*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> http://www.aljazeera.net/news/arabic/2001/10/10-11-13.htm
>
> Dr. Yusuf al-Qaradawi issued strong criticism over the American
> attacks upon Afghanistan. He described this as an invasion which
> obligated every Muslim from all over the world to oppose them, in
> the same manner as the Soviet invasion had been. He stated, �I am
> not calling for a Jihad against the United States, but am calling
> for resistance against the American presence in this Muslim land
> through various means.
TERJEMAHAN:
Dr Yusuf al-Qardhawi mengeluarkan satu kritikan pedas terhadap
serangan Amerika ke atas Afghanistan. Beliau menyifatkan serangan
sebagai satu pencerobohan yang menjadi wajib ke atas semua umat Islam
seluruh dunia menentangnya, sama seperti pencerobohan yang dibuat
oleh pihak Soviet dahulu. Beliau berkata, " Saya tidak membuat
seruan jihad terhadap Amerika Syarikat, tetapi saya menyeru agar
kita menentang kehadiran tentera Amerika di bumi ummat Islam
dengan berbagai cara.
ULASAN:
Semasa saya melihat siaran berita TV dan akhbar Malaysia, saya
menunggu apa kata alim ulama yang pro-UMNO mebuat komen tentang
jihad menentang Amerika di Afghanistan. Rata-rata apa yang disiarkan
ialah "fatwa" mereka yang berkata berperang dengan Amerika di
bumi Afghanistan BUKAN jihad. Bahkan Dr Mahathir sendiri berkata
itu adalah perbuatan sia-sia. Ada pula yang mengatakan bahawa
jihad is hanyalah sah jika kerajaan Malaysia mengisytiharkannya
secara resmi. Oleh itu kita sebagai ummat Islam di Malaysia tidak
perlu membantu puak Taliban.
Dengan tersiarnya fatwa Dr Yusuf Qardhawi tersebut di atas, maka
tertolaklah fatwa-fatwa yang dibuat oleh alim ulama yang pro-
UMNO. Adakah perlu kita menanti kerajaan Malaysia mengisytiharkan
jihad barulah kita boleh membantu ummat Islam Taliban yang sedang
menentang pencerobohan tentera kafir Amerika? Kalau kita melihat
apa yang disebut dalam kitab fekah mazhab Syafie sendiri ada
menyebut bahawa adalah menjadi fardhu kifayah bagi satu kumpulan
rakyat berperang dengan tentera kafir jika mereka berada di luar
batasan negara Islam. Akan tetapi jika tentera kafir sudah berjaya
memasuki bumi negara Islam, maka menjadi fardhu ain bagi semua
golongan rakyat memerangi kafir yang menceroboh, semua rakyat,
termasuk kanak-kanak dan wanita melawan mereka sekalipun dengan
membaling batu.
Saya melihat alim-ulama pro-UMNO ibarat dalam bahasa Inggeris,
"slow in thinking". Banyak alim-ulama seluruh dunia cepat-cepat
mengeluarkan fatwa bahawa menentang pencerobohan Amerika itu
adalah jihad. Mereka dapat melihat apa Amerika itu dan apa tujuan
mereka menyerang Afghanistan. Maka tan demi tan bom digugurkan.
Selepas ramai rakyat Afghanistan mati dan banyak harta-benda
dimusnahkan, kitapun melihat seperti yang disangka, Amerika mahu
melumpuhkan Afghanistan dan menakluki negara itu. Jika mereka
berjaya mengalahkan puak Taliban sekalipun, tentera Amerika akan
tetap berada di Afghanistan buat masa yang lama kerana kononnya
menjaga keamanan rantau itu.
Salah seorang ulama pro-UMNO berkata bahawa Amerika bukan hendak
berperang dengan Islam tetapi menentang pengganas. Tidakkah ulama itu
faham siapa Amerika itu. Ia ibarat gajah gila, jika ia masuk kampung
ia akan memusnahkan apa sahaja. Tidakkah ulama itu melihat siapakah
puak Taliban? Bukankah Taliban itu ialah ummat Islam? Jika pihak
Amerika yang datang, mereka membawa berbagai senjata yang hebat
dan canggih untuk membunuh ummat Islam. Saya rasa di Malaysia ini
ada ramai ulama yang berfahaman sempit tentang Islam. Apabila
mereka ditanya tentang jihad, mereka melihat konsep jihad itu
dalam skop mereka sahaja, bukan melihat kepada ummat Islam sejagat
yang dianiaya oleh musuh-musuh Islam. Taliban adalah saudara Islam
kita juga, sakit mereka adalah sakit kita juga (maksud hadith).
Apabila Amerika berjaya hancurkan Taliban dan Afghanistan, maka
ulama pro-UMNO akan berkata ...Oh Amerika memang jahat! Jika
Taliban yang berjaya menentang Amerika, ulama pro-UMNO akan berkata..
itulah mereka, sebab mereka ikhlas berjihad di jalan Allah, mereka
memperoleh kemenangan.
Cuma satu yang saya pelik bin ajaib ... jika berjuang di Afghanistan
bukan jihad ... lebih baik puak Taliban menyerah kalah saja kerana
tentera Amerika adalah lebih kuat dan canggih. Puak Taliban sanggup
berperang dengan Amerika kerana SEMANGAT JIHADlah mereka tidak
gentar melawan Amerika yang jauh lebih kuat !! Ini sebanarnya adalah
satu jihad mempertahankan maruah Islam, jangan sekali-kali kafir
Amerika diberi peluang menindas ummat Islam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: MrChan <[EMAIL PROTECTED]>