----- Original Message -----
Sent: Friday, October 05, 2001 12:22
AM
Subject: H-Net* Tahniah Pada PM.
Assalamualaikum Wrth Wbth.
Sahabat2, bukan main lagi marah pada saya, ada
yang nak muntah, ada yang muntah, ada yang bersumpah, mengherdik, menghentam
tak kurang juga bangkit sampai tok nenek.
Yang saya kaitkan pasal pengistiharan Negara
islam Mazhab syafie, dan memang saya setuju kearah itu. Habis yang selama ni
kita dok berjuang nak menegakkan syariah islamiah pasal apa bila orang lain
sebut kita marah. Saya sokong pasal sebut, nak buat atau tak nak itu masuk bab
lain. Yang tak buat bukan saya setuju.
Bila bincang saudara hentam peribadi, baik sangat
ke kita atau alim sangat ke kita, berapa orang adah anak murid kita jadi
Ulama. oarang lain salah kita nampak kita Guna kereta kerajaan jadi exco
negeri perlembagaan islam Kelantan dan terengganu Buat beli sayur dan ikan di
pasar tak salah?
Ingatlah saudara undang2 Islam semua terletak
diatas bahu Pemerintah baik negeri mahupun negara, siapa yang tak laksanakan
hah jawaplah depan tuhan, UMNO tak buat pasal takut masyarakat majmuk, tekanan
Barat, khuatir tak ada dua pertiga dalam parlimen manakala kita hukum zalim,
syirik, fasik pasal tak takut kat Tuhan. Manakala Pas yang paling takut kat
Tuhan di abad ini sehingga suatu ketika dulu ada puak extrem buat pertanyaan
kalau rasulullah ada sekarang ni Baginda sokong yang mana Pas atau
UMNO.
Hah tak laksanakan juga pasal takut kena ISA, tak
cukup majoriti, itu kita nak hukum apa? Wajib, sunat, harus makhruh atau
haram? setahu saya piagam madinah dibentuk penduduknya tak sampai 1000 orang.
habis tu kenapa tak buat?
Ada sahabat cakap saya cuma pakai akal, habis
saudara cakap guna apa? Tapak kaki ke? Orang bercakap tak guna akal ni orang
gila...munasabahlah ada yang bunting sulong, sumpah seranah rupa2nya antara
netters ni banyak yang gila...Bila saya kata Allah Taal tarik iman secara
perlahan mula2 tinggal yang sunat...dan seterusnya,,,eh marah sebab tak tahu
ikut kaedah mana...Amboi2 alim sungguh,,rupanya saudara buta mata buta hati,
saudara tak lihat ke bagaimana kufurnya sa''labah, bagaimana kufurnya Bal am
bin bauro, bagaimana kufurnya barshisa?
Satu sya nak ingat kat cuba saudara lihat sejarah
Islam Bani Umayyah dan abbasiah, mana khalifah antara mereka menempati
pemerintahan rasulullah. Lihat zaman yazid, Zaman Al makmum, tapi tak juga
Ulama pada masa tu hukum itu adalah negara kafir. kalau saudara ada pada masa
tu jangan cakaplah, tentang kerajaan mesti hukum mati, jangan kata sama
melayu(bangsa), Cucu rasulullahun mereka bunuh. Hah, ada bijak pandai saudara
boleh kata mereka bukan negara islam?
Jangan jadi bodoh..ada juga cakap minda saya
telah terbuka dengan Tulisan Abdul rahman...amboi2, dulu pernah Tuan Guru Haji
najmuddin pondok kerandang Besut disuruhnya oleh Ulama sederhana kelantan yang
saudara puji2 tu pergi belajar lagi dan dengar ceramah beliau sebab tak faham
hukum apabila Tuan guru Haji najmuddin mengeluarkan fatwa arak dan riba..
kemudian dihantarnya 4 orang ustaz bertaraf ulama pergi berhujah akhirnya
balik saja pasal jahil kaedah mazhab. Lepas tu Tuan Guru tuan2 tu ikut pula
fatwa orang tua tu...hah pergilah tanya beliau, sebab beliau masih ada lagi
dan tok giuru tuan2pun masih ada. Saya ni taklah banyak mengaji tapi duduk
juga tadah kitab termasuk dengan Tuan guru haji Omar lanai
(arwah).
Jangan nak tunjuk alim dengan sebab boleh kita
kata orang lain jahil, nabi tak buat kerja tu. Bila saudara hentam saya kiri
kanan belakang depan saya sempat ke terengganu nak lihat tarbiah kerajaan
islam di sana, memang hebat di kedai kopi 5-6 buah saya singgah dan acah2
pasal isu2 semasa semua boleh buat keluar hukum, tapi bila tanya rukun
syahadah dan fardhu syahadah semuanya tak tahu. Rukun syahadah ni wajib ke
sunat? Inilah akibat belajar sekadar tempat ceramah. nanti lepas ni sya akan
kunjungi pula Tok2 Alim yang jadi wakil rakyat yang cakap lepas.
Betul llah maksud hadis umat akhir zaman islam
pagi kafir petang, rupa2nya pasal mengeluarkan hukum semua duduk di mulut, ini
kerja siapa ni kalau tak ada orang ajar.
Ingatlah sejahat mana manusia Allah sentiasa buka
pintu taubat. Hasil daripada mengumpat dan fitnah tu saya rasa PM lebih banyak
pahala daripada kita. PM bercakap pasal jahil tapi kita bercakap pasal
alim.
Wassalam.