneruskan perkahwinan ini
> sekiranya pekara yg saya sebutkan tadi akan terjadi pada diri anda,
> Bagaimana pula anda yakin bahawa bakal suami anda tidak boleh hidup tanpa
> anda, melalui kata katanya? Anda tidak seharusnya boleh mempercayai kata
> kata manis lelaki 100%. Hidup mati ketentuan tuhan, tidak bermakna
> sekiranya
> dia tidak dapat berkahwin dgn anda dia tidak dapat hidup lagi, dia akan
> memikirkan bahawa dia mempunyai tanggungjawab yg lebih besar sekiranya dia
> tak nak hidup lagi ,anak-anak , bagaimana dia dapat melupakan
> tanggungjawabnya terhadap anak-anaknya semata mata kerana anda.
>
> Lagi satu, saya nak tanya sekiranya anda berkahwin dgn bakal suami ,
> sekiranya anda diperlakukan sedemikian, sama seperti apa yg terjadi pada
> isteri tua , apa perasaan anda, cthnya sekarang nih bakal suami anda
> mempunyai seorg lagi kekasih, apa perasaan anda,
>
> Saya harap anda berfikirlah semasak masaknya sebelum membuat keputusan,
> bagi
> saya (mungkin anda kata , tidak kena batang hidung sendiri lagi) anda
> cubalah melupakan bakal suami anda itu kerana pada pendapat saya dia perlu
> beri kebahagian kepada anak anaknya , dia sudah mempunyai anak, saudari
> harus paham kerana dia sudah bekeluarga. Saya pernah dengar ceramah
> motivasi
> agama setiap pagi di tv3 oleh Ustazah lawa orgnya lupa la nama dia la nih
> dah ada pangkat Datok.  Sekiranya anda mencintai Allah lebih daripada
> segalanya , anda tidak akan merasa kehilangan, kesusahan. Kerana cinta
> manusia tidak akan kekal.  Pada pandangan saya cubalah anda melupakan
> kekasih anda itu dgn mendekatkan diri dgn Allah, cuba membusykan diri anda
> ,
> insyallah berkesan. Kerana pada pandangan saya tidak akan rasa bahagia
> sekiranya perkahwinan yg tidak direstui. Itu pandangan saya, saya harap
> anda
> dapatlah cari org yg bujang seperti anda. Sekiranya kata kata saya ni
> menyinggung hati mana2 pihak saya memohon ampun dan maaf dari hujung kaki
> hingga hujung rambut. Sekian
>
> Wassalam
>
> -----Original Message-----
> From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]On Behalf Of
> chief
> Sent: Tuesday, August 28, 2001 12:19 AM
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* Problem 1: suami orang......adalah bakal suami saya
>
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Salam
>
> Ini ada satu emel yang lain dari yang lain. Untuk mereka mereka yang penat
> bertekak tentang hal ehwal semasa, mungkin akan bertemu sedikit kelainan
> dengan emel ini. Semoga ada pandangan positif dan negatif..Chief
>
>
> -------------------------------------
> From:
> Date: 10:10 pm on Aug. 26, 2001
>
> ASM semua....
> saya ingin meminta pandangan dan nasihat dr rakan2 semua ttg masalah saya
> ini.
> saya mempunyai teman lelaki yang telah beristeri dan punya 4 anak. saya
> tahu
> ramai yg menyalahkan saya krn menjalinkan hubungan dgn suami orang. dia
> berumur awal 40-an dan 20 tahun lebih tua drp saya. isterinya sebaya
> dengannya. dalam hal ini, saya bukan sengaja memilih suami org utk
> dijadikan
> kekasih. saya juga tidak ingin perkara spt ini berlaku. saya juga ingin
> kehidupan yg normal spt org lain ttp takdir telah menemukan saya dgn dia.
> pasti anda semua memandang hina pd saya, menganggap saya perampas, perosak
> r/tangga org, gatal, miang dan sebagainya. saya tahu pasti para isteri
> bencikan saya. saya sedar saya menjadi bahan kejian.
>
> apabila berlaku kes spt ini, semua org akan menyalahkan pihak ketiga
> (saya)
> dan memenangkan si isteri. itulah lumrah. tiada siapa cuba memandang
> secara
> rasional mengapa si suami mahu berkahwin lagi ataupun bg sesetengah kes,
> mengapa si suami PERLU berkahwin lagi. maka, r/tangga yg aman akhirnya
> huru-hara. keadaan menjadi lebih sukar apabila semua pihak ingin
> menegakkan
> hak dan kemahuan masing2. si isteri tidak rela dimadukan dan kalau
> dimadukan
> sekalipun, dia tidak mahu apa yg diperolehi olehnya selama ini menjadi
> berkurang (semua aspek termasuk giliran malam)manakala saya tidak sanggup
> tidur malam sendirian (hanya waktu siang diberi kpd saya sedangkan kami
> sama2
> bekerja siang). si suami pula bertegas mahu kedua-duanya (saya dan
> isterinya).
> dia tidak boleh hidup tanpa isteri dan anak2nya tetapi pada masa yg sama
> dia
> juga tidak boleh hidup tanpa saya!
>
> bukankah kalau kita benar2 sayangkan suami kita, kita mahu melihat dia
> gembira, bahagia? sekiranya dia bercerai dgn isterinya, saya tahu saya
> tidak
> dapat hidup gembira kerana hidupnya tidak lengkap tanpa anak dan
> isterinya.
> begitu juga sekiranya dia tidak dapat berkahwin dengan saya. ya, dia masih
> boleh hidup seperti biasa tetapi sebahagian drp dirinya hilang bersama
> pemergian saya.
>
> sepanjang perhubungan ini, saya banyak berendam air mata, tertekan, sedih,
> rasa bersalah kepada isterinya, rasa malu kerana menghampakan ibu bapa
> saya(yg
> mengharapkan saya seperti anak org lain, kahwin dgn lelaki bujang)serta
> dikeji
> kawan2. tetapi saya tidak dapat lari daripada dia krn saya menyintainya.
> saya
> menyintainya sepenuh hati, melebihi sayang saya pd ibubapa tercinta. bukan
> kami tidak mencuba utk melupakan perhubungan ini. sudah berkali2 ttp
> akhirnya
> kami kembali bersama semula. sungguh sukar. saya menjadi begitu tertekan
> hingga merasa tiada semangat utk hidup lagi, saya seolah-olah manusia yg
> bernyawa tetapi sudah mati di dalamnya.
>
> seboleh mungkin, saya tidak mahu mengguris hati isterinya. saya mahu
> isterinya
> gembira. apa yg saya minta ialah spy dia redha dgn perhubungan kami.
> semuanya
> sudah berlaku. saya terima semua kemarahannya ke atas saya, kekecewaan
> ibubapa
> saya, herdikan saudara-mara, kedinginan bakal mertua dan semuanya hanya
> kerana
> saya berhak terima semua itu. kalau itu balasan atas dosa2 saya, saya
> terima
> dengan redha.
>
> saya tidak nafikan ada suami yg sengaja berfoya2 krn mrk punya kuasa
> (poligami). saya kutuk suami spt ini dan bersimpati dgn isteri yg
> mempunyai
> suami seperti ini. tetapi sekiranya suami anda berkemampuan dan memang
> tidak
> mampu berpisah dgn kekasihnya serta berhasrat utk berkahwin dgnnya ttp
> anda
> menghalang niatnya, adakah anda sanggup bersama2 menanggung dosa mereka
> sekiranya mrk melakukan perkara2 maksiat? anda tentu tahu resam bercinta.
> walau sekuat manapun pertahanan si lelaki atau wanita, syaitan akan terus
> menggoda juga. tidak banyak, sedikit pasti berlaku kemaksiatan. sekiranya
> anda
> dengan pelbagai cara, berjaya memisahkan suami anda dari kekasih anda,
> bolehkah anda hidup tenang sedangkan anda tahu anda cuma mendapat
> jasadnya,
> bukan hatinya? puaskah hati anda? dan itukah yg anda mahu? jasadnya?
> bukankah
> hatinya yg anda ingin tawan? bukankah sekiranya anda memahami kehendak
> suami
> anda dan membenarkan dia berkahwin, akan menambahkan lagi rasa sayang
> suami
> anda kepada anda? bukankah suami anda akan rasa bertuahnya mempunyai
> seorang
> isteri sebaik anda? bukankah ini akan membuat suami bertekad utk menyintai
> dan
> menjaga hati anda sebaik-baiknya kerana anda sanggup berkorban sehingga ke
> peringkat ini?
>
> saya hanya meminta pengertian drp anda semua. saya tidak ingin melukakan
> hati
> sesiapa. saya tidak pernah meminta agar diberi jodoh sebegini. sekiranya
> kami
> berjaya berkahwin, saya ingin membahagiakan hati isteri pertamanya. saya
> ingin
> ubati hatinya yg terhiris. saya ingin jadi temannya. tapi saya tahu dia
> tidak
> mungkin sukakan saya, malah bayang saya pun kalau boleh tidak mahu
> dilihatnya.
>
> ----------------------
> END
>
> ------------------------------------------------------------
>  Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
>                 http://MailAndNews.com
>
>  Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
>  POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
> ------------------------------------------------------------
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Salasiah binti Kisman" <[EMAIL PROTECTED]>
The information in this Internet email is confidential and may be legally
privileged. It is intended solely for the addressee. Access to this Internet
email by anyone else is unauthorised.  If you are not the intended
recipient, any disclosure, copying, distribution or any action taken or
omitted to be taken in reliance on it, is prohibited and may be unlawful.
When addressed to our clients any opinions or advice contained in this
Internet email are subject to the terms and conditions expressed in any
applicable governing Aetna Universal Insurance terms of business or client
engagement letter.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Salasiah binti Kisman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke