Assalamualaikum Wrt Wbt.

Maaf, saya tidak dapat menyambung kerana agak sibuk. Di sini sambungannya.

____________________________
 
 

23. Perkahwinan selepas akadnikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dalam negeri  di bawah Enakmen ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik untuk sesuatu Negara asing adalah seorang Pendaftar untuk negeri.

24. Selepas mendaftarkan sesuatu perkahwinan dan selepas dibayar kepadanya fee yang ditetapkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu surat perakuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak bagi perkahwinan itu.

25. Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada Pendaftar tentang hal keadan sesuatu kes dalam mana dia berpendapat bahawa sesuatu perkahwinan adalah taksah atau bahawa sesuatu perkahwinan yang kena didaftarkan telah diakadnikahkan bersalahan dengan Enakmen ini.

26. Dulia Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakkan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini, yang mana adalah berkuasa menjalankan penyeliaan-penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar-pendaftar dan Pendaftaran Perkahwinan, Penceraian dan rujuk di bawah Enakmen ini.

Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik beberapa orang yang berkelayakkan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk  Orang Islam bagi mana-mana daerah dalam Negeri sebagaimana ditentukan dalam perlantikan itu.

Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik beberapa orang yang berkelayakkan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam bagi mana-mana kawasan dalam negeri sebagaimana perlantikan itu.

Tiap-tiap Naib Qadi hendaklah kerana jawatannya menjadi penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam bagi kawasannya.

Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memberitahu dalam warta melantik mana-mana anggota staf diplomatic Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini di negera itu.

Tiap-tiap orang yang dilantik atau yang disifatkan dilantik sebagai Pendaftar di bawah seksyen ini bukan pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam bagi maksud-maksud Qanun Keseksaan.

27. Tiap-tiap pendaftar hendaklah menyimpan suatu Daftar Perkahwinan dan buku-buku sebagaimana yang ditetapkan oleh Enakmen ini atau oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini, dan tiap-tiap perkahwinan yang diakadnikahkan dalam negeri hendaklah didaftarkan dengan sewajarnya oleh Pendaftar dalam Daftar Perkahwinannya.

28. Tiap-tiap pendaftar hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas akhir tiap-tiap satu bulan , menyerahkan kepada Ketua Pendaftar suatu salinan tiap-tiap catatan yang diperakui benar dan ditandatangi olehnya yang telah dibuat oleh Pendaftar dana Daftar Perkahwinannya.

Semua salinan itu hendaklah disimpan oleh Ketua Pendaftar mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah menjadi Daftar Perkahwinan Ketua Pendaftar.
 

Kirim email ke