Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

 

Nampak gayanya perbincangan kita ini tidak kemana, oleh itu mari kita fahamkan hadis dibawah, semoga Allah swt memberikan hidayahNya kepada kita…Insya’Allah.

 

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca firman Allah: Yang bermaksud:

"Dialah yang menurunkan kepadamu Wahai Muhammad kitab suci al-Quran.  Sebahagian besar daripadanya ialah ayat-ayat muhkamat (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya), ayat-ayat muhkamat itu ialah ibu atau pokok isi al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat mutasyabihat yang samar-samar serta tidak terang maksudnya.  Oleh sebab itu timbullah fahaman yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing.  Adapun orang-orang yang ada di dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar daripada al-Quran untuk mencari-cari takwilnya memutarkan maksudnya menurut yang disukainya.  Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama. Mereka berkata: Kami beriman kepadanya.  Semuanya datang dari sisi tuhan kami dan tiada yang mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berfikiran." (Surah Ali ‘Imran : ayat 7)

Setelah selesai Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat iaitu samar-samar dari al-Quran, maka mereka itulah orang-orang yang telah disebut oleh Allah. Oleh itu berhati-hatilah terhadap mereka. [Bukhari & Muslim]


Oleh itu hendaklah kita JANGAN mengharamkan apa yg halal & menghalalkan apa yg haram.

 

Mari kita terus menyokong pihak yg ikhlas memperjuangkan pemerintahan Islam yg sebenarnya i.e. berlandaskan Al Quran & Hadis/Sunnah…BUKANNYA pihak yg hanya mengejar title ‘Negara Islam’.

 

Insya’Allah.

 

J

 

 

-----Original Message-----

From: imranibrahim [mailto:imranibrahim@hotmail.com]

Sent: Sunday, October 21, 2001 6:59 AM

To: azmi; 'Jude'; 'kuda laut'; 'Lee Man'; 'Abdul Rahman'; 'Azrin Kasman'; 'Ir. Hj. Khasbullah A. Kadir'; 'Mohd Nawawi Ismail'; [EMAIL PROTECTED]

Cc: [EMAIL PROTECTED]

Subject: Re: H-Net* Antara Mahathir dan Prof. Berthold

 

Assalamualaikum Wrth Wbth.

 

Saudara, saya akur dengan pendapat saudara. Sehingga hari ini saya tidak faham maksud kenyataan PM baik daripada Mengagungkan Islam atau sebalikya. Demikian juga perkataan yang menyinggung ahli2 Pas dan sebaliknya. Sedemikian juga di pihak Pas yang memperjuangkan Islam. Saya tidak faham maksud kesudahan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Ini setelah saya mengikuti banyak ulama samada di dalam dan di luar negeri termasuk ulama2 pas sendiri, kesimpulannya masih kabur dalam merealisasikan ummah yang sebenar2nya. ini kerana tiada lagi ulama2 pondok yang saya ketemui menjawab Perjuangan Pas merupakan perjuangan mutlak yang di yakini memenuhi suatu bentuk organisasi Wahdatul ummah, perjuangan yang mutlak memperjuangkan aqidah, syariah dan akhlak bertepatan dengan apa yang dibawa oleh rasulullah s.a.w. Ia hanya perjuangan massa yang meletakkan undang2 Islam sebagai dasar perjuangan, sedangkan undang2 merupakan sebahagian daripada agama dan bukanlah agama itu sendiri.

Untuk pengetahuan saudara sehingga kini saya hanya dzon dengan suatu jemaah sahaja di malaysia malah di dunia inu sekalipun. Saya lihat Jemaah ini merupakan suatu Jemaah Wahdatul Ummah yang tidak terhenti di atas sebahagian daripada Agama. Pengambilan hukum saya nampak lebih menyeluruh. Cara menjadi ahli pada Jemaah ini menempati cara yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Cuba saudara kaji bagaimana berakar umbinya kekuatan Islam pada setiap zaman, adakah dengan melalui apa yang di bawa oleh Pas. Pas bukan suatu wadah mutlak yang mencantumkan aqidah umat islam itu sendiri, sedangkan dalam agama, Aqidah merupakan asas perjuangan. Mungkin saudara Ragu2 dengan kenyataan saya, saudara boleh rujuk kepada seorang ulama'' Pas kedah, tuan Guru haji Abdul Wahab, pondok Lanai, Baling. Sedemikian saudara boleh meneruskan perbincangan dengan saya sampai bila2, Insya Allah selagi tidak menyentuh peribadi.

 

Wassalam.

 

Kirim email ke