*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Apa beza langsuir dengan pontianak?  Kalau sama
panggil bomoh khairul tu lah. Lepas tu tolong ambik
gambar dan hantar ka hnet ni kita nak tengok. Yang
beliau tangkap tu macam kucing parsi aje.

---------------

EDISI NASIONAL: NASIB LANGSUIR
Mazlan Hassan25 August 2001 

KUALA LUMPUR: Langsuir yang ditangkap seorang bomoh, Khairul Salehuddin, Rabu lalu 
sudah dibuang ke laut di Selat Melaka bagi mengelak makhluk halus itu menjadi tumpuan 
orang ramai.

Malah, sejak berita itu disiarkan akhbar ini semalam, kediaman bomoh itu diserbu orang 
ramai yang mahu melihat langsuir yang disimpan dalam balang.

Pembantu bomoh berkenaan, Ismail Rejab, berkata kerja membuang balang mengandungi 
langsuir itu dilakukan malam kelmarin.

Katanya, dia menerima arahan daripada Khairul untuk membuang makhluk halus itu bagi 
mengelak kejadian tidak diingini dan tumpuan orang ramai.

�Saya menggunakan kain hitam untuk membalut balang mengandungi langsuir itu dan 
mengikat dengan benda berat (batu) bagi membolehkan balang itu tenggelam ke dasar laut.

�Ini bagi mengelak balang itu dijumpai orang lain yang boleh menyebabkan langsuir itu 
mengganas dan menganggu orang ramai.

�Kerja membuang itu langsuir itu perlu dilakukan secara teliti kerana ia membabitkan 
makhluk halus dan boleh membahayakan orang ramai jika cuai.

�Jika balang mengandungi langsuir itu yang dibuang terapung di laut, kami bimbang ia 
akan hanyut semula ke pantai dan akan dibuka oleh pihak tertentu yang tidak mengetahui 
perkara sebenar.

�Keadaan itu akan menyebabkan langsuir itu bebas semula dan mengganas serta menganggu 
orang ramai,� katanya di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan kejayaan Khairul, 32, yang menangkap langsuir berkenaan 
yang mengganas dan merasuk seorang gadis di Melaka selepas bertarung selama sejam.

Beliau yang mewarisi ilmu perbomohan daripada arwah bapanya, menggunakan kepakaran 
dalam pertarungan itu sebelum menewaskan makhluk halus berkenaan.

Ketika ditangkap, hantu berkenaan dikatakan menyerupai kekabu dan wajahnya kurang 
jelas. Ia kemudian dikurung dalam balang dan dibawa pulang kerumahnya di Sabak Bernam 
untuk disimpan.

Seorang gadis, Rina, yang juga saudara kepada bomoh itu hidup dalam ketakutan sejak 
sebulan lalu kerana langsuir yang menghuni sebatang pokok kekabu berdekatan rumahnya 
sering memanggil namanya.

Lantaran gangguan suara langsuir yang turut menjelamakan diri sebagai wanita serba 
putih itu, hidup Rina tidak keruan, tidak berselera makan dan sering melamun sendirian.

�Makhluk halus itu dikurung dalam balang kaca di mana ada masanya ia kelihatan seperti 
terapung-apung.

�Langsuir itu berupaya berubah wajah dan bentuk, jika makhluk itu berada di luar, ia 
akan berubah kepada bentuk samaran berdasarkan keadaan sekeliling atau suasana tempat 
ia berada.

Seorang lagi pembantu bomoh berkenaan, Hisham Saladin, berkata orang ramai jangan 
takut kepada langsuir kerana mereka juga makhluk Allah.

Katanya, amalan membaca ayat suci al-Quran boleh mengelak seseorang itu daripada 
digoda atau diganggu makhluk halus termasuk langsuir.

�Bagi saya apa yang dilakukan Khairul adalah perkara biasa malah dia (Khairul) 
dikurniakan Allah kebolehan untuk menangkap makhluk halus termasuk langsuir,� katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Khairul menafikan dia melarikan diri daripada orang 
ramai selepas berita tersiar mengenai kejayaannya menangkap langsuir itu.

Malah, dia juga menolak usaha yang dilakukan itu hanya gimik atau mahu menjadi popular.

�Saya terkejut dengan reaksi orang ramai apabila berita mengenai langsuir tersiar 
sehingga rumah saya menjadi tumpuan penduduk tempatan dan orang luar.

�Memang saya gembira dengan sambutan itu tetapi ia menganggu tugas harian saya kerana 
saya adalah insan biasa yang dikurniakan sedikit kebolehan untuk membantu orang lain.

�Saya tidak mahu menjadi popular dengan berita penangkapan langsuir itu sebaliknya ia 
adalah tanggung jawab sebagai umat Islam,� katanya.

Khairul mengaku bersedia untuk membantu sesiapa saja yang mempunyai masalah berkaitan 
makhluk halus termasuk langsuir tanpa memikirkan mengenai bayaran.

Sementara itu, Mariah Shamsuddin, berkata dia tidak tahu menahu mengenai berita 
suaminya menangkap langsuir itu sebaliknya hanya menyedari selepas diberitahu jiran.

�Walaupun tahu kebolehan suami saya berkaitan makhluk halus tetapi saya tidak 
menyangka ia adalah langsuir.

�Sejak berita mengenai langsuir itu tersebar, suami saya tiada di rumah dan saya tidak 
tahu di mana dia (Khairul) berada, mungkin mahu mencari ketenangan,� katanya.

--------------------------------------------------------------------

Setempat: TANGKAP LANGSUIR PERTAMA 1990
Fazallah Pit28 August 2001 

SABAK BERNAM: Bomoh langsuir, Khairul Salehuddin, 32, menangkap langsuir pertama pada 
pertengahan tahun 1990 selepas mengalami mimpi aneh ketika bekerja di Kelantan. 

Mimpi itu berlaku ketika beliau mendiami satu rumah sewa yang terletak berhampiran 
tanah perkuburan di satu perkampungan terpencil di Kelantan bersama dua lagi 
saudaranya.

Khairul yang bekerja sebagai pemandu mesin padi ketika itu sudah mengesyaki sesuatu 
apabila pemilik rumah memberi pelbagai alasan, sebelum membenarkan mereka menyewakan 
rumah itu.

Malah, katanya, selepas mendiami rumah itu beliau mendapati ada banyak paku diletakkan 
di serata kediaman berkenaan, kononnya bagi mengelakkan gangguan hantu.

�Pada malam keempat, saya bermimpi didatangi seorang wanita yang menyatakan mayatnya 
tertanam di bawah lantai rumah itu akibat perbuatan khianat saudara perempuannya.

�Mimpi itu datang berulang beberapa kali. Akhirnya, dengan berbekalkan sedikit ilmu 
perbomohan, saya dapat bertemu dengan wanita itu yang sebenarnya adalah langsuir.

�Langsuir itu meminta pertolongannya ketika kami berkomunikasi dalam pertemuan yang 
diadakan di pokok Binjai, tidak jauh dari rumah yang disewa,� katanya kepada Harian 
Metro. 

Pada malam keesokannya sekitar jam 11 malam, Khairul berkata, dia meminta langsuir 
yang menjelma dalam bentuk susuk tubuh manusia biasa, supaya mengecil saiznya.

�Langsuir itu yang menjelma sebagai satu cahaya, masuk ke balang kaca, sebelum 
bertukar rupa menjadi seakan-akan sawang ketika berada dalam balang,� katanya.

Sambil mengakui penangkapan itu dilakukannya seorang diri, Khairul berkata, langsuir 
itu bukanlah jelmaan sebenar roh manusia mati yang mayatnya ditanam di bawah lantai 
rumah.

�Ia hanya jelmaan syaitan bagi mengganggu manusia. Sekalipun benar ada manusia mati 
ditanam di tempat itu, rohnya tidak mungkin menjelma sebagai langsuir.

�Itu hanya helah syaitan bagi mempedaya dan mengelirukan manusia yang bertujuan 
memesongkan akidah umat Islam,� katanya.

  
----- Original Message ----- 
From: Mohd, S. Yusof <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; 'hizb@ hizbi.net' <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, October 24, 2001 5:38 PM
Subject: H-Net* sesapa ada petua menangkap puntianak?

> 
> Assalamualaikum???
> 
>    sesapa ada petua menagkap puntianak. ada sekor masuk taknak keluor kat
> grumah sister saya di pasir gudang.
> ingat nak masukkan jek dlm botol hhehehe! tapi nih kes serius nih! sebelum
> gelap pun dia dah mula mengacau!
> tadi jam 3 ptg dia mengejar org gaji sister saya.
> 
> petua dan khidmat ajaran anda mudah2an dibalas dgn 1000 kebaikan oleh yg
> ESA.
> 
> fatboy

> 
> Pengirim: "Mohd, S. Yusof" <[EMAIL PROTECTED]>
> 
-- 

_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup


Have you downloaded the latest calling software from Net2Phone? Click here to get it 
now!

http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?157




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke