*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SRINAGAR, India 9 Sept. - Tukang-tukang jahit di wilayah Kashmir India
bertungkus lumus bekerja lebih masa hari ini bagi menyiapkan stok purdah dan
jubah sebelum tarikh akhir penguatkuasaan pemakaiannya terhadap wanita Islam
tempatan.
Arahan itu cuba dikuatkuasakan oleh kumpulan gerila `Lashkar-e-Jabbar' yang
telah pun melanjutkan tarikh tersebut sebanyak 10 hari lagi berikutan rayuan
dari kumpulan pemisah wanita, `Dukhtaran-e-Milat'.
Menurut arahan Jabbar, semua wanita Islam tempatan mesti memakai purdah yang
menutup muka mereka atau menggunakan jubah yang dinamakan `burga' untuk
menutup dari kepala hingga hujung kaki.
``Lanjutan tarikh itu akan membolehkan saya menyiapkan tempahan purdah oleh
para pelanggan saya,'' ujar Ghulam Rasool, seorang tukang jahit di sini.
Rasool merupakan salah seorang daripada ratusan tukang jahit yang telah
dibanjiri tempahan purdah dan burga selepas kejadian 8 Ogos lalu di mana dua
wanita telah disimbah asid kerana didapati tidak berpakaian menutup aurat.
Sementara itu, kumpulan militan dominan Kashmir, `Hizbul Mujahideen'
dikatakan telah menjauhkan dirinya daripada tindakan serta ancaman
Lashkar-e-Jabbar itu.
Ia bagaimanapun telah mengharamkan salun-salun kecantikan, kedai arak serta
pawagam di Kashmir sejak pemberontakan mereka bermula. - AFP
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Salasiah binti Kisman" <[EMAIL PROTECTED]>