*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Entah kenapa tiba-tiba Malaysia mahu menjadi juara melobi
negara-negara Arab supaya mendesak Amerika jangan menyerang
Afghanistan.
http://dailynews.yahoo.com/h/ap/20011005/wl/attacks_islamic_conference_1.html
Yang jelas, Amerika telah awal-awal lagi sudah pergi ke negara-
negara berdekatan Afghanistan, kalau kita boleh meneka, memang
ia sudah lama berhasrat untuk menyekat kemaraan tentera Islam Taliban.
Tidak hairanlah Amerika telah berjaya menipu negara-negara Islam
yang berjiran dengan Afghanistan. Tujuannya ...memasukkan tenteranya
sebanyak yang mungkin ke kawasan berdekatan tanah "Khurasan" itu
yang satu masa kelak ditakuti akan mengancam keselamatan negara
Israel. Jika setakat ini, kita boleh bayangkan tentu sekali
Amerika ada satu kepentingan tertentu atau "hidden agenda" yang
tidak disedari oleh negara-negara Arab/Islam yang lain. Cuba kita
fikir lebih jauh lagi ... Amerika sedar orang-orang Arab Palestin
sedang dapat mengalahkan Yahudi di Israel..tidak syak lagi kehadiran
armada kapal-kapal perang mereka yang cukup canggih adalah tepat
pada masanya untuk melindungi Israel.
Dari segi strateji, Amerika memang mahu menghadirkan tenteranya
berdekatan dengan tanah "Khurasan", dan isu mahu menangkap Osama
adalah peluang yang baik untuk Amerika meletakkan sebanyak yang
mungkin tenteranya. Sekiranya serangan tidak dibuat sekalipun,
mereka akan berada buat masa yang lama di rantau itu. Sekarang
mereka akan membuat alasan bahawa kehadiran mereka ialah melindungi
kerja-kerja memberi bantuan makanan kepada pelarian-pelarian.
Amerika mahu dunia melihat bahawa puak Taliban adalah benar-
benar pengganas yang patut dihapuskan. Seandainya tentera Taliban
akan berjaya bersatu dengan mana-mana puak fundamentalis di
negara-negara jiran yang mana kekuatan Taliban akan bertambah.
Apa kata Iran dan Iraq bersatu dengan Taliban dari segi ketenteraan,
kemudian diikuti oleh Jordan dan Syria, akhirnya ia menjadi mimpi
yang buruk bagi Israel.
Samada Malaysia berjaya atau tidak melobi negara-negara Arab
agar mendesak Amerika jangan menyerang Afghanistan, ia tidak
menjadi soal lagi...Amerika sudahpun membina kekuatan tenteranya
di sana.
Kempen "Bersama Menghapus Keganasan" sebenarnya ialah helah dan
lesen untuk Amerika menghapus segala gerakan dan kebangkitan
Islam, ini termasuk menghapuskan etnik Arab Palestin di Israel.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: MrChan <[EMAIL PROTECTED]>