*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamu'alaikum...
tersurat tersirat,
tersirat tersurat.
kerana m_
malay siaaaaaaa

``Saya tidak tahu apa kerajaan yang gila akan buat tetapi kerajaan yang rasional tidak 
akan mengambil langkah yang boleh membawa kepada campur tangan Majlis Keselamatan 
(Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan tindakan dari kita untuk melindungi kepentingan 
kita dalam usaha mempertahankan diri,''

mari umat Islam semua hayati rejab yang akan tiba...
pilih satu malam untuk kita semua bermunajat kepada Allah di rumah masing-masing tanpa 
gagal... saya cadangkan kepada sesiapa mendapatkan satu program khusus dan ayat/zikir 
yang perlu dibaca dari ulama muktabar untuk kita amalkan bersama di sepanjang malam 
tersebut... semoga kita tergolong dari kalangan hamba-hamba yang mendapat redhaNya, 
amin.

Singapura selesai isu tertangguh bimbang berunding kerajaan lain

Oleh: ASUKI ABAS
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew berkata, republik itu 
bersetuju menyelesaikan semua isu tertangguh dengan Malaysia kerana bimbang terpaksa 
berunding dengan kerajaan dari parti lain.

Beliau berkata, walaupun kemungkinan untuk kerajaan Malaysia bertukar pada pilihan 
raya yang akan datang ``agak mustahil,'' Singapura tidak sepatutnya mengambil sebarang 
risiko.

``Kita bukannya menyerah dengan mudah, tetapi kita membuat keputusan untuk bersetuju 
walaupun ia bukanlah apa yang saya boleh kata seimbang.

``Katakan tidak ada persetujuan dan berlaku sesuatu yang tidak diingini di Malaysia, 
seperti `parti perikatan' tanpa UMNO menjelang 2004; lalu kita perlu berurusan dengan 
rakan (kerajaan) baru dan itu akan menimbulkan lebih banyak masalah,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada hari terakhir lawatannya ke Malaysia, 
di sini hari ini.

Lee mengulas persetujuan dasar antaranya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir 
Mohamad yang dicapai semalam bagi menyelesaikan semua isu tertangguh yang melibatkan 
kedua-dua negara.

Isu-isu tersebut ialah penjualan air oleh Malaysia kepada Singapura, pertikaian 
pembangunan tanah milik KTM Bhd., status Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin di 
Tanjong Pagar, penggunaan ruang udara oleh Tentera Udara Singapura dan pengeluaran 
wang caruman rakyat Malaysia dari Kumpulan Wang Simpanan Pusat Singapura.

Dr. Mahathir dan Lee turut bersetuju dengan cadangan tambahan Malaysia bagi membina 
jambatan baru menghubungkan kedua-dua negara dan merobohkan Tambak Johor selepas 
jambatan itu disiapkan pada tahun 2007.

Mengenai pandangannya sama ada persetujuan itu adil kepada Singapura, Lee berkata, ia 
boleh menjadi lebih baik tetapi Malaysia juga boleh menyatakan perkara yang sama.

``Anda lihat semua fakta-fakta dan timbang sendiri sama ada ia adil atau tidak tetapi 
saya rasa kita telah ada persetujuan, jadi marilah sama-sama bergerak ke hadapan untuk 
melaksanakannya,'' katanya.

Bagaimanapun, persetujuan dicapai antara kedua-dua pemimpin selepas berkompromi, 
tambahnya.

Menurut Lee, beliau percaya kerajaan Malaysia sekarang tidak akan mengingkari 
persetujuan yang telah dicapai antara kedua-dua negara, antaranya dengan menghentikan 
bekalan air kepada republik itu.

``Saya tidak tahu apa kerajaan yang gila akan buat tetapi kerajaan yang rasional tidak 
akan mengambil langkah yang boleh membawa kepada campur tangan Majlis Keselamatan 
(Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan tindakan dari kita untuk melindungi kepentingan 
kita dalam usaha mempertahankan diri,'' katanya.

Mengenai kemungkinan kerajaan Malaysia bertukar peneraju pada pilihan raya 2004, Lee 
berkata, ia tidak mungkin terjadi.

``Agak mustahil Pas akan menang tetapi tidak mustahil UMNO kehilangan beberapa kerusi 
lagi ataupun mungkin beberapa buah negeri kepada Pas.

``Ia mungkin bukanlah satu bencana tetapi kekuasaan UMNO akan terhakis,'' katanya.

Mengenai pergerakan militan beliau berkata, pergerakan itu belum boleh disamakan 
dengan komunis kerana masih belum berada dalam kedudukan berpengaruh.

``Komunis pada masa dahulu ada hubungan dengan dewan-dewan perniagaan dan juga 
beberapa peneraju utama media.

``Tetapi saya tidak mahu merendahkan keupayaan kumpulan radikal Islam ini,'' katanya.

Beliau menambah, Singapura akan didedahkan kepada pergerakan itu jika mereka bertapak 
di kedua-dua negara jirannya iaitu Malaysia dan Indonesia.

Lee turut menafikan kerajaan Singapura berniat untuk mensabotaj ekonomi Malaysia pada 
krisis kewangan lalu kerana republik itu juga akan merana sekiranya negara ini jatuh.

``Rakyat Singapura ada perniagaan, rumah dan sebagainya di sini (Malaysia) jadi kalau 
kita jatuhkan pasaran hartanah, harga rumah kita akan turut merosot, jadi saya tidak 
faham bagaimana Singapura mungkin sanggup menjatuhkan ekonomi Malaysia,'' katanya.

Mengenai perjanjian kawasan perdagangan bebas yang ditandatangani oleh Singapura 
dengan negara luar ASEAN, Lee berkata, negara serantau juga seharusnya melakukan 
perkara yang sama bagi menghadapi kemasukan China ke dalam Pertubuhan Perdagangan 
Dunia (WTO).

© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.


_____________________________________________________________
-------------------------------------------

All the intelligence of the internet 
http://www.intelbrief.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hussin abdaziz <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke