|
APALAH ERTINYA 44 TAHUN MERDEKA?
(Dedikasi khas kepada
Keluarga pejuang Keadilan..)
Apalah ertinya
44 TAHUN MERDEKA tanpa suami ?
Bukan saja
rangkulan kasih sayangnya yang di igaukan,
Lebih dari itu,
Ia
bererti..
Tanpa
kehadirannya disisi..
Tanpa suara dan
senda guraunya..
Tanpa senyum dan
tawanya..
Apalah ertinya
44 TAHUN MERDEKA tanpa suami ?
Apabila anak
saban hari bertanyakan..
"Ibu, bila ayah
kan pulang?"
Kawan-kawan
semuanya ada ayah..
Untuk hantar dan
jemput ke sekolah..
Untuk uruskan
semua yuran persekolah..
Mengimamkan
Solat hajat bila tiba waktu peperiksaan.
Apalah ertinya
44 TAHUN MERDEKA tanpa suami ?
Bila kebebasan
bersuara di sekat..
Apabila
pergerakan di pantau..
Apabila hak
menuntut ilmu di belenggu..
Apabila maruah
tercabar..
Akan ku tekadkan
keazaman.
Akan ku teruskan
perjuangan..
Akan ku bulatkan
semangat..
Akan ku nafikan
kerakusan..
Agar jiwa rakyat
BEBAS dari diburu ketakutan..
KERANAMU
MALAYSIA..
MANSUHKAN ISA!!
HAPUSKAN KEZALIMAN..
Ummu
Rahmah..
31 Ogos
2001
|
