*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika Bush mahukan penaklukan, kosnya malah lebih
tinggi dari Vietnam
Afghanistan
By Robert Fisk
18 September 2001


President Bush bercakap tentang 'perang agama', adalah
sukar untuk mencari perkataan yang lebih mirip lagi
untuk membuat kemarahan orang Islam tetapi jika dia
bercadang untuk melakukannya di dalam Afghanistan,
Amerika akan mengalami kempen perang yang lebih
melarat dan kemungkinan akan lebih mahal dari Vietnam.

Tentera darat mungkin sekali diperlukan untuk menakluk
Usama bin Laden,  tetapi mereka akan memasuki sebuah
negara yang mengandungi satu persepuluh dari jumlah
periuk api dunia, peninggalan tentera Russia yang
mencakupi 80 peratus tanah Afghan.

Begitu juga, sesiapa yang berhasrat menakluki
Afghanistan memerlukan kawan. Russia mempunyai
kerajaan komunis Afghan yang dipimpin Babrak Kamal. 
Tetapi dengan pembunuhan Ahmad Shah Masood; seorang
penentang yang paling serius kepada kerajaan Taliban 9
hari lalu, Amerika tidak mempunyai seorang kawan pun
di negara yang sudah terkenal menjadi kubur bagi
tentera2 kerajaan asing.

Lalu, adakah Amerika bercadang hanya melancarkan
serangan dengan peluru berpandu.?. Mereka menembak 70
peluru berpandu kepada kubu-kubu Osama selepas
pengeboman kedutaan Amerika di Nairobi dan Dar Es
Salam.  Mereka tahu di mana kubu2 itu terletak, tentu
sekali sebab kubu2 itu dibina oleh CIA semasa perang
Afghan-Russia tetapi mereka tidak dapat menyentuh En
Bin Laden.  Adakah mereka bercadang menggunakan unit
payung terjun untuk turun di kawasan2 sekitar Kandahar
di mana En Bin Laden telah diketahui tinggal di masa
yang lalu.??

Dan bagaimana pula dengan periuk2 api?.  Jika Amerika
sekalipun memikirkan untuk menggunakan tentera darat,
mereka cuma boleh masuk dari Pakistan jalan perbekalan
yang utama dan yang paling berbahaya  yang boleh
didapati sampai ke jurang Kabul dari Jalalabad. Tetapi
Russia telah menabur batas sempadan Jalalabad,
Kandahar, Khost dan Heart dengan periuk api jenis
anti-perisai. Di Afghanistan hari ini ada lebih 10
juta periuk2 api. Ianya terletak di atas gunung
ganang, antara jalan-jalan, berhampiran kota besar,
sepanjang parit2 pertanian.  Ukuran purata, 20 hingga
25 orang Afghan lelaki, perempuan dan kanak2 terbunuh
sehari akibat periuk api, sekali pun kita ambil angka
yang terbawah, menunjukkan 73,000 korban orang awam
dari periuk2 api ini dalam jangkamasa 10 tahun yang
lepas. 

Operasi tentera akan, oleh itu memerlukan sejumlah
tentera2 yang pakar untuk membersihkan periuk api,
sebagaimana juga tentera2, orang2 yang akan
menyelusupi jalan2 yang paling lasak di dunia dalam
keadaan mereka diserang untuk membuat jalan2 dan
kawasan2 yang dilalui selamat untuk tentera Amerika
dan sekutu2 mereka.  Daripada Afghanistan 29 daerah,
27 daripadanya di taburi periuk api.  

Semasa 10 tahun penaklukan biadap mereka, Russia juga
menanam beribu-ribu periuk api dalam "kawasan
perlindungan" mereka di sekitar lapangan terbang
Afghanistan, janakuasa elektrik dan tempat2 rasmi
kerajaan.  Pertubuhan2 bebas dari negeri2 Barat yang
bekerja di negeri itu 2 tahun yang lepas menggangarkan
bahwa $80 Pound diperlukan setiap periuk api untuk
membersihkan sejumlah 10 juta periuk api dan akan
memerlukan sekitar 45 hari untuk membersihkan kawasan
yang hanya seluas sebatu persegi. Sekarang ada 2 juta
lelaki, perempuan dan kanak2 yang cacat di
Afghanistan. Tidak ada satu balatentera yang boleh
mara merentas kawasan ini.  

Dan kemudian tentang jalan perbekalan utama itu.
Pakistan telah berterus terang bahwa ia tidak akan
melibatkan tenteranya sendiri dalam kempen perang
Amerika, walaupun ada kemungkinan sogokan wang akan
menyebabkan General Musharaf yang denga secara
hormatnya dipanggil president oleh orang Amerika
walaupun dia mengambil gelar itu dengan cara yang
tidak mengikut peraturan akan berubah fikiran. 
Bagaimanapun 'culture jihad' telah dikandung oleh
tentera Pakistan dan ada kemungkinan benar kekecuhan
akan menimbulkan perang saudara sekiranya Amerika
datang untuk menakluk muslim Afghanistan.

Kawasan sempadan yang akan bakal dilalui oleh tentera2
Barat pula dikuasai oleh puak2 yang setia dengan
Taleban.  Di sempadan daerah Pakistan, ada 2000 buah
madrasah2 Taleban yang bukan hanya mengajar agama
kepada bakal2 mujahidin tetapi juga kepada pejuang
Chechen dan Tajik. 

Polis2 yang menjaga madrasah2 yang bertaburan ini
hanyalah melambangkan bayangan2 palsu kekuasaan
kerajaan.

Sekalipun jika Amerika masuk ke Afghanistan, peluru2
mereka hanya akan melata atas kesan reruntuhan. Russia
telah cuba untuk menghancurkan Afghanistan dengan 10
tahun pengeboman yang berterusan, menghancurkan
seluruh kampung2 dengan orang2nya sekali, binatang2
ternak, ladang-ladang, pokok2 dan rumah2 tanah liat. 
Dan masih, mereka tidak dapat mengalahkan mujahidin,
masih mereka tidak dapat, menggunakan bahasa Mr Bush
""smoke them out of their holes''.  Atau  mengeluarkan
mereka dari lubang2 sembunyian".

Dengan cuma Pakistan sebagai sekutu Amerika, sekutu
yang berpecah di antara jiran Afghanistan, dengan
tiada kawan di dalam Afghanistan dan 10 juta periuk
api yang bersirat sepanjang  gunung ganang, datararan
dan kota2nya, 'perang agama Mr Bush' tampak lebih dari
berbahaya.  Kita diberitahu bahwa Amerika tidak lagi
takut untuk menerima risiko kehilangan jiwa.  Amerika,
kata Presiden Bush, akan sanggup menerima kekalahan. 
Sebaiknya dia  betul.!

Dari Independent News.




 







____________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.co.uk address at http://mail.yahoo.co.uk
or your free @yahoo.ie address at http://mail.yahoo.ie

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?hadi=20hadad?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke