*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Mungkin jugak Singapura ada memberitahu Amerika bahawa
> parti Islam semakin mendapat sokongan di Malaysia.
> Laporan harian di TV kita juga, sering megkaitkan
> keganasan dgn parti Islam. Oleh itu, Amerika pun buat
> kesimpulan bahawa Malaysia jugak memang tak boleh
> dipercayai.
> 
> Apa kita nak buat sekarang????

Saya nak tambah sedikit. Kita semua sedar bahawa Singapura pada
asalnya adalah tanahair orang Melayu. Sebab itulah menjadi satu
kebimbangan besar bagi Cina Singapura, kalau-kalau orang Melayu
mahu merampas kembali tanahair mereka yang telah jatuh ke
tangan orang Cina.

Ketika Amerika mula membuat pangkalannya di Singapura, Amerika
pernah berkata mereka tidak mahu peristewa Iraq menawan Kuwait
berlaku di Asia Tenggara. Maksud Amerika ialah kemungkinan
besar Malaysia pada suatu hari akan mengambil kesempaatan mengambil
kembali tanahair orang Melayu.

Malaysia boleh juga dicurugai sebagai negara yang ada pengganas
kerana kerajaan kita sentiasa mengheboh-hebohkan bahawa PAS
adalah "Hamas" dan "Mujahidin". Tidak hairan Amerika dan Yahudi
antarabangsa mahu pastikan parti UMNO/BN yang sentiasa menguasai
Malaysia. Apa kata jika PAS/Keadilan yang memerintah kerajaan
pusat, maka askar-askar Melayu akan ditarbiyah secara fahaman
fundamentalis maka bertambah satu lagi kuasa ketenteraan Islam
yang kuat di rantau Asia. Apatah lagi jika umat Islam Indonesia
bergabung dengan Malaysia. Oleh itu dengan sendirinya kedudukan
Singapura akan terancam.

Baru-baru ini UMNO membenarkan latihan bersama tentera Malaysia
dengan Amerika adalah cukup merbahaya. Ini secara tidak langsung
memberi peluang kepada tentera kafir menegenali strategi bentuk
bumi negara kita. Jika Amerika mahu menyerang Malaysia, mereka
sudah tahu keupayaan tentera kita, yang mana mengikut ajaran
Islam, kekuatan sesuatu negara patut menjadi RAHSIA.

Apa yang kita boleh buat sekarang ialah memberi sokongan penuh
kepada Taliban Afghanistan dan menghentam UMNO kerana mereka
memang gemar membuka RAHSIA-RAHSIA umat Islam, dan pada waktu
yang sama mereka bersekongkong dengan Israel dalam cita-cita
mereka menghapuskan keganasan yang mana Israel sedang mengambil
kesempatan untuk menhapuskan orang Islam Palestin atas nama 
"Bersama Menghapus Keganasan" kononnya.

ALLAHU AKBAR !!!!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: MrChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke