*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assala~

Saya rasa apa yang saudara azmi maksudkan dengan
'orang atas pagar' adalah orang munafik, seperti yang
dijelaskan lagi dalam tulisan seterusnya. Saya kira 
mengambil contoh sahabat2 Nabi para pemanah yang
melanggar perintah komandan mereka Jabir bin Abdullah?
dalam perang Uhud sebagai orang atas pagar tidaklah
tepat, malah bersalahan pula dengan fahaman aswj.
sebabnya ahli Uhud adalah generasi terpilih, yang mana
kesalahan mereka pun telah dimaafkan Allah.  setengah
mereka pula sudah dijamin syurga. dan bukan hanya
orang munafik sahaja yang melarikan diri dari perang
Uhud, malah setengah sahabat seperti Uthman bin Affan,
Saad bin Muadh pun lari sama. Saad bin Muadh al-Ansari
lari dari medan Uhud, tapi syahid dalam peristiwa
Khaibar. Begitulah adanya antara kisah tarbiyah
generasi pertama Islam yang dibentuk oleh Rasulullah.

Saya pula tidaklah memaksudkan atau menujukan kepada
sesiapa. Cuma yang boleh kita sama2 ambil pelajaran
adalah dari kisah2 yang sedang dan telah berlalu.
Kalau di bumi Chechnya contohnya, orang2 atas pagar
boleh jadi dapat dipujuk atau dipaksa oleh orang2
munafik yang terdiri dari para penyokong Mufti Qadirov
supaya memberi maklumat tentang kegiatan mujahidin
atau memusuhi mereka. kalau di Philipina pula, orang
atas pagar apabila diberi habuan akan menyertai
militia dan tentera kafir Philipine memerangi MILF
contohnya, walaupun sebagian kecil dari kalangan
tentera dan polis kerajaan Philipina pula menyebelahi
MILF. begitulah adanya!.

allah u a'lam.


 --- Shaidatul Akmar Mhd <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> assalamualaikum...
> 
> saya kurang faham aper maksud 'diatas pagar dalam
> perbincangan ini' dan
> siapa yang dimaksudkan...
> 
> wassalam
> 
> -----Original Message-----
> From: hadi hadad [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: 11/09/2001 1:17 AM

> assalamualaikum,
> Melihat isu ni dah jadi rancak, saya tiba-tiba
> terasa
> nak menambah juga. Saya rasa dalam keadaan ekonomi
> yang melarat masa sekarang ni, kita pun kenalah
> faham
> juga keadaan sesetengah saudara kita, kerja zaman ni
> bukan le senang nak dapat, jadi kalau dah dapat tu,
> kadang2 susah nak lepaskan. Kecualilah kalau dalam
> kes
> saudara Akhmar kita, memang nak jadi polis cita-cita
> dia sejak di bangku sekolah. Tapi saya rasa tak
> gitu.
> 
> Menyentuh tentang 'orang atas pagar' ni, saya pun
> teringat semasa membaca Tafsir Ibnu Kathir dalam
> menghuraikan surat An-Nisa ayat 97-99. Marilah kita
> sama-sama baca dan renungkan:
> 
> An-Nisa [97-99]
> ------------------------------------
> "[97]  Sesungguhnya orang-orang yang diambil
> nyawanya
> oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri
> sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam
> dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka
> ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang
> kamu
> telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab:
> Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di
> bumi.
> Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu
> luas,
> yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas
> padanya?
> Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya,
> tempat akhir mereka ialah Neraka Jahannam dan Neraka
> Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. 
> 
> [98]  Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur)
> dari
> kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang
> tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan
> diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk
> berhijrah). 
> 
> [99]  Maka mereka (yang demikian sifatnya),
> mudah-mudahan Allah maafkan mereka dan (ingatlah),
> Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. 
> 
> menurut Ibnu Kathir, sebab turun ayat diatas adalah
> selepas tamatnya perang Badar, dimana beberapa
> sahabat
> turut merasa bersedih kerana mendapati beberapa
> orang
> Islam dari Mekah adalah diantar 70 orang yang 
> terbunuh dikalangan tentera2 Abu Jahal. Mereka tidak
> pergi berhijrah bersama-sama kelompok orang2 Islam,
> lalu mereka dipaksa atau merelakan diri pergi
> bersama-sama tentera Quraish ke Badar lalu mereka
> pun
> terbunuh oleh pedang2 orang Islam.
> 
> Saya kira ini adalah isu yang relevan untuk 'orang
> atas pagar'. Ulama2 Islam dari zaman salaf sampai
> sekarang termasuk Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qudamah
> menyatakan bahwa 'apabila bertembungnya pasukan
> bathil
> dengan pasukan Islam, boleh menyerang dan membunuh
> pasukan bathil sekalipun anggota2nya muslim.
> 
> kalau nak dilanjutkan lagi perbahasan memang boleh,
> tapi tujuan saya cuma nak menyampaikan...
> terpulanglah
> kepada semua nak terima atau tidak, sebab kita semua
> akan dipersoalkan tanggung-jawab masing2 di depan
> Allah nanti.
> 
> allah u alam
> 
> 
>  --- azmi <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > RE: H-Net*
> laptop untk
> > dijual-replyWa'alaikumussalam,
> > 
> > Berkata2 perkara yang baik adalah lebih baik dari
> > hanya berdiam kan diri. Adalah lebih baik kita
> > mengambil pihak dari berada di atas pagar.
> > Salah satu 'blessing' yg diberikan oleh Allah swt
> > atas 'kekalahan' tentera islam semasa perang uhud
> > ialah dapat  membezakan antara org islam yg 
> beriman
> > & juga yang berada atas pagar atau munafiq.
> Tentera2
> > memanah yg engkar kepada arahan Rasulullah saw
> telah
> > dikepung & dibunuh oleh tentera berkuda Quraisy
> atas
> > arahan Khalid  Al-Walid sebelum beliau memeluk
> agama
> > Islam. Sebelum itu pulak ramai org2 yg berada atas
> > pagar & munafiq ni telah melarikan diri atau
> memberi
> > pelbagai alasan dari pergi berperang dgn tentera
> > Islam.... mereka2 ni telah ditonjolkan oleh Allah
> > swt kepada Rasulullah saw.
PDRM dari

> > dalam?
> > Hellllooo????
> > Reality-check, please!!!!!!
> > 
> > 
> > ~ The truth is out there~
> > 
> >   ----- Original Message ----- 
> >   From: Shaidatul Akmar Mhd 
> >   To: 'azmi' ; rock the world 
> >   assalamualaikum...
> > 
> >   saya tak melenting cume kecewa dengan tindakan
> > manusia dewasa ini yang hanya tau untuk berkata2
> > tapi tidak cukup rencana dan perancangan...saya
> tak
> > melenting...tapi kekecewaan itu jelas dapat
> > diperlihatkan dengan setiap ayat saya....
> > 
> >   kalau nak ubah...ubah ler dengan kuasa...kalau
> tak
> > mampu kita cari jalan lain....
> > 
> >   wassalanm 
> >  



____________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.co.uk address at http://mail.yahoo.co.uk
or your free @yahoo.ie address at http://mail.yahoo.ie

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?hadi=20hadad?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke