*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berapa Banyak Belanja Yang Hangus
dalam Kempen Serangan Keatas
Afghanistan ?
Mengikut anggaran yang dibuat para pakar pertahanan
- Amerika dan Britian
�bakar� kira-kira RM120 juta pada malam pertama ia
melancarkan serangan
keatas beberapa buah bandar di Afghanistan
baru-baru ini dalam usaha
menekannya menyerahkan Osama bin laden.
Perkiraan ini dibuat berdasarkan harga sebuah
peluru berpandu canggih yang
dilepaskan malam itu.Sebuah peluru berpandu itu
berharga kira-kira RM 1.2
juta .
Semuanya 50 buah peluru berpandu digunakan dalam
serangan itu.
Tahukah Anda malam berikutnya 15 lagi peluru
berpandu yang di kawal olehj
komputer itu dilepaskan RM 36 juta hangus.
Itu baru kira harga peluru berpandu ,belum masuk
bab lain dan anggaran ini
jelas membuktikan peperangan dalam dunia moden ini
memang makan belanja
yang banyak.
Mengenangkan hal ini ada juga yang tertanya-tanya
dari mana datangnya wang
yang banyak itu?
Sejurus selepas serangan berani mati 11 September
,Presiden George W Bush
telah mendapat kelulusan Kongres bagi tambahan
belanja RM 76 billion bagi
menangani krisis itu. Kira-kira separuh dari
peruntukkan itu akan digunakan
dalam tindakan ketenteraan di Afghanistan.
Britian yang menjadi sekutu pertama Amerika dalam
kempen itu tidak
menyatakan jumlah peruntukkan yang diperlukan.Namun
begitu para pekar
pertahanan perkiraan itu dapat dibuat dari beberapa
peperangan lalu.
Menurut penganalisa bebas , Capital Economics,
Britian hangus kira-kira RM 1.2
billion dalam perang di Kosovo pada tahun 1999.
Bil untuk Perang Teluk tahun 1991 adalah kira-kira
RM 300 billion.Difahamkan
jumlah itu dikongsi bersama dengan negara-negara
seperti Kuwait,Arab
Saudi,Jerman dan Jepun yang berjanji untuk membantu
dari segi kewangan
dan tidak ketenteraan.
Tahukah anda ada yang buat untung .Britian dapat
balik RM 12 billion iaitu
kira-kira RM 1 billion lebih darfi yang
dibelanjakan .Amerika juga dikatakan
dapat untung sikit.
Semasa peperangan Pulau Falklands tahun
1982,Britian hangus kira-kira RM 4
billion dan tambahan RM 7 billion digunakan untuk
menjamin keselamatan pulau
itu..
"Sekarang ini kos itu bagi Britian dalam peperangan
menentang pengganas
agak kecil kerana ia tidak berbuat banyak," kata
Mark Stoker dari Institut
Antarabangsa Bagi Pengajian Strategik.
Berbanding Kuwait dan Kosovo tahap peperangan masih
rendah.Jumlah
pesawat yang digunakan dan bom yang di lepaskan
adalah sedikit kerana tidak
banyak sasaran Taliban.
Maka kebanyakan perbelanjaan adalah untuk
minyak,penyelenggaran pesawat
dan kapal terbang serta elaun anggota tentera yang
terlibat.
Satu kebimbangan bagi pakar ekonomi Ron Smith dari
Birkbeck College, ialah
"kekusutan ekonomi pusingan kedua � akibat dari
kejatuhan keyakinan
pengguna.Setakat ini belum ada apa-apa tanda lagi
dan aktiviti pengguna di
Britian nampaknya seperti biasa sahaja.
Tetapi peperangan ini lain sikit.Falkland dan
Kosovo dapat diselesaikan dalam
masa beberapa minggu tetapi Presiden Bush berkata
kempen ini mungkin
mengambil masa 10 tahun.
"Tempoh waktu konflik ini tidak jelas.Melihat pada
rangkaian pengganas di
seluruh dunia ,usaha menjatuhkan Taliban adalah
satu langkah
permulaan,"kata pakar ekonomi dalam bidang
pertahanan , Digby Waller.
Kerana ini agak sukar meletakan jumlah yang akan
dibelanjakan.
Kebimbangan terbesar sekarang ialah kemungkinan ia
merebak ke kawasan
Teluk dan sekiranya jumlah anggota tentera lebih
ramai diperlukan maka
kosnya akan menjadi lebih tinggi.
Disamping itu kos usaha menjamin keselamatan dalam
negeri masing-masing
dari serangan pengganas juga meningkat.
Dan berbeza dengan Perang Teluk,nampaknya Amerika
dan Britian kali ini akan
tanggung bil itu sendiri. "Perang Teluk melibatkan
soal minyak .
Setelah menyerang Kuwait sasaran Iraq kemudiannya
mungkin Arab saudi
�tetapi dalam soal Afghanistan ia tidak melibatkan
kepentingan ekonomi," kata
Waller.
<br><br><br>"Jika takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan!" -
Anwar Ibrahim
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>