*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Assalaamu'alaikum wr,wb.
Pengantar Psikologi 62
(sambung balik ya�.tentang keadaan sedar..)
Walau bagaimanapun, kebanyakan pakar psikologi bersetuju(1) bahawa keadaan
sedar bukannya sesuatu yang perlu ada pada semua tingkah laku manusia,
bahkan kadang-kadang ia boleh mengganggu perjalanan tingkah laku harian.
( ya saya setuju..itu sebab saya kata kita nih berada di bawah rahmat
Allah�kalau dalam semua keadaan kita sedar�.silap-silap sakit jiwa
kita..tapi Allah buat kita sedar apa yang penting saja )
Kebanyakan daripada perbuatan yang lazim seperti menaiki tangga, makan(2),
tidur, berjalan, dan lain-lain lagi berlaku dengan begitu sahaja, secara
automatik dan tanpa disedari.
(automatik tu maksudnya rahmat Allah laa�automatik bahasa Psikologi Barat,
Rahmat Allah bahasa orang yang beriman�satu lagi�dalam keadaan yang tertentu
secara automatik (baru boleh guna) kita telah ditipu oleh golongan tertentu
untuk sokong dia dan pandang buruk pada orang lain�maklumlah sambil-sambil
rehat kita baca suratkhabar(koran) atau tengok TV manalah nak sedar ada
propaganda)
Jikalau seseorang cuba menumpukan perhatiannya kepada pergerakan kakinya
semasa dia berlari menuruni tangga, dia mungkin jatuh tersungkur.
( Jatuh sebab banyak lagi kena tengok seperti anak tangga, kedalaman, tempat
kita berpegang dan lain-lain�.kalau jatuh jangan lupa chek gigi kita�cukup
ke tidak�bukan apa gigi adalah anugerah Allah yang tak tumbuh balik)
Dari sudut ini, keadaan sedar boleh dilihat dari segi tahap pemikiran yang
mengintergrasikan serta mengawal pengalaman manusia yang mungkin perlu bagi
setengah-setengah aktiviti manusia tetapi tidak kesemuanya.
( lihatlah betapa seninya Allah mencipta kita�fikiran dapat berhubung
dengan aktiviti kita�Cuma persoalan yang belum dapat dijawab..dimanakah
titik pertemuan tersebut�)
Proses-proses seperti pemikiran, bahasa, perhatian, dan hubungan peribadi
semuanya beroperasi dalam ruang keadaan sedar.
(Kita nak beribadat pun kena beroperasi dalam ruang keadaan sedar�tak sah
ibadat kalau kita buat dalama keadaan tidak sedar, tertidur atau lupa..jadi
satu lagi kunci kepada sedar ialah niat..niat lah yang akan menentukan
tingkah laku kita menjadi ibadat atau tingkah laku tak sedar�jadi niat
penting untuk kesedaran)
Jika didefinisikan keadaan sedar, ia membawa maksud kesedaran tentang
pertukaran aliran pengalaman masa kini yang melibatkan persepsi, perasaan
(3), sensasi, bayangan dan pendapat. (Goldenson, 1984, him 173)
( kalau kita nak ubah definisi ini pun boleh juga �.maksud kesedaran tentang
pertukaran aliran pengalaman masa kini yang melibatkan persepsi, perasaan,
sensasi, bayangan, pendapat dan niat. Kalau kita nak buat difinisi untuk
diri kita sendiri jadi macam nih �..maksud kesedaran tentang pertukaran
aliran pengalaman masa kini yang melibatkan persepsi, perasaan, sensasi,
bayangan pendapat dengan niat untuk beribadat kepada..agar kita sedar
bahawa kita nih adalah khalifah Allah yang akan dipertanggujawabkan di
akhirat kelak�.tapi hanya untuk kita saja�psikologi mana lah nak terima
difinisi macam nih)
Bersambung�.
Soalan :
1. Apakah yang dipersetujui oleh ahli psikologi berkaitan sedar
A. Selepas hari khamis hari jumaat selepas hari jumaat hari sabtu selepas
hari sabtu hari Ahad dan bukan hari rabu.
B. bahawa keadaan sedar bukannya sesuatu yang perlu ada pada semua tingkah
laku manusia, bahkan kadang-kadang ia boleh mengganggu perjalanan tingkah
laku harian.
C. PMI dibubarkan oleh orang yang kena tekanan akibat kena tekan oleh orang
yang tertekan.
D. Megawati tak selesa datang ke Aceh mungkin sebab rakyat Aceh sudah lama
tak selesa
2. Apakah proses yang berperanan dalam ruangan sedar
A. Roti canai, murtabak, hamlet, dan KFC
B. ISA, bawah tanah, KMM, dan al maunah
C. Proses-proses seperti pemikiran, bahasa, perhatian, dan hubungan peribadi
D. pepsi, coca-cola, marinda, 7- up, dan gas-gas yang berkaitan seperti
kalium.
3. Apakah definisi sedar
A. Baju yang lama sudah tak boleh pakai lagi sebaiknya sedekahlah pada fakir
miskin
B keadaan sedar, ia membawa maksud kesedaran tentang pertukaran aliran
pengalaman masa kini yang melibatkan persepsi, perasaan, sensasi, bayangan
dan pendapat.
C Ayahanda tidak akan sembah makhluk
D. Terlalu banyak sendiwara sehingga kita tak sedar mana yang bukan
sendiwara
Nota Tazkirah :
1. Setuju
(Yaitu di hari) ketika kamu berada di pinggir lembah yang dekat dan mereka
di pinggir lembah yang jauh sedang khafilah itu berada di bawah kamu.
Sekiranya kamu mengadakan persetujuan (untuk menentukan hari pertempuran),
pastilah kamu tidak sependapat dalam menentukan hari pertempuran itu, akan
tetapi (Allah mempertemukan kedua pasukan itu) agar Dia melakukan suata
urausan yang mesti dilaksanakan, yaitu agar orang yang binasa itu binasanya
dengan keterangan yang nyata dan agar orang yang hidup itu dengan keterangan
yang nyata (pula). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(QS. 8:42)
2. makan
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami
berfirman:"Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya
dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku mengetahui tempat minumnya
(masing-masing). Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan
janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan. (QS. 2:60)
3. Perasaan
Dan berkata Ibrahim:"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain
Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalm
kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebagian kamu mengingkari
sebagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebagian (yang lain); dan
tempat kembalimu adalah neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para
penolongpun. (QS. 29:25)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>