*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMMUALAIKUM...
SUNGGUH PANDAI ASTORA JABAT BERBICARA. KALAU ASTORA BERPENDAPAT "MAKIN KUAT
UGAMA MAKIN ROSAK AKHLAK", MAKA RASANYA BIARLAH KITA NASIHATKAN RAKYAT
MALAYSIA YANG BERUGAMA ISLAM AGAR JANGAN TERLALU KUAT UGAMA... IKUTLAH MACAM
ASTORA JABAT... SUDAH TENTU NANTI RAKYAT MALAYSIA AKAN MENJADI BAGUS
AKHLAKNYA.... JADILAH MACAM YANG BERLAKU KAT RESTORAN THE SHIP, JADILAH
MACAM SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2000 YANG PENUH DENGAN MAKSIAT SEDANGKAN KETIKA
ITU ADALAH BULAN RAMADHAN... ITU AGAKNYA KEHENDAK ASTORA JABAT...
BAGUSLAH MU ASTORAAAAAA.....
>
>ASsalamu alaikum ....
>
>Itu Astora yang kata..... Kalau tidak begitu, dah tentu bukan Astora
>namanya ! Meskipun banyak dolak-dalih kononnya bukan nak kata semua orang
>yang kuat berpegang kepada agama, tapi sesiapa sahaja yang peka dengan
>teknik propaganda UM akan perasan bahawa maksudnya dalah untuk membuat
>pembaca melompat ke satu kesimpulan mudah yakni " semua orang kuat agama
>sebenarnya rosak akhlak".
>
>
> =================
>Makin kuat agama makin runtuh akhlak
>
>Oleh: ASTORA JABAT
>
>APA sudah jadi kepada umat Islam hari ini yang semakin kuat beragama tetapi
>semakin merosot pula akhlak dan etika mereka?
>
>Di manakah letaknya kaitan yang rapat antara agama atau teologi dengan
>akhlak atau etika seperti yang kita semua pernah pelajari secara formal dan
>tidak formal?
>
>Bercakap tentang kaitan antara agama dan akhlak ini, penulis percaya tiada
>sesiapa pun dapat menyangkalkannya sama ada orang Islam mahupun orang bukan
>Islam.
>
>Sepatutnya semakin tinggi kesedaran beragama seseorang semakin tinggi pula
>kesedaran akhlak mereka. Begitu juga sepatutnya semakin luntur kefahaman
>agama seseorang, maka semakin luntur pula moralitinya.
>
>Contoh kaitan agama dengan akhlak ini dapat dilihat dalam sunah Rasulullah
>s.a.w. yang membincangkan bahawa orang yang mempunyai akhlak paling mulia
>itu adalah orang yang paling bertakwa.
>
>Seorang sahabat bertanya Rasulullah, siapakah orang yang paling mulia
>wahai Rasulullah? Baginda menjawab: ``Yang paling bertakwa di kalangan
>mereka.''
>
>Dalam satu riwayat lain seorang sahabat pula bertanya Rasulullah siapakah
>sebaik-baik manusia. Baginda menjawab: Yang paling mulia di kalangan kamu.
>(Abdullah bin Muhamad Abu al-Bakr al-Qurasyi, Makarim al-Akhlaaq, muka
>surat
>18, Maktabah al-Quran, Kaherah, 1990.)
>
>Abu `Awanah dalam musnadnya pula melaporkan bahawa Rasulullah menjadikan
>akhlak itu sebahagian daripada iman. (Abu `Awanah, jilid 1, muka surat 61,
>Dar al-Ma'rifah, Beirut, 1997.)
>
>Jadi dengan itu jika kita menerima kaitan antara agama/teologi dan
>akhlak/etika itu bererti kita menerima iman dan Islam kerana kedua-dua
>tidak boleh dipisah dan diasingkan antara satu sama lain.
>
>Namun demikian, kenyataan yang dihadapi oleh umat Islam hari ini jauh
>berbeza dengan yang disebut dalam ajaran Islam di atas. Gejala itu mula
>dibawa arus kebangkitan agama yang bermula di Iran pada tahun 1979.
>
>Fenomena ini bukan saja berlaku di negara ini, tetapi di semua negara
>Islam di seluruh dunia.
>
>Dengan demikian tidak keterlaluan agaknya jika penulis menyimpulkan di
>sini bahawa kebangkitan agama yang berlaku sekarang walaupun ada banyak
>aspek agama yang positif berjaya digerak dan dipecutkan ke depan dalam masa
>lebih 20 tahun yang lalu, tetapi yang paling jelas ialah kemerosotan akhlak
>dan etika turut tergerak dan terpecut bersama.
>
>Fenomena ini tidak saja berlaku di kalangan umat Islam, tetapi berlaku
>juga di kalangan umat-umat agama lain. Ini kerana kebangkitan agama yang
>bermula di kalangan umat Islam menjadi fenomena sejagat yang mampu
>merangsang dan mempengaruhi umat-umat agama lain.
>
>Penulis sudah lama menggaru kepala mengenai fenomena ini kerana penulis
>berasa pelik bagaimana orang yang kelihatan kuat agama boleh menjadi
>merosot
>akhlak atau etika mereka.
>
>Penulis akui tidak semua orang yang kuat agama menjadi merosot akhlak atau
>etika mereka, tetapi ramai yang menjadi begitu.
>
>Sebagai contoh, beberapa lelaki yang penulis kenal baik ketika mereka
>masih tidak kuat agama, penulis dapati mereka adalah orang yang peramah dan
>baik dengan semua orang. Tetapi bila mereka mula mendekati agama, mereka
>menunjukkan sikap pendiam, kurang bercakap dan suka mengasingkan diri
>daripada orang ramai.
>
>Malah jika ada di kalangan mereka menjadi ahli atau penyokong sebuah parti
>politik pembangkang yang menggunakan label agama, mereka akan menjauhi dan
>memutuskan hubungan dengan orang lain yang dianggap tidak menyokong parti
>mereka.
>
>Di negara-negara Arab lebih jelas lagi gambaran orang-orang kuat agama
>ini. Selama lebih 20 tahun penulis tinggal bersama orang Arab, penulis
>dapat menyaksikan perubahan mentaliti yang ganjil ini.
>
>Sebenarnya kita sudah terbiasa membuat kesimpulan mudah bila membincangkan
>tentang kemerosotan akhlak atau etika dalam masyarakat. Kita akan berkata
>bahawa kerana tidak terdedah kepada ajaran agama sebaik-baiknya serta
>kerana
>berleluasa bermacam-macam kemungkaran dalam masyarakat, ia menyebabkan
>akhlak merosot.
>
>Penulis menafikan dakwaan itu. Sepatutnya kebangkitan agama atau pegangan
>kuat seseorang terhadap agama menjadi penyumbang lebih utama dalam
>membentuk
>sahsiah yang tabah, cekal dan kuat imuniti agama yang mampu menjadikan umat
>Islam kuat dalam berhadapan dengan segala pancaroba dunia termasuk
>bermacam-macam kemungkaran walaupun betapa besar kemungkaran itu.
>
>Ambil contoh bagaimana orang Arab yang ummi (buta huruf) dan jahiliah
>(buta agama) boleh berubah bila mereka menjadi orang kuat agama setelah
>mempelajari ajaran Islam daripada Rasulullah s.a.w. dan kemudian berupaya
>membentuk sahsiah yang tabah, cekal dan kuat imuniti agama.
>
>Begitu juga kita boleh mengambil contoh daripada ulama-ulama besar lagi
>muktabar seperti imam-imam empat mazhab yang terkenal itu iaitu Imam
>asy-Syafi'i, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah.
>
>Kita selalu mendakwa kita berpegang kepada al-Quran, sunah dan amalan
>sahabat dan ulama besar lagi muktabar, tetapi kenapa akhlak atau ketika
>kita
>teruk dan bercanggah dengan yang disebut dalam al-Quran, sunah dan amalan
>sahabat dan ulama besar lagi muktabar?
>
>Sebenarnya berdasarkan pembacaan dan penyelidikan penulis, agama atau
>teologi dan akhlak atau etika tidak mempunyai jawapan kepada semua
>permasalahan yang dihadapi manusia kecuali dalam hal-hal ibadat dan
>segelintir perkara yang mempunyai hukum yang muktamad.
>
>
>Selain ibadat, agama, teologi, akhlak atau etika mempunyai nas-nas umum
>yang
>mengandungi hukum yang luas dan boleh dirobah dan ditukar ganti mengikut
>kesesuaian tempat dan zaman. Berpandukan hukum nas-nas umum (konsep umum
>Islam) inilah para ulama berijtihad untuk mencipta hukum-hakam yang sesuai
>dengan tempat dan zaman sesebuah masyarakat dan negara.
>
>Tergolong daripada nas-nas umum yang boleh digunakan untuk membuat hukum
>yang sesuai dengan tempat dan zaman ialah nas al-Quran yang menyebut
>tentang keadilan (al'adl) dan nas hadis yang menyebut bahawa para sahabat
>lebih mengetahui daripada Rasulullah mengenai urusan dunia.
>
>Jadi ini bererti agama atau teologi dan akhlak atau etika tidak memberi
>jawapan kecuali mengenai ibadat dan segelintir perkara yang mempunyai hukum
>yang muktamad, tetapi ia menuntut dibincangkan jawapan-jawapan yang sudah
>ada serta pertanyaan-pertanyaan yang perlu kepada jawapan baru.
>
>Itu yang disebut oleh para ulama bahawa kita bukan saja perlu faham
>syariah yang merupakan hukum-hakam Allah itu, tetapi kita juga perlu
>memahami fiqaq syariah (fiqh asy-syari'ah) iaitu memahami cara dan
>pendekatan untuk melaksanakan hukum-hakam Allah di dalam masyarakat.
>
>Ada hukum yang perlu diutamakan dan ada hukum yang tidak perlu diutamakan.
>
>Malah ada juga hukum kerana sebab-sebab tertentu tidak perlu dilaksanakan.
>Ini juga yang dipanggil siasah syariah (politik syariah) iaitu mendahului
>siasah ke atas syariah.
>
>Kerana kita hanya mencari jawapan terbatas dan tidak membincangkan jawapan
>serta pertanyaan-pertanyaan baru yang perlu kepada jawapan yang sesuai
>dengan tempat dan zaman kita, maka terjadilah suatu kebangkitan agama yang
>beku tanpa berlaku kebangkitan akhlak atau etika seperti yang berlaku
>sekarang.
>
>Kebangkitan agama sekarang adalah kebangkitan agama yang mematikan
>kreativiti dan dinamika orang beriman dalam berteologi dan beretika.
>
>Dengan itu tidak hairan jika kita ketandusan ilmuwan agama yang rasional.
>
>Yang ada ialah ilmuwan agama tidak rasional sama ada yang dipanggil ustaz
>mahupun yang dipanggil ulama, mufti dan tok guru. Mereka hanya tahu membawa
>jawapan daripada catatan kitab-kitab lama agama, tetapi tidak tahu membawa
>jawapan di luar teks-teks agama itu.
>
>Mereka langsung tidak membincangkan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan
>kepada mereka. Malah, orang yang membangkitkan pertanyaan-pertanyaan baru
>mungkin kena marah atau ditempelak.
>
>Silap haribulan orang itu akan dihukum dengan bermacam-macam hukuman.
>
>Ini kerana pada pandangan ilmuwan agama yang bermentaliti tekstual
>(nususi) dan satu haluan pemikiran (uhadiah al-fikr), orang mesti menerima
>bulat-bulat apa yang diungkap oleh mereka tanpa boleh bertanya dan
>berbincang apa-apa.
>
>Kerangka pemikiran seperti ini terdapat di kalangan ramai orang Islam di
>seluruh dunia dan dengan itu tidak hairan jika di tengah-tengah semangat
>agama yang berkobar-kobar ini akhlak atau etika masyarakat merosot dan
>runtuh.
>
>Mungkin sebuah seminar atau persidangan perlu diadakan untuk membincangkan
>perkara ini. Penulis rasa Jakim, Yadim dan IKIM adalah pihak yang paling
>layak untuk menjadi penganjurnya.
>
>UMNO, Pas dan lain-lain pihak juga boleh menjadi penganjur seminar atau
>persidangan itu memandangkan isu ini menyentuh semua pihak.
>
>
>
>
>
>
>
>
>_________________________________________________________________
>Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
>
>
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "amari claude" <[EMAIL PROTECTED]>